Tali Itu Putus Jua.

Hari yang seperti biasa. Petang itu petang yang menenangkan. Mungkin kerana tiadanya budak-budak lelaki yang hampir saban hari bermain bola sepak di padang di hadapan asrama. Kalau ada, riuh bagai nak rak.

Kelihatan dua orang di hadapan tasik. Tanah lembut kering berhampiran sampan yang kian lama tersadai di pokok menjadi pilihan mereka untuk duduk. Terasa angin menampar lembut di pipi. Daun-daun pula jelas berguguran. Tiba tiba terasa nak berpuisi. Tapi kali ni lain sikit. Berpuisi dengan kawan.

Ya, Amsya memang suka berpuisi. Berbeza dengan kawannya itu, Raulf. Namun, siapa sangka tulisannya juga terkadang buat Amsya kagum.

"Nak main balas balas puisi dengan aku tak?"

"Tapi aku tak reti nak bermadah sangat."

"Tak kisah. Aku pun bukan reti sangat."

"Okay, kalau itu yang kau nak."

"Kau mula dulu. Nah ambil kertas ni. Dah siap, bagi aku. Aku akan balas puisinya." Kertas warna biru muda bersaiz A4 dikeluarkan dari beg lantas dihulurkan.

"Thanks. Bagi aku masa sikit. Dalam 4 atau 5 minit ke."

"Okay." Aku memahami. Nak buat puisi, perlu sediakan hati. Nak sediakan hati, perlu ambil masa juga. Tak gitu?


*5 minit*


"Nah. Dah siap," kertas dihulur.

Aku ambil kertas tersebut. Membaca tinta yang dinukilkan oleh sahabat sendiri. Agak terkejut kerana puisinya benar-benar menerangkan keadaan sebenar hatinya.

"Harapan di rasakan 
  Semakin sirna 
 Hati mulai sakit 
 Calar penuh luka

 Perlahan-lahan ia retak 
 Pecah 
 Menjadi serpihan-serpihan
 Dan aku
 Rebah bersama serpihan-serpihan itu

 Katakan kepadaku, 
 Bagaimana aku hendak memulihkannya 
 Sedangkan ia  
 Sudah menjadi serpihan 
 Yang sukar dicantumkan?"

Aku memandang raut wajah tenang yang berada di sebelah kiriku. "Puisi dari hati?"

"Erm."

Hanya mampu angguk. Dengan lafaz bismillah, aku membalas puisinya.

"Kita semua sama
 Dihempap bertubi-tubi ujian

 Yang membezakan kita ialah
 Ada yang masih bertahan
 Dan redah dengan redha
 Ada yang futur
 Lalu kufur
 Menjauhi Tuhan

 Untuk kau
 Yang hatinya telah menjadi serpihan
 Cepat-cepat kutip serpihan itu
 Serahkannya pada Tuhan
 Biar Dia baiki
 Dan menjaga hatimu dengan baik

 Hanya Dia
 Cuma Dia
 Yang tidak akan mengecewakan kita."

"Dah siap." Aku tersenyum.

"Meh sini aku baca." 

Aku cuma menjadi pemerhati. Ligat betul mata dia baca puisi aku.

"Terharu. Hampir-hampir Niagara Falls wujud dekat mata aku. Haha. Aku nak reply kau punya puisi ni. Haa jangan tengok," dia membelakangi aku. Takut sangat aku curi-curi tengok agaknya.

Seminit berlalu.

Dua minit.

Tiga minit.

Dia memusingkan badannya. "Dah."

"Kau
 Yang selalu memberi inspirasi
 Saat aku hampir 
 Melepaskan taliNya
  
  Kau 
 Yang tidak jemu 
 Mendengar luahan hati
 Saat aku susah atau senang

 Terima kasih
 Saat ini
 Baru aku sedar
 Kau --antara hadiah terindah dari Tuhan."

Aku terdiam. Rasa nak menangis. Menangis terharu.

"Kau okay?"

"Aku okay. Cuma terharu. Sayang kau." Aku peluk dia. Aku pun tak pernah expect yang hari ni aku akan peluk dia.

"Aku pun sayang kau." Dia membalas pelukan. "Kau tahu, sebenarnya aku dah rancang nak give up tau. Tapi bila ada kau aku tak jadi nak give up. Allah beri kekuatan dekat aku melalui kau. Tapi, kalau kau takde, tak tahu lah macam mana aku nak lalui sisa hidup aku kat sini."

Dia senyum. Pelukan dileraikan.

"Jom iadah? Aku bawa AlQuran. Ada dalam beg."

"Jom."

--------
Well, this is life.
Kecewa itu perkara biasa. Yang luar biasanya adalah bila kita redha, bangkit, dan tempuh semuanya.

"Ujian tu. Nak tak nak. Mahu tak mahu. Memang untuk kita hadap hari-hari. Tanpa pilihan. Selagi hayat dikandung badan. Selagi masih bergelar insan. Selagi sedar kita cuma hamba Tuhan." 

-BK-



EmoticonEmoticon