Muslimah Beraya?


BismillahiRahmaniRahim..........
sebab masih dalam Syawal,,so mood raya masih on the stairs..

sebut"Baju raya"?                                                                                                                
First impression,,mesti baju baru..!!hehe,,mestii..

bila sebut Warna?
Absolutelyla satuuu family ada theme..

Kalau lelaki,,baju Melayu tu,standard laa,tapi kalau perempuan,,
Haa,,baju kurung,,xde labuci,xblink2,memang xsah..haha..xpe2..*angkat2 kening sambil senyum

Aku tau,xsalah nak bergaya time raya,,
memang setiap kali raya,,baju mesti gempakk,stylish org kata..haha

erm,,cumaa..ada satu benda ni,,aku agak pantang,sakit mata memandang,,dah cuba,tapi xmampu nak jaga pandangan..
the words I would describe:
   
                                                     “ketat”,”fit”,”jarang”

Ketat?fit?longgar2kanlah..xperlu nak tayang2 badan..nak gerak pun susah,terkepit2 dengan baju yg sendat.
Ada org kata baju longgar ni rimasla,besar.
Entah,,aku nampak mcm yg ketat ni la yg rimas,,angin xmasukk..*honestly

 “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka. (An-Nur; 31).

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [Surah Al-Ahzab:59]

Jarang? Alasan,,kain alas memang nipis..so,,Alasla lagi lagi sampai 3 or 4 lapis pun takpe,takpe..

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” [Hadis riwayat Muslim dan Bukhari]



Itu baju....haa,tudung..
tudung tu,,mcm2 style sekarang..
banyak fesyen n style yang digayakan xikut syariat Islam.
Erm,,sanggul tu tinggi sgtla,,cik adik..
kenapa?xboleh ke?

ni soalan yang dipertanyakan kepada ustaz Nor Amin:

Saya ingin bertanyakan tentang sanggul tinggi yang menjadi trend wanita masa kini. Setelah saya cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan yang timbul dibenak iaitu apakah hukumnya... saya menjadi keliru kerana ada yang menberikan pendapat yang berbeza berdasarkan sebuah hadis iaitu

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :
"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

labuhkan tudung ye,pada paras yang sepatutnya juga...


Mesti dah biasa kan dengar pasal kenapa hadiah kau nak bagi orang tersayang,,kau balut dia cantik2,kemas2,xnak dia nampak,sbb nak kasi surprise?^^
Macam tu jugaklaa harga seorang muslimah..mcm hadiah..
Tutup aurat serba lingkup dari atas hingga bwh,untuk siapa?untuk yg halal buat dia..
Kerana muslimah yang solehah adalah sebaik-baik perhiasan2 dunia..
Bahkan wanita solehah turut dicemburui bidadari syurga..

Dan setiap titik peluh yang menitis dari seorang muslimah kerana panasnya dia menutup aurat,,dihitung ALLAH..mudahnya wanita peroleh pahala disisi Allah..


                               

Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
[Surah an-Nur, ayat 31]


nota kaki:
Selamat Hari Raya dan paling penting 
maaf zahir dan batin...
Maaf andai ada terguris bahasa atau terkasar dimana-mana..
Andaikata ada ayat2 yg sentap2,,maaf,maaf,
tegur2 la ye..*I.Q.Rac is open hearted n minded too..^_^

by: GLASS

1 comments:

Writer ni x pakai nama samaran ke?


EmoticonEmoticon