Sayangi solat anda





Solat merupakan ibadah wajib yang dilaksanakan umat Islam lima kali sehari.Mlahan ibadah pertama yang akan ditanya diakhirat kelak adalah solat..

Namun pada saati dan ketika ini,ayuh Tanya diri kita semula..Sejauh mana kita menghargai solat lebih daripada aktiviti2 lain?

Atau yang lebih parah lagi,adakah kita memandang solat ini sekadar ibadah,”hendak buat,buat,tidak mahu buat,sudah”.Adakah begitu?..lalu pada nombor berapakah kita tempatkan solat dalam hidup kita?

Firman Allah:


“Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua(berjemaah) bersama-sama orang orang yang rukuk “
(Al-Baqarah 2:43)




“Kau tengok ni,,aku beli telefon bimbit baru.”

“wah,model terbaru!kaya betul kau”

Mestilah.”

"Itulah.Aku tengok ,tahun ni sahaja,sudah empat kali kau tukar telefon,.dahsyat!

Dialog diatas hanya lakonan semata-mata.


Mari kita renung semula.Lihat betapa ghairahnya kita setiap kali dapat memiliki telefon bimbit baru.
Dalam setahun,berapa kali pula agaknya kita memperbaharui solat kita?

Adakah kita rasa solat kita sudah cukup sempurna?sudah dilaksanakan  dengan cara yang betul?ataupun kita ni pengamal”solat ekspres?”Bacaannya laju seperti kelajuan seseorang yang dikejar anjing?

Sering kali kita merasakan hubungan kita dengan Allah makin lama semakin renggang.terasa jauh dengan Allah.Sebab apa?Sebab kita tidak pernah bersungguh-sungguh menjaga hubungan kita dengan solat.Kita tidak istiqamah menjaga kecintaan kita pada solat.

Lalu bagaimana mahu menggapai rahmat Allah jika dengan solat pun kita layan sambil lewa?
               
                         

Solat itu memanggil..

Setiap kali berkumandangnya azan,berapa ramai hamba Allah yang merasakan di dalam hati bahawa Allah sedang memanggilnya?Lima kali sehari Allah panggil kita untuk menyembahNya.Allahu Akbar.Berapa ramai pula yang menyahut seruannya?

Dan apabila kamu menyeru(azan) untuk mengerjakan solat,mereka menjadikan solat itu sebagai ejek-ejekan dan permainan.Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaumyang tidak berakal.(Al-Maidah 5:58) “


Ayuh,perbaikilah hubungan kita dengan solat.Kita akan lihat hubungan kita dengan Allah semakin rapat.

-karya Ajwad Amal

via-langitselalucerah


EmoticonEmoticon