Hero Ummah Perlu Buat Liposuction

Keputusan untuk menghafaz al-Quran
Bukan permainan
Atau sekadar percubaan

Dah melangkah masuk
Tiada istilah pusing balik atau u-turn
Jalan raya ada la

Amanah kalam Tuhan
Mesti dipikul hingga saat kematian
Kalau tak...

Dan bukan setakat hafazan
Kita dapat pakej bonus!
INGAT+ FAHAM+ AMAL+ SAMPAIKAN

Bersediakah kita untuk memenuhi tuntutan al-Quran
Setelah keluar dari pagar Darul Quran?
Melepasi Sarjan dan Abang Bob dengan tenang bahagia
Tiada lagi istilah outing halal atau fly yang kurang halal tu

Tak lama dah
Hanya 8 bulan je lagi
Kita bergelar pelajar DQ

So, back to the main topic.

Kau
Dah sedia?

Sejujurnya
Aku belum.

Dunia luar
Luar biasa mencabar
Terlalu mudah untuk hanyut
Bahkan tenggelam tak timbul

Nak masuk perang
Perlu persiapan
Nak jadi kuat
Perlu mula dari dalam

Medan hari ini medan latihan
Jangan sia-siakan
Suasana "bersih"
Bukan senang nak dapatkan

Bina iman
Tampal mana yang lompong
Buang mana yang berkarat

Agar iman boleh memancarkan sinarnya
Terpancar dalam setiap langkah,
lompat, tidur, makan, gurauan kau

Jadi

Hidupkan malam dengan qiam
Tundukkan nafsu dengan saum
QIAM SAUM
QIAM SAUM
QIAM SAUM
*akudahcapslocknijanganbuat-buattaknampakpulakbrosissekalian

Semat kemas-kemas surah al-Mukminun
Jangan pernah remehkan pesan Rasul

Bila kita keluar
Kita kena jadi hero
Hero penyelamat ummah
Jadi, get ready.

Faham tak ?
Get ready, hero ummah sekalian
Khidmat anda akan diperlukan
Dan masa dah kian singkat.

Fastabiqul Khairat!



"SUNGGUH BERUNTUNG ORANG-ORANG YANG BERIMAN."
*Sila sambung sendiri, kerana anda saaaaangat masyi.

AMIN.
 - PM

*Rahsia itu perlu,
Untuk mengelakkan sesuatu yang tak perlu.

*Tumpang lalu blogger-blogger kurek dan bos blogger ; Sebarang komen atau cadangan penambahbaikan tentang cara penulisan PM atau isu yang patut diketengahkan oleh PM, boleh selitkan di ruang komen. Ruang komen blog IQRAC ni sudah bersawang, tolong la meriahkan.

Jazakumullahu khairan.
 












EmoticonEmoticon