Mahasiswa Tidak Merdeka?

Pabila tiba bulan kemerdekaan, pasti ramai pihak akan berpusu-pusu untuk menayangkan sikap patriotik dalam diri mereka. Pasti ada di antara kita semua yang berpusu-pusu untuk membeli bendera Malaysia. Mungkin yang paling besar itu paling patriotik dalam tanggapan sesetengah pihak. Mungkin juga ada yang tidak menghiraukan langsung tentang tibanya tarikh keramat 31 Ogos. Namun, persoalan yang paling utama disini adalah, sejauh manakah kita menghayati kemerdekaan itu? Sebagai golongan mahasiswa yang punyai intelektual yang paling tinggi dalam masyarakat adakah kita menyedari bahawa di luar sana, masih ramai lagi yang kabur dan samar konsep merdeka yang sebenarnya.

Namun, saya tinggalkan persoalan ini untuk kita lihat renungkan bersama. Memetik penulisan Saudara Shafie Hashim, Pengerusi Pro Mahasiswa Universiti Malaya ” Dalam konteks mahasiswa pula pada saya belum lagi merdeka. Sejarah gerakan mahasiswa satu ketika dahulu menunjukan bahawa mereka benar-benar merdeka .

Merdeka dari sudut minda, personaliti dan tindakan. Era 60an-70an menukilkan sejarah mahasiswa yang tampil dengan spirit yang menggerunkan banyak pihak samada di kalangan mahasiswa dan pemimpin negara sendiri.

Keberadaan mereka di rasai oleh semua pihak. Perjuangan mereka tidak retorik, ada sahaja perkara yang tidak betul merekalah menjadi jaguh bagi membetulkan keadaan .

Lihat sahaja bagaimana kehebatan mahasiswa dahulu di dalam isu kemiskinan di Baling , Isu Hamid Tuah dan banyak lagi. Perjuangan mereka tidak kenal erti takut, erti di penjara, melainkan di hadapan mereka hanya ada prinsip jelas bahawa yang hak tetap hak , manakala yang batil tetap batil.Yang benar perlu di tegakkan , manakala yang salah perlu di hapuskan sama sekali. Bagaimana pula kita hari ini.

AUKU menjajah Mahasiswa ??

Kewujudan Akta Universiti & kolej Universiti (AUKU ) 1975 telah merencatkan sebahagian besar mahasiswa dalam segenap aspek pada ketika itu . Mahasiswa kembali lesu serta tidak proaktif dalam berbincang dan berpencak seperti mahasiswa sebelum akta kuku besi itu wujud .

Walaubagaimanapun mahasiswa tetap bangkit meredah tembok yang kebal itu. Setiap tahun mahasiswa berjuang tanpa menghiraukan tembok di hadapan, bekal didikan yang mantap , tidak timbul lagi soal takut dengan tindakan polis, tindakan universiti dan sebagainya yang terkandung dalam akta draconian itu. Aksi demi aksi terus berlaku tanpa menghiraukan risiko yang bakal di hadapi.

Kesannya membawa mahasiswa berjaya mendesak kerajaan Malaysia meminda AUKU untuk di pinda kali ke kedua pada tahun 2008. Walaupun begitu, mahasiswa masih di telengkup dengan strategi permurnian kalausa yang mengelirukan mahasiswa dalam memahami akta ini.

Pendek kata AUKU masih lagi merencatkan pada sesetengah pergerakan mahasiswa. Biarpun di pandang sebagai ketelusan pemimpin negara dalam menerima kebebasan mahasiswa bersuara , tetapi ianya hanya indah khabar dari rupa.

Namun , kekangan ini tidak menjadi masalah hanya bagi mereka yang berani menyepak AUKU ini seperti bola kerana sasaran mereka yang serius dengan perjuangan hanyalah ‘tiang gol’ di hadapan..”http://mahasiswakini.com/archives/4284

Secara peribadinya, saya sebagai mahasiswa mengakui pandangan beliau. Ramai dikalangan mahasiswa pada hari ini terutamanya yang mengakui mereka aktivis mahasiswa merasakan perjuangan memperjuangkan hak mahasiswa sudah tidak perlu lagi dilakukan kerana AUKU telah dipinda. Namun, perlu diingat di sini pindaan itu semakin melemahkan gerakan mahasiswa.

