INFAAQLAH HARTAMU DI JALAN ALLAH

.ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ
.الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُون
(Surah al-Baqarah 2: 2-3)
Mafhumnya: Kitab (al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. (Iaitu) orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, melaksanakan solat dan menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami Berikan kepada mereka. 


TAFSIR AT-TABBARI

Adapun tafsir "dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami Berikan kepada mereka" menurut Ibnu 'Abbas adalah orang-orang yang menunaikan zakat mal(harta). Sedangkan menurut ad-Dahhak adalah orang-orang yang menginfaqkan sebahagian harta sesuai dengan kemampuan. Kedua penafsiran itu menurut at-Tabari  dapat dipadukan, kerana baik zakat mahupun infaq pada dasarnya sama-sama merupakan upaya seorang hamba untuk mengeluarkan sebahagian hartanya yang halal agar memperoleh keredhaan Allah s.w.t. (Tafsir at-Tabari Jilid 1, 2011:240-250)


TAFSIR IBNU KATSIR

Ali bin Abu Talhah meriwayatkan , Ibnu 'Abbas berkata, "Kalimat "dan menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami Berikan kepada mereka" bermakna mengeluarkan zakat dari harta yang dimiliki." (Al-Misbah Al-Munir fi Tahzib Tafsir Ibnu Katsir, 1999:28-29)



HADITH SAHIH

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Ada tiga perkara yang barangsiapa yang dapat mengumpulkan ketiga  hal itu dalam dirinya, maka ia telah mengumpulkan keimanan secara sempurna. Iaitu, memperlakukan orang lain sebagaimana engkau suka dirimu diperlakukan oleh orang lain, memberi salam terhadap setiap orang ( yang engkau kenal mahupun yang engkau tidak kenal) dan mengeluarkan infaq di jalan Allah, mahupun sedikit." 

(HR Bukhari, 9)



Sumber: Syaamil Al-Qur'an Miracle the Reference, 2010. Indonesia:Sygma Publishing.


EmoticonEmoticon