Festival Inspirasi Dakwah 2012




Alhamdulillah,buat julung kalinya Intellectual Quranic Generation Club melalui Biro Penerbitan & Informasi IQRaC telah berjaya menganjurkan program Festival Inspirasi Dakwah 2012 atau lebih dikenali dengan nama FIDAK'12.

Program yang berlangsung selama seminggu ini sebenarnya merupakan satu penjenamaan baru bagi program Minggu IT Islami yang dikendalikan oleh BPI sessi 10/11.Program ini telah menggariskan beberapa objektif untuk dicapai iaitu seperti berikut :


1. Untuk membuka minda para Pelajar Pensijilan Tahfiz DQ-UIAM khususnya tentang penyebaran dakwah melalui pelbagai medium.

2 Menarik minat para pelajar untuk menyelusuri bidang IT.
3 Menghayati Islam melalui kesenian dan kebudayaannya.

Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang telah dijalankan.Berikut merupakan tentatif sepanjang program :

RABU : 29 FEBRUARI 2012 bersamaan 7 RABIULAKHIR 1433H
9.00 pm : Taklimat program
KHAMIS : 1 MAC 2012 bersamaan 8 RABIULAKHIR 1433H
9.00 pm : Diskusi IT oleh Mohd Yusof Hadhari B. Saidon
JUMAAT : 2 MAC 2012 bersamaan 9 RABIULAKHIR 1433H
2.30 pm : Pertandingan pameran
9.00 pm : Tayangan filem Syukur 21
SABTU : 3 MAC 2012 bersamaan 10 RABIULAKHIR 1433H
8.00 am : Bengkel Tinta Da’ie oleh Ustaz Riduan Mohamad Nor
11.30 am : Forum bertajuk “Seungkai Kata Buatmu Daie”
Panel 1 : Nazirah Binti Abu Bakar
Panel 2 : Fitri Haris

2.30 pm : Kuiz IT
9.00 pm : Persembahan Nasyid oleh kumpulan Nusantara
11.30 pm : Bersurai
AHAD : 4 MAC 2012 bersamaan 11 RABIULAKHIR 1433H
8.00 am : Explorace Dan Khat
11.00 pm : Majlis Penutup

Tahniah dan syabas kepada semua yang telah menjayakan program ini.Semoga program ini mampu menjadi pemangkin untuk melahirkan huffaz teknokrat yang diimpikan selama ini.