Lemahnya gerakan mahasiswa pada hari ini, bakal menyaksikan satu kelemahan tampuk pemerintahan akan datang. Justeru, kajilah dan lihatlah dalam diri, apakah kita telah menemui jawapan erti merdeka sebenarnya?? Apakah dengan memebenarkan segenap laku para pemerintah itu dibilang Patriotik? Apakah dengan mengkritik itu dilihat pengkhianat? Renung-renungkan, fikir-fikirkan.

Wallahua'lam.

Program Pelita Kasih Ramadhan - majlis iftor bersama anak-anak yatim Siraman Kasih

11 Ogos 2012 ~ Program Pelita Kasih Ramadhan 1433H merupakan salah satu program mega yang dikendalikan oleh Biro Perhubungan dan Aktiviti Luar (BPART) dan dirasmikan oleh Tuan Pengarah Darul Quran JAKIM, Tuan Hj Paimuzi bin Yahaya. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Majlis Iftor bersama Anak-anak Yatim Siraman Kasih.

5.15 petang ~ semua pelajar banin dan banat sudah mula memenuhi ruang Dewan Muktamar setelah mengesahkan kehadiran masing-masing di meja pendaftaran. Sementara menunggu kehadiran para tetamu VVIP, satu sesi taklimat telah disampaikan oleh Unit Penyelaras Program, saudara Akmal bin Zulkarnain berkenaan perjalanan majlis secara keseluruhan.

6.00 petang ~ ketibaan Anak-anak Yatim Siraman Kasih bersama guru pengiring mereka di Dewan Muktamar disambut baik oleh koordinator program dan anak-anak yatim tersebut telah ditempatkan di meja bersama pelajar-pelajar IQRaC yang lain.

6.15 petang ~ ketibaan Tuan Hj Paimuzi bin Yahaya di Dewan Muktamar dan diiring masuk bersama-sama alunan selawat.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, saudara Muhammad Amin bin Adnan dan Muhammad Saiful Adlie bin Misnan. Bagi memberkati majlis pada petang tersebut, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran telah dialunkan oleh saudara Muhammad Ashlam bin Azman. Seterusnya, majlis telah menjemput Tuan Pengarah Darul Quran, Tuan Hj Paimuzi bin Yahaya untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan Program Pelita Kasih Ramadhan 1433H.

6.30 petang ~ majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sumbangan kepada Anak-anak Yatim Siraman Kasih yang disampaikan oleh Tuan Hj Paimuzi bin Yahaya, diiring oleh Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP),Ustaz Mat Lazim bin Hassan dan Timbalan Pengerusi IQRaC, saudara Hud Al-Hasyir bin Haironeze. Seramai 45 orang Anak Yatim Siraman Kasih telah menerima sumbangan berupa wang tunai, senaskhah Al-quran tafsir beserta novel.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid yang mantap oleh anak-anak yatim selama 10 minit menggunakan peralatan muzik yang dibawa sendiri oleh pihak Rumah Anak Yatim Siraman Kasih. Majlis disambung dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh unit teknikal.

7.00 petang ~ majlis mempersilakan Timbalan Pengerusi IQRaC, saudara Hud Al-Hasyir bin Haironeze untuk menyampaikan tazkirah ramadhan selama 15 minit. Setelah itu, majlis telah dihentikan seketika untuk memberikan laluan kepada para pelajar dan tetamu jemputan bersiap sedia untuk berbuka puasa sambil mendengar alunan zikir munajat. Buffet telah disediakan di bahagian belakang Dewan Muktamar. Menu utama ialah nasi beriyani. Masuk sahaja waktu maghrib iaitu pada jam 7.28 petang, laungan azan diperdengarkan oleh saudara Mohd Syafiq bin Mohd Iqbal dan bacaan doa makan telah diketuai oleh saudara Muhammad Fawwaz Shahidi bin Yaacob.

Selepas menunaikan solat Maghrib secara berjemaah, sesi fotografi antara pelajar IQRaC dan Anak-anak Yatim Siraman Kasih telah diadakan di atas pentas utama Dewan Muktamar sebagai kenang-kenagan. Para hadirin sekali lagi dijamukan dengan moreh yang telah disediakan.

8.30 malam ~ majlis bersurai

Selamat Hari Raya Aidilfitri - maaf zahir dan batin :)


Detik terakhir..Ramadhan tahun ini.
Setiap pertemuan penghujungnya perpisahan.
Pedih jiwa ini membiarkannya pergi.
Namun, life must go on.

