Bagaimana Jalannya?

BAGAIMANAKAH jalannya untuk merealisasikan sistem Islam? 

Kita telah percaya bahwa Islam sebaik-baik sistem hidup di dunia ini. Kedudukan kita dan segi sejarah, geografi dan internasional telah meyakinkan kita bahwa Islam adalah satu satunya sarana untuk kita mencapai kembali kekuasaan, kehormatan dan keadilan sosial. Tetapi bagaimanakah jalan untuk merealisasikan pemerintahan Islam dalam sebuah alam yang anti Islam dan di dalam negerinegeri Islam yang diperintah oleh diktator-diktator yang menentang Islam sama seperti mereka menentang musuh-musuh luar. malah kadang-kadang lebih dahsyat lagi? 

Tiada jalan lain lagi melainkan satu jalan sahaja, iaitu beriman. Jika di permulaan Islam iman telah menjadi tenaga pembangunnya, maka iman juga yang harus menjadi tenaga pembangun Islam di zaman belakangnya. 

Tetapi walaupun demikian satu mirakal yang paling mengkagumkan dalam sejarah telah berlaku. Segelintir umat Muslimin yang kerdil telah berjaya mengalahkan empayar Rome dan empayar Farsi dalam masa tidak sampai setengah abad. Mereka telah menaklukkan negeri jajahan dua empayar yang luas itu yang memanjang dan Lautan India ke Lautan Atlantik. Bagaimanakah mirakal itu boleh berlaku? Pentafsiran sejarah yang berdasarkan faktor kebendaan dan ekonomi tidak dapat menjelaskan bagaimana mirakal itu berlaku. Hanya satu sahaja yang dapat member pentafsiran yang konkrit iaitu faktor iman. Iman inilah yang mendorong umat Muslimin berjuang dengan penuh keberanian. Orang-orang inilah yang kedengaran berdailog di medan perang. “Bukankah tiada dinding lagi di antaraku dengan syurga melainkan hanya aku pasti berjuang membunuh lelaki ini (penentang Islam) atau aku dibunuh olehnya.” Dan serentak dengan kata-kata itu Ia meluru ke medan perang dengan penuh semangat seolah-olah ia pergi untuk memeluk pengantinnya. Atau berkata kepada musuh “Kamu tidak menunggu kami melainkan untuk memberikan kami salah satu dan dua hadiah yang paling cemerlang iaitu kemenangan atau mati syahid.” Kemudian mereka mara ke tengah gelanggang pentempuran untuk menerima salah satu dan hadiah yang paling cemerlang itu. 

Ada 5 orang bertanya dengan hati yang ikhlas atau dengan hati yang pengecut, di mana alat senjata? Ya, kita memang memerlukan senjata, tetapi senjata bukanlah keperluan kita yang paling utama. Senjata sahaja tidak cukup. Di dalam peperangan dunia yang lepas tenteratentera Itali memiliki senjata pembunuh yang paling pantas dan kuat, tetapi mereka kalah di sepanjang medan pertempuran mereka berlumb-lumba Ian dan medan perang meninggalkan senjata senjata mereka jatuh ke tangan musuh. Mereka tidak kurang senjata, tetapi yang kekurangan pada mereka ialah iman dan kekuatan batin. 

Patut juga disebut di sini tentang gerakan komando Mesir yang berjuang nienentang Inggeris di Terusan Suez. Bilangan mereka tidak sampai seratus orang. Mereka keluar melakukan seranganserang malam tidak lebih dan lima atau enam orang, tetapi mereka berjaya meletakkan tentera Inggeris dalam keadaan yang panik dan akhirnya penjajah si tua bangka itu terpaksa menggulung tikar. 


Komando itu tidak mempunyai senjata pembinasa, tidak punya meriam-meriam berat, tidak punya kapalterbang dan kereta kebal, mereka hanya mempunyai pistol, senapang dan mesyenganmesyeng sahaja, tetapi di samping itu mereka memiliki sesuatu yang lebih kuat dan senjata iaitu iman. Mereka hidup dengan semangat segelintir pelopor-pelopor Islam di zaman silam yang benjuang menegakkan agama Allah dan kerana itu mereka berjaya mengusir penjajah British yang tua bangka itu. 

Sebenarnya tiada siapa pun boleh berkata bahwa jalan untuk menegakkan sistem Islam itu adalah dihampari dengan bunga-bunga, malah jalan itu penuh dengan keringat darah dan air mata. 

Setiap da’wah memerlukan pengorbanan dan setiap kemenangan juga memerlukan banyak pengorbanan. 

