Death.

Dengan nama Allah yang menggerakkan tangan dan hati untuk menulis.





"Hari tu korang ada mengumpat pasal dia kan?" Afi buat muka selamba. Oreo di atas meja dicapai dengan pantas.

Qai menjeling. Oh my god, nak berceramah lah tu. "Aah. Sebab dia annoying sangat." 

"Tak nak minta maaf?" Plastik Oreo dibuka. Perlahan lahan Oreo diambil dari dalam plastik lantas dimasukkan dalam mulut.

Semua buat muka toya. Tak bersalah.

"Tangan di bahu mata ke atas weh. Hahaharapan." Jawab Amir sambil baling bantal ke arah Afi.

Ketawa mereka pecah. Sampai luar rumah boleh dengar.

Afi menangkap bantal tersebut. Kunyahan dihentikan. "Takde la. Aku bukan apa. Mana tahu korang mati sebelum sempat minta maaf. Kan susah nanti." Sambung kunyah.

Semua terdiam.

---------------

Syarat mati ; Hidup.

Semua orang dah capai syarat tu. Termasuk yang sedang baca post ini. Cuma tinggal 'lampu hijau' dari Allah kepada malaikat Izrail untuk cabut nyawa kita.


Andaikata hari ni hari terakhir kau dengan kata lain, kau akan mati esok.

Apa kau akan buat?

Kau akan pergi mana?

Apa yang kau akan makan dan minum?

Siapa yang kau akan jumpa?

Dengan siapa kau akan berbual?

Macam mana nasib kau dekat akhirat?

Macam mana keadaan dalam kubur?

Apa tindakan kau pada hari terakhir di dunia?


Pada masa tu, kau akan betul betul hargai setiap saat.
Kau takkan berani langgar perintah Allah.
Walau cuma sesaat.


Beribu manusia mati dalam masa satu jam. Kita tahu, kita dengar tentang ia, kita sendiri pernah lihat orang yang mati, kita sebarkan tentang kematian orang lain, kita ambil berat tentang perkara ni.


Tapi kita tak pernah terfikir lepas ni giliran siapa.


Sedangkan setiap orang ada pegang tiket ke tempat yang dia akan pergi dan takkan kembali. Selamanya. Persoalannya, dah sedia atau belum? Kita tak tahu bila kita akan mati. Mati boleh hempap bila bila masa. Siapa tahu, mungkin sebentar saja lagi?


Apa yang kau dah buat dekat dunia ni?
Kau bazirkan kehidupan ke?
Hati dah terisi?
Kau tergolong dalam kalangan orang yang betul betul beriman?
Kau serious ke betul betul cintakan Allah?
Atau masih di-magnet oleh dunia?


Jom, kita ready sama sama. Mungkin kita yang akan masuk dalam 'lubang yang gelap' tu esok.

Tomorrow isn't promised. Yet, life too short to waste it. Semoga pengakhiran kita baik baik saja. :)

-Anon-


EmoticonEmoticon