Ramadhan bulan tarbiah jiwa, hati, akhlak, jasad dan roh.
Moga-moga Ramadhan kali ini menoktahkan api kemarahan syaitan yang sentiasa memusnahkan hidup kita.
Sesungguhnya, rindu ini buatmu Ramadhan, seterusnya pasti menjadi rindu untuk meraih cinta-Nya.
Syawal yang kemari dirai. Selamat menutup tirai Ramadhan kali ini dengan penutupan yang terindah. Moga mencapai keredhaan Pencipta.


Salam eid mubarak. Maaf atas segala terlanjur bicara, tersalah kata dan 'ter' apa-apalh lagi..:)

Wallahua'lam.

Salam Aidilfitri - tips-tips berbelanja di musim perayaan :)




Akhirnya bulan Ramadhan akan sampai ke penghujungnya. Biasalah setiap yang bermula mesti ada akhirnya kan?? Begitu jugalah dengan bulan Ramadhan ni. Tinggal beberapa hari sahaja lagi semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Macam mana persiapan raya korang semua? Dah siap ke? Ha, bagi yang sibuk bekerja, mesti terkejar-kejar nak buat persiapan kan? Nak survey baju, kuih, langsir semua lengkaplah, serba satu. Lagi pula, kompleks beli belah sedang rancak buat promosi, mega sale sana sini. Bagi sesiapa yang suka membeli belah di saat akhir, ni ada beberapa pesanan..berhemahlah ketika berbelanja.

Meh, kita tinjau tips-tips ringkas berbelanja.

1. Beli ikut keperluan
Maksudnya di sini ialah kita hanya membeli barang-barang yang perlu sahaja. Yang tak perlu pandang sepi je. Toksah dok menggatal nak beli itu ini, bukan ke membazir namanya.

2. Tinggalkan kad kredit di rumah
Bagi individu-individu yang mempunyai kad kredit, tinggalkanlah ia di rumah. Tak dinafikan, penggunaan kad kredit ni memudahkan kita. Tak perlu bawa wang tunai dalam jumlah yang banyak lagi, semuanya ada dalam tu. Tetapi tahukah kita, bahawa penggunaan kad kredit ni menyebabkan kita tidak berhati-hati ketika berbelanja. Hal ini kerana kita lebih cenderung untuk membazir, yelah hanya perlu hulur kad sahaja kepada cashier. Bila dah hujung bulan garu kepala, hutang berlambak. Last-last diisytiharkan muflis. Tak ke naya namanya tu.

3. Jangan terburu-buru ketika membeli barang murah di kompleks beli belah
Sekarang banyak kompleks beli belah menawarkan potongan harga atau diskaun yang gila-gila kan? Mega sale sana sini. Memang syok beli belah time ni. Tapi, kita mesti berhati-hati dan pandai merancang ketika hendak membeli time mega sale berlangsung. Kenapa?? Ha, ni yang penting sebab kebiasaannya bila kita terpandang je perkataan "mega sale" wah..kita pun tak beragak untuk membeli padahal kita dah tertipu de
ngan tawaran yang mereka berikan. Harganya lebih mahal daripada sebelum diskaun. Dah rugi dari situ.

4. Teliti barang sebelum membeli
Ni satu lagi tips berbelanja yang bagus, yang mesti dipraktikkan oleh setiap lapisan manusia iaitu kita mestilah selidik dan teliti barang itu sebelum membeli. Selalunya sebelum membeli, kita mesti belek-belek dulu barang tu, ini penting untuk memastikan kita satisfied dengan apa yang dah kita beli. Sebabnya berbelanja juga merupakan sebuah pelaburan, kita mesti nak untung juga kan? Takkan nak biar peniaga sahaja yang untu
ng. Ni la namanya win-win situation. Tengok betul-betul, teliti ia baik-baik. Jangan pula asalkan nampak cantik je, terus kita sambar. Sudahnya bila balik, menyesal tak sudah. Baru guna sekali dah terkoyak, benang terkeluar, macam-macam lagi lah.

5. Senaraikan barang-barang yang mahu dibeli
Perancangan yang sempurna membolehkan kita tidak tersasar daripada landasan dan dapat menyelamatkan kita daripada melakukan pembaziran. Kan tak bagus..Seeloknya kita buatlah senarai barang yang mahu dibeli, sebab manusia ni mudah rambang mata, tak kira jantina, lelaki ke perempuan, mesti ada macam-macam yang nak dibeli dalam fikiran tu kan? Jadi dengan adanya senarai barangan ini, kita takkan tersasar untuk membeli barang yang tiada dalam senarai.