Kerana itu kekuasaan, kehormatan dan keadilan sosial yang menjadi matalamat perjuangan kita adalah memerlukan pengorbanan-pengorbanan yang wajar dan kita semua. itu, sebetulnya tidak lebih dan apa yang kita telah korbankan untuk mengekalkan penjajah yang meletakkan kita dalam kedudukan yang hina-dina dan miskin pada hari ini. Beberapa banyak negeri-negeni di Timur Tengah ini telah berkorban di dalam peperangan dunia yang lampau? Beberapa banyak rakyat yang terbunuh di bawah kereta-kereta kebal tentera Bersekutu? Berapa banyak pula kaum wanita diperkosakan mereka, berapa banyak bekalan makanan yang dirampas tentera Bersekutu tanpa bayaran. Dan sesudah sekian banyak kita berkorban untuk pihak-pihak Bersekutu, tiba-tiba Tuan Churchill datang berkata kepada kita, “Kami telah melindungi kamu dan malapetaka peperangan, kerana itu kamu harus membayar harga perlindungan itu.” 

Di satu masa dulu negeri-negeri belok Barat cuba mengheret negara-negara di rantau Timur Tengah ini dalam satu pakatan tentera yang diadakan oleh mereka dengan tujuan mengeksploitasikan negeri itu untuk kepentingan mereka. 

Seandainya kita pasti mati, maka mengapa kita memilih mati yang hina iaitu mati untuk kepentingan kerajaan-kerajaan Barat yang berikat. 

Seandainya setengah juta umat Islam sanggup mati kerana Islam, maka sudah tentu tidak ada satu kuasa penjajah Salib (Crusade) di negara-negara Islam. Itulah satu-satunya jalan.

Setengah-setengah orang bimbang Islam akan diancam oleh komunis yang sedang berkembang di masa ini, sedangkan yang sebenarnya mereka tidak perlu bimbang, kerana bagi Islam kedudukan di dunia ini masih belum berubah, sebab negeri yang sedang dilanda oleh komunis sekarang adalah dulunya ialah negeri-negeri Kristian yang sentiasa bersikap anti Islam. Russia yang menjadi induk, di maria lahirnya komunisma, adalah dulunya sentiasa bekerja menimbulkan huru-hara di dalam negeri-negeri Islam. Negeri-negeri Eropah yang menjadi pusat Crusade yang anti Islam itu masih tetap dengan sikap lamanya. Tiada satu pun yang berubah. 


Kedudukan kita hari ini sama dengan kedudukan angkatan pertama umat Islam yang menghadapi ancaman dan dua empayar besar yang terletak di kiri kanan mereka. Pemerintahpemerintah yang zalim di negeri negeri Islam sedang beransur ansur hapus Tiada siapa yang menyangka bahwa Raja Farouk dapat di guhngkan dan takhtanya dan sudah tentu peristiwa ini akan berulang pula pada raja-raja diktator yang lain. 

Kini gerakan rakyat Islam yang menuntut keadilan masyarakat melalui sistem pemerintahan Islam, bukan melalui usaha menjadi pak turut komunis dan kapitalis, tidak boleh dipandang sia-sia dan sepi lagi. 

Islam sedang bergerak maju dan kuat walaupun ia digugat liar dan ganas di segala tempat. Kerana seluruh suasana alam sedang bersiap untuk menyambut kebangkitan baru Islam, kerana Islam mempunyai tugas dalam kehidupan manusia yang sama penting dengan tugas lamanya di permulaan Islam, iaitu tugas mewujudkan sebuah dunia baru yang tidak terkongkong deng├ín kebendaan dan pergolakan ekonomi, sebuah dunia baru yang diperintah oleh satu sistem yang mengimbangkan tuntutan kebendaan dengan tuntutan rohaniah. 

Dunia yang telah lemas dalam kemajuan kebendaan dan kebuluran di dalam rohaniahnya, dunia yang tak pernah damai dan pergolakan-pergolakan yang pahit tentulah satu hari akan kembali mencari satu sistem hidup yang dapat mempertemukan alam kebendaan dengan alam rohaniah. Pendek kata, manusia lambat laun akan kembali kepada peraturan-peraturan hidup Islam walaupun mereka tidak memeluk agama Islam. 

Bagi kita umat Islam, jalan untuk merealisasikan sistem Islam tidak dihampari dengan bunga. Kita harus sanggup melakukan banyak pengorbanan seperti yang telah dilakukan oleh pelopor pelopor Islam di zaman lampau demi meyakinkan dunia terhadap kebaikan-kebaikan Islam, tetapi pengorbanan-pengorbanan itu telah dijamin kejayaan oleh Allah. FirmanNya, “Allah akan menolong mereka yang memperjuangkan ajaranNya, sesungguhnya Allah itu Maha Perkasa dan Maha Berkuasa.” 

Sungguh benar Firman Allah Yang Maha Benar!

-Salah Faham Tentang Islam-
Sayyid Qutb


EmoticonEmoticon