Alangkah Lucunya (Negeri Ini)

Disebabkan bahang peperiksaan sudah dekat, satu tayangan perdana telah dijalankan untuk meleraikan tekanan di bahu setiap ahli IQRaC seketika di auditorium Syeikh Mohd Nor. Tajuk filem yang ditayangkan ialah ‘Alangkah Lucunya (negeri ini…)’. Tayangan ini dijalankan pada hari Jumaat, malam Sabtu iaitu pada tarikh 2 November 2012.


 Seawal pukul 9.00 malam, sudah ada pelajar Darul Quran memenuhi kerusi auditorium SMN dan tayangan bermula pada jam 9.30 malam.

Ironinya, filem ini mengisahkan sebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran yang sangat tinggi dek kerana berlaku rasuah yang berleluasa yang ‘memiskinkan’ lagi yang telah miskin dan ‘mengkayakan’ lagi yang telah kaya.


Lucunya filem ini kerana seseorang itu terpaksa mencopet (seluk saku) untuk mencari rezeki bagi melangsungkan kehidupannya.

Sedihnya filem ini apabila kanak-kanak dibiarkan tertunggang-langgang di jalanan tanpa pendidikan. Tanpa mengenal siapakah tuhan dan tanpa mengetahui sebab dan tujuan manusia ini diciptakan.


Gempaknya filem ini  kerana mempunyai unsur-unsur tarbiah yang sangat tinggi yang boleh dicontohi dan diteladani.


Pencerahan filem ini telah disampaikan oleh saudara Zubair Bin Amir Nur Rashid selaku ketua biro Akademik. Antara isi pencerahannya ialah kebobrokan sistem dan pemimpin-pemimpin zaman sekarang yang tidak menjaga kebajikan rakyatnya dan tugas kita selaku Hamalatul Quran untuk mengubah keadaan ini.

Program ini berakhir sekitar jam 11.30 malam dan semua hadirin bersurai dengan senyuman di muka masing-masing. J



EmoticonEmoticon