Wallahua'lam.

A Pillar of Faith

That day I was admiring a beautiful house near my sister's place. The design of the house was breathtaking, subhanaAllah.


Although I don't have any inklin whatsoever about architectural design, I do love houses, buildings and structures that reflect great creativity and genius. I could not begin to imagine the sheer hard work the designers and architects have put into the design.

Thomas Disch once said,

Creativity is the abilitty to see relationship where non exist.


And I totally agree with Mr Thomas here. This house I am appreciating has a perfect combination of classic and ancient with a touch of modernity in it, subhanaAllah.

I chuckled at the thought of my very best effort in designing a house: a square box with a roof and chimney and a few squared windows and one door,
with a sun comin out from behind it!

Got the picture?

So obviously, I truly aooreciate talents of people who can design such a strikingly beautiful house.

But then, I got curious. Despite its gorgeousness and maj

estic outlook, the house was empty. I mean, it looked as if it had been left empty for years. The garden is full of weeds growing as tall as a 9 years old, cobwebs were everywhere, the main gate was all rusty and most windows were broken too.
It was then my dad told me that the house was empty for a reason.

"What's the reason, dad?" I asked him.

"Well, it seemed that when the house was being built, the
owner refused to follow the advice that it should not be three-storeys high as the ground it was built on was kind and soft. And if he still wanted to do so, he would have to build a stronger foundation for the house and use the right kind of piling as pillars. But he refused to listen and built the house his way anyway. And now, the house is not safe to live in."
"Wow, what a shame and a waste of money!" I couldn't believe my ears, shaking my head disbelief.

The owner must have lost hundreds of his hard earned money. Poor him...

As I reflected on that incident later in the day,
it suddenly dawned upon me the words of our beloved Prophet Muhammad (peace be upon him) who once said,
"Islam is built on five (pillars): the testimony tha
t there is no god except Allah and that Muhammad is a Messenger of Allah; establishing prayer; paying zakah; fasting Ramadan; and Hajj to the House (t
he Ka'bah)."

SubhanaAllah!


Don't I see that my beautiful religion too, has pillars and foundations of its own which I should adhere and follow? The pillars that have been identified by my Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him)about 1429 years ago, and they still hold true until today.

And he (peace be upun him) had left us these pillars for one reason- the very soil also known as life that we all stand (live) on is, yes, you got it- soft!

Soft as in unstable, risky, dangerous, uneven, unbalan
ced, uncertain, unsafe and could be hazardous to our lives.
And if we failed to build the right kind of pillars as the foundation to our home (a.k.a life) here on this earth, we might just end up like that waste house- all beautiful but of no use to anyone and dangerous live in too!

Yikes! Na'udhbillahi min dhalik!

Surely, that is not something that we want to become, you agree?

I, for one, truly do not want to be like that wasted house. Nope. I really don't. Really. Really. Really.

In fact, I want to built a 'house' that I could live in safely, happily and peacefully; where others could come visit without worrying if the roof is going to fall on th
em or the floor is going to suck them in. I want to build a place where people could call a happy home and where others and I can find solace in, inshaAllah.

And as we all know, in just a few day, we shall be given a chance to strengthen the current foundation to our houses using one of the mentioned pillars- pillar of fasting in the great month of Ramadan!

Fasting.

Thinking about this special month made me become excite
d suddenly. Why shouldn't I, right? This is literally the only opportunity that I have to strengthen this one pillar as it only comes once a year and it only lasts for 30 days!

30 days?

Yes, 30 days, my brothers and sisters. Only 30 days.

We are given about 30-days to do whatever we should do to ensure that this one pillar becomes so strong that it would be able to withstand whatever hurricane, tsunami, and turbulence that might come our way for the next 326 days (365 minus 30 days) until the next round of 'piling' comes- if we live that long, that is!

Oppss...such is the reality of life, huh?

And you know something else?

One of the best part of having Ramadan with us is this,
"When Ramadan comes, the gates of mercy are opened and the gates of Hell are shut, and the devils are put in chain."
(Al-Bukhari and Muslim)
Yup, all the gates of mercy are opened, my friends! Opened!

Isn't that amazing?

I began wondering, what is behind those gates of mercy. Do you wonder too, my brothers and sisters?
One thing I believe is that it contains a gazillion times of gazillion things called mercy that we cannot imaging having, right?

