Anak Kecil Yang Takut Api Neraka


Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai,
sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, ‘Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu’. Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada
orang yang dewasa.Maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"


Catatan:

Telah Allah ciptakan neraka itu yang bahan bakarnya terdiri daripada batu dan manusia. 
Maka, janji Allah
pasti terlaksana. Cuma menunggu masanya.

Pernahkah kita terfikir akan panasnya neraka itu?
Adakah kita berasa bahawa kita akan selamat daripadanya?


Lihatlah diri kita dengan penglihatan yang suci daripada sifat ujub dan bangga diri. Amal kita ketika

ini menuju syurga atau neraka Allah? Solat kita. 

Apakah solat itu terbang tinggi ke sisi Tuhan atau sekadar tiba di langit pertama lantas dilempar keras
ke muka kita semula?

Sama-samalah kita memperingati sementara kita masih diberi masa. Mati tidak menanti tua dan sakit. Ramai orang yang hidupnya tanpa sakit tetapi pergi meninggalkan dunia secara tiba-tiba.

Semoga kita sentiasa berada di kalangan orang-orang yang ruku’ dan sujud kepada Tuhan alam semesta ini.


Wahai akhawat fillah sama-sama kita doa moga kita sentiasa di dalam keredhaannya. Mencintai Allah dan
berkasih sayang sesama kita hanya kerana-Nya.

Sayang fillah ...

Sehingga IA Terpahat di Hati

Bahang peperiksaan kian terasa.
Simptom ’temporary hardworking’ kian menampakkan diri.

Dalam kesibukan mengulang dalam kalangan ahli IQRaC, bermacam-macam ragam boleh kita lihat, teliti dan ‘tadabbur’.


Ada yang stress mengenangkan ketidakmampuan diri untuk mengingat ayat-ayat dramatis dari Tuhan ini dan cuba  untuk mengulang dengan bersungguh-sungguh.

Ada yang tenang kerana dah masyi dan sekadar mengulang secara intensif.

Dan tidak kurang juga ada tenang keranamengenangkan nasib yang jika berusaha terlalu keras pun keputusannya tetap sama, jadi insan ini cuma berusaha sekadarnya sahaja.

Inilah kepelbagaian (diversity) dalam IQRaC.Inilah yang mencorak dan mewarna diari IQRaC.
Ada yang biru, merah, kuning dan tidak ketinggalan juga yang hitam.


Namun, apabila berbahas tentang soal usaha, seorang muslim itu seharusnya mengerah keringat dan peluhnya untuk mencapai kejayaan dalam setiap apa yang diceburinya dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Jangan menjadi seperti Kisah Si Tukang Kayu
Dan apabila keputusannya tidak seperti yang diharapkan, bersangka baiklah bahawa Allah sedang mengatur sesuatu yang lebih untuk kita kelak.

Letakkan segala pergantungan kepada Yang Berdiri Sendiri,
Bila berjaya tidak angkuh,
Bila gagal tidak kecewa.

Jadi, kepada IQRaCians, berusahalah sehabis yang mungkin dan bertawakkal di hujungnya nanti.
Dan pastikan bersedia untuk menjawab di hadapan-Nya nanti.

Sehingga Al-Quran Terpahat di Hati.



Alangkah Lucunya (Negeri Ini)

Disebabkan bahang peperiksaan sudah dekat, satu tayangan perdana telah dijalankan untuk meleraikan tekanan di bahu setiap ahli IQRaC seketika di auditorium Syeikh Mohd Nor. Tajuk filem yang ditayangkan ialah ‘Alangkah Lucunya (negeri ini…)’. Tayangan ini dijalankan pada hari Jumaat, malam Sabtu iaitu pada tarikh 2 November 2012.


 Seawal pukul 9.00 malam, sudah ada pelajar Darul Quran memenuhi kerusi auditorium SMN dan tayangan bermula pada jam 9.30 malam.

Ironinya, filem ini mengisahkan sebuah negara yang mempunyai kadar pengangguran yang sangat tinggi dek kerana berlaku rasuah yang berleluasa yang ‘memiskinkan’ lagi yang telah miskin dan ‘mengkayakan’ lagi yang telah kaya.


Lucunya filem ini kerana seseorang itu terpaksa mencopet (seluk saku) untuk mencari rezeki bagi melangsungkan kehidupannya.

Sedihnya filem ini apabila kanak-kanak dibiarkan tertunggang-langgang di jalanan tanpa pendidikan. Tanpa mengenal siapakah tuhan dan tanpa mengetahui sebab dan tujuan manusia ini diciptakan.


Gempaknya filem ini  kerana mempunyai unsur-unsur tarbiah yang sangat tinggi yang boleh dicontohi dan diteladani.


Pencerahan filem ini telah disampaikan oleh saudara Zubair Bin Amir Nur Rashid selaku ketua biro Akademik. Antara isi pencerahannya ialah kebobrokan sistem dan pemimpin-pemimpin zaman sekarang yang tidak menjaga kebajikan rakyatnya dan tugas kita selaku Hamalatul Quran untuk mengubah keadaan ini.

Program ini berakhir sekitar jam 11.30 malam dan semua hadirin bersurai dengan senyuman di muka masing-masing. J


Apakah Makna Korban Sebenarnya?

Apakah maksud korban yang sebenarnya? Korban sebenarnya adalah menghampirkan diri kepada Allah. Kita tidak boleh sama sekali menyembelih korban untuk seseorang atau sesuatu yang lain, selain daripada Allah.

Mari kita lihat firman Allah yang berkaitan dengan korban, iaitu Surat Al-Hajj: 34-37 yang terjemahnya :
Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),
(iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan shalat dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.
Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.
Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.
Ayat terakhir menegaskan bahawa korban tidak berhenti di penyembelihan haiwan qurban dan membagikan dagingnya kepada yang berhak. Akan tetapi esensinya adalah menguji ketakwaan kita terhadap Allah, menguji seberapa besar kita siap mengorbankan yang kita cintai demi melaksanakan perintah Allah. ….seperti Ibrahim dan Ismail yang lulus uji ketaqwaan….yang siap mengorbankan nyawa untuk melaksanakan perintah Allah.

Menyembelih korban adalah suatu sunnah Rasul yang amat besar pahalanya, dan amat luas maknanya. Banyak terdapat hadis yangmenerangkan keutamaan berkorban ini. Di antaranya, hadis yangdiriwayatkan oleh At Tarmizi dan Ibnu Majah yang diterimanya daripada ‘Aisyah, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda.
“Tiada suatu amalan anak adam di hari Nahar (10hb Zulhijah) yang amat disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Di hari kiamat, korban itu akan datang sebagaimana pada hari ia disembelih. Iaitu lengkap dengan segala tubuh anggotanya, cukup dengan kuku, tanduk, dan bulunya. Darah korban itu sebelum jatuh ke atas bumi, terlebih dahulu jatuh di suatu tempat, yang telah disediakan oleh Allah. Kerana itu, senanglah dirimu dengan berkorban itu.”
Iman Ahmad dan Ibnu Majah menjelaskan lagi, kali ini daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi s.a.w telah bersabda.
“Sesiapa yang mempunyai keluasan – mampu untuk berkorban, tetapi tidak mahu berkorban, janganlah dia mendekati tempat sembahyang kami.”
Itulah maknanya korban yang sebenarnya kepada Allah diserahkan semua. Mudah-mudah segala ibadah korban kita pada tahun ini diberkati dan diterima oleh Allah.