Salam Perkenalan

Salam Perkenalan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

Infiniti syukur dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t di atas nikmat Iman dan Islam yang telah dipinjamkan untuk kita serta tidak lupa juga selawat dan salam buat baginda Rasulullah s.a.w kerana berkat perjuangan dan jerit perih baginda, kita masih dapat merasai nikmat IMAN dan ISLAM sehingga ke hari ini. Allahumma solli 'ala Rasulillah wa 'ala alihi wasahbihi wasallim.

Alhamdulillah, IQRaC 13/14 masih diberi kesempatan untuk menyambung legasi perjuangan abang-abang dan kakak-kakak dalam meluaskan jalur dakwah dan menambah rangkaian tarbiyyah buat ahli sem khususnya dan masyarakat luar umumnya melalui barisan perwakilan dan biro-biro kelab.

Sudah lama blog ini tidak di'update' semenjak tinggalan gen lepas. Barangkali atas faktor kesibukan menstabilkan muqarrar, memulun iadah dan mengerah tenaga untuk program-program. Walaubagaimanapun, alhamdulillah hari ini Allah memberi sedikit kesempatan dan ruang kepada kami untuk menulis agar blog ini tidak meninggalkan banyak sangat sesawang walaupun berada di laman sesawang (@#$%&*).

Baru-baru ini, beberapa program telah berjaya dijalankan antaranya Simfoni Aidilfitri, Never Walk Alone dan Busyra Lana. Sekalung perhargaan diberi kepada semua yang terlibat. Semoga Allah menerima gerak kerja ini sebagai ibadah dan semoga segala objektif telah dicapai dan terus diamalkan.

p/s: program kami seterusnya yang bakal menyusul ialah The Miracle of Miracles yang bertemakan Flip Through the Wonders of Quran

Akhir kata,

Allah berfirman yang bermaksud:
"Jika kamu menolong (agama) Allah, maka Allah pasti akan menolong kamu dan memgukuhkan kedudukan kamu" [Muhammad: 7]

Wallahua'lam.
Wassalam.

PERMOHONAN PERSIJILAN TAHFIZ DARUL QURAN-UIAM KINI DIBUKA

PERMOHONAN PERSIJILAN TAHFIZ DARUL QURAN-UIAM KINI DIBUKA

Link Permohonan Program Persijilan Tahfiz Darul Quran-UIAM sesi 2014/2015:


http://www.darulquran.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=491%3Apermohonan-program-pensijilan-tahfiz-al-quran-jakim-uiam-sesi-20142015-kini-dibuka&catid=39%3Apengumuman&Itemid=156

Apa itu Program Persijilan Tahfiz Al-Quran-UIAM???

Cadangan untuk mewujudkan program ini lahir di dalam Muzakarah Masa Depan Darul Quran yang dianjurkan oleh JAKIM di Awana Golf & Country Resort, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur pada 21-22 Februari 2000. Y. Bhg. Prof Madya Dr. Sidek Baba selaku Ahli Lembaga Pengarah Darul Quran dan Timbalan Rektor ( Hal Ehwal Pelajar dan Disiplin) telah membentang satu kertas kerja bertajuk “ Perancangan Masa Depan Program Akademik Darul Quran”.Beliau mencadangkan supaya Darul Quran bukan sahaja memainkan peranan untuk melahirkan hafiz dan hafizah yang layak untuk menjadi imam, guru-guru agama malah layak menjadi ahli sains dan ahli-ahli professional yang lain. Inilah sebenarnya yang telah berjaya dilahirkan semasa era kegemilangan Tamadun Islam seperti Ibn. Sina, al- Kindi, al Khawarizmi, Ibn Khaldun, Ibn Rushd dan ramai lagi.

Oleh itu pada 19 Jun 2000 seramai 7 orang pelajar lepasan Matrikulasi UIAM iaitu 2 lelaki dan 5 perempuan telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di dalam Program Persijilan Tahfiz al-Quran JAKIM-UIAM di Darul Quran Kuala Kubu Bharu. Selepas tamat pengajian di Darul Quran mereka akan mengikuti pengajian di Pusat asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


Falsafah

Ilmu pengetahuan disebarkan dalam semangat tauhid ke arah membentuk generasi al Quran yang bertaqwa menjurus kepada pengakuan bahawa Allah itu Esa, Pencipta dan Tuhan bagi sekalian alam.


Objektif

1) Mensepadukan ilmu (duniawi dan ukhrawi) untuk melahirkan golongan profesional yang hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan ummah dan Negara.
2) Menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawan yang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuan Islam.


Pemilihan Pelajar

Penumpuan adalah kepada pelajar aliran sains institusi / Sekolah Menengah Agama yang mempunyai pencapaian cemerlang berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini dilakukan oleh satu jawatankuasa yang terdiri daripada Darul Quran dan UIAM melalui proses temuduga berdasarkan wajaran seperti berikut :

1) Cemerlang dalam peperiksaan percubaan SPM tahun berkenaan
2) Berkemampuan tinggi untuk meghafaz al-Quran
3) Personaliti yang tinggi
4) Aktif dalam kegiatasn ko-kurikulum ; dan
5) Lain-lain perkara yang berkaitan

Pelajar yang benar-benar berminat, dan berjaya dalam temuduga sahaja akan ditawarkan tempat bagi mengikuti program ini.


Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian program ini ialah selama 18 bulan. Pelajar –pelajar akan didedahkan dengan pembelajaran tahfiz dan lain-lain matapelajaran yang berkaitan


Jangka Masa Pengajian
Pengajian akan bermula pada bulan Januari ( selepas tamat peperiksaan SPM) sehingga Jun tahun berikutnya.

Tahun
Program
Tempat
1 tahun 6 bulan
Persijilan Tahfiz Al-Quran
Darul Quran, Kuala Kubu Bharu
1 hingga 2 tahun
Program Matrikulasi UIAM
Pusat Asasi UIAM
3 tahun setengah hingga 5 tahun
Program Ijazah
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia












Bagi Calon SPM 2013,
Apa tunggu lagi, sila isi permohonan anda sekarang!!

Kehadiran anda amat dinantikan... :)