Much like what the gates of banks would have what behind it. Yup, you got it. MONEY! And the gates of libraries would have books and the gates of schools would have children inside them, right?

SubhanaAllah...


So, I know that I must take plan my Ramadan well this year, inshaAllah as His Gate of Mercy is wide open for me, Ameen...

And coincidently, about a week back, I received something from a friend called 'Ramadan Planner'. It has a 30-day plan where we can insert/change/edit whatever information according to our fancy. And this Ramadan Planner is sure able to help us plan our recitation of His Book, our remembrance of His Names, our Charity to give away, our obligatory Prayers like Tarawih Prayers and many other good deeds we plan to do during this Holy month of Ramadan- all charted in this wonderful planner.

Nevertheless, I will always remember what Will Rogers once said,
Plans get you into things, but you got to work your way out.

I surely do! And my dearest brothers and sisters- you know, you have to, too! So, let us all do it together then, you agree? Let us start planning!

Ramadan kareem to everyone!


Source : Life is an open secret book by Zabrina A. Bakar

Al-Mubarak-catalyst of taqwa

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, PERKEMAT DQ melalui Biro Penerbitan dan Informasi, IQRaC telah berjaya menerbitkan sebuah majalah Al-Mubarak. Alhamdulillah.


Majalah ini mengupas isu-isu yang berkaitan dengan Ramadhan seperti Fiqh Puasa, Ramadhan Aroud The World dan banyak lagi. Turut dimuatkan juga komik; Ramadhan di Konoha serta isu-isu semasa tentang saudara-saudara Muslim kita di Syria dan Palestin.

Al-Mubarak ini hanya berharga RM6. Bagi sesiapa sahaja yang berminat, bolehlah emailkan nama, no. tel dan alamat ke iqrac.club@gmail.com untuk mendapatkan majalah ini. Cepat, sementara stok masih ada!. :)

Fasa-fasa Ramadhan ; Tapisan Allah buat hamba-Nya


Pejam celik pejam celik, kita sudahpun melalui 2 fasa dalam Ramadhan kali ini dan insyaAllah akan memasuki fasa ketiga tidak lama lagi. Jika kita sama-sama renungi, pada hakikatnya penetapan fasa-fasa dalam bulan Ramadhan ini secara tidak langsung adalah suatu tapisan yang Allah buat untuk menilai hamba-hambaNya yang benar-benar menginginkan natijah taqwa dan keampunan yang telah Allah janjikan di akhir Ramadhan.

Kita boleh melihat sendiri penapisan ini berlaku dalam ruang lingkup kehidupan kita. Sewaktu fasa pertama Ramadhan, tak kira ramainya jemaah di masjid untuk menghidupkan malam-malam di bulan Ramadhan. Akan tetapi, apabila menginjak ke fasa kedua, keramaian jemaah mula berkurang hinggalah ke fasa yang ketiga, mungkin akan tinggal satu atau dua saf sahaja di masjid. (tapi kalau di Masjid India mungkin akan bertambah ramai safnya akhir ini..hehe :D)

Namun hakikatnya, satu atau dua saf jemaah yang masih setia beribadah hingga ke akhir itulah insyaAllah akan benar-benar menikmati kelazatan beribadah pada bulan Ramadhan dan insyaAllah, akan diganjari-Nya dengan sebaik-baik ganjaran. Moga kita termasuk dalam golongan ini, yang masih setia dalam trek Fastabiqul Khairat (berlumba-lumba mengejar kebaikan) di saat yang lain mula futur (putus asa) dan tidak mahu lagi meneruskan perjuangan hingga ke akhirnya.


Hatta, jika kita melihat pada fasa sebelum bermula Ramadhan, tidak semua hambaNya yang diberi kesempatan untuk berada pada bulan Ramadhan. Ada yang hanya beberapa hari sahaja lagi untuk bertemu Ramadhan, tetapi Allah swt tidak rezekikan padanya untuk bertemu Ramadhan. Cukuplah contoh-contoh tersebut untuk kita lihat bahawa fasa-fasa Ramadhan ini adalah tapisan dari Allah swt untuk meniloai ketaqwaan hamba-hambaNya.


Persoalannya, adakah kita telah memanfaatkan sepenuh hari-hari dalam bulan Ramadhan yang sudah berlalu pergi? Adakah pada 2 fasa sebelum ini kita telah benar-benar berusaha untuk menggapai rahmat dan keampunanNya? Atau kita sekadar menempuh Ramadhan sebagai rutin untuk berpuasa selama sebulan dan bertarawikh tanpa kita mencari gali fadhilat-fadhilat yang cukup besar yang ada dalam bulan Ramadhan ini?



Di kesempatan ini, suka untuk ana mengajak pembaca semua untuk sama kita kembali ke trek Fastabiqul Khairat, bangkit dari futur setelah sekian lama dan teruslah melangkah memburu 10 malam terakhir ; Pelepasan dari api neraka.
Moga kita termasuk dalam golongan hambaNya yang direzekikan dengan Lailatul Qadr dan seterusnya menjadi hamba yang terus istiqamah dalam mengabdikan diri kepadaNya. Janganlah kita termasuk dalam kalangan yang rugi kerana tidak mendapat keampunan Allah walaupun setelah menempuh sebulan Ramadhan.

Jadikanlah Ramadhan kita kali ini sebagai Ramadhan terbaik sepanjang kehidupan kita dan akhirnya, semoga Aidilfitri yang akan kita sambut nanti adalah dengan kemenangan yang besar hasil manifestasi tarbiyah Ramadhan.



TaqabbalaAllahu minna waminkum.
Wallahua'lam.

MAHABBAH STRING - strengthening ukhuwah, inspiring dakwah


Mahabbah String merupakan satu program yang dikendalikan oleh Biro Tugas-tugas Khas I.Q.RaC dan bermula pada hari Jumaat, 13 Julai 2012.

Hari pertama (13 Julai 2012): Tirai Mahabbah String dibuka dengan ceramah yang bertajuk “Strengthening Ukhwah, Inspring Dakwah” dan telah disampaikan oleh Ustaz Syaari Bin Abdul Rahman.

Program diteruskan lagi dengan pertandingan futsal antara halaqah yang telah diadakan di Kompleks Sukan Darul Quran. Dengan kehadiran beberapa orang pensyarah, telah menghangatkan lagi suasana di tengah-tengah gelanggang. Perlawanan telah diadakan dalam suasana yang cukup mesra dan mahabbah.

Pelajar Banat : Pertandingan bola jaring dan futsal secara liga telah diadakan di kawasan asrama banat.

Pada sebelah malam pula, sesi tayangan video yang bertemakan ukhuwah telah dijalankan selama 30 minit bertempat di Dewan Baru. Kemudian, aktiviti pada malam itu disambung dengan program Muhasabah Sem yang dikendalikan oleh Majlis Tertinggi perwakilan IQRaC.

Hari kedua (14 Julai 2012): Aktiviti dimulakan dengan qiamullail di tengah halaman asrama bagi pihak banin manakala bagi pihak banat, qiamullail telah dijalankan di surau asrama banat.

Pukul 8.15 pagi - Pelajar banin : Telah bertolak ke Hutan Lipur Sungai Sendat dengan menaiki bas yang telah ditempah khas. Sejurus tiba di tapak rehlah, solat sunat dhuha secara berjemaah telah diadakan di kawasan lapang berhampiran sungai. Program diteruskan lagi dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh wakil ahli sem bagi mengetuk pintu hati mereka yang masih leka dengan sinaran nur al-quran dan al-hadith.

Setelah itu, beberapa permainan telah diadakan di kawasan air terjun tersebut. Aktiviti rehlah disambung dengan aktiviti mandi sungai dan kemudiannya diikuti dengan makan tengah hari pada pukul 11.30 pagi. Hidangan yang disediakan ialah nasi goring,sosej dan ayam BBQ yang telah dipanggang oleh unit persegaran.

Pelajar Banat : Telah bertolak ke Santuari Ikan Sungai Chiling pada pukul 8.00 pagi dan tiba pada pukul 8.40 pagi. Setibanya di sana, mereka telah menunaikan solat dhuha dan kemudian bersiap untuk aktiviti rehlah. Aktiviti yang telah dijalankan ialah explorace yang mana berakhir pada pukul 11.30 pagi.


Rehlah di Santuari Ikan Sungai Chiling diakhiri dengan makan tengah hari. Menu yang tersedia ialah nasi goreng, ayam BBQ dan sosej yang telah dipanggang oleh ahli sem yang lain.

Pada sebelah malam pula, acara majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah diadakan di Dewan Baru. Acara bermula pada pukul 9.30 malam dengan ketibaan perasmi, Ustaz Ibrahim, Penasihat PERKEMAT DQ.

Wallahua'lam.