Pecah I

Dengan nama Allah yang menggerakkan tangan dan hati. 





"Aku penat la. Penat sebab asyik kena kutuk. Putus asa. Bye."

_Anonymous




"Hati aku retak. Pecah dah pun. Cuma aku cover dengan senyuman, supaya orang tak nampak. Aku rasa macam tak nak hidup dekat dunia. Sobsob."

_Anonymous




"Semua orang dah benci aku. Semua pura pura baik depan aku, sebab diaorang tak nak tunjuk kebencian depan aku. Sakit hati. Fedup. Fullstop."

_Anonymous




Kau tahu, kadang kadang Allah sengaja nak uji kau dengan perkara-perkara macam ni. Dia nak kau semakin dekat dengan Dia.



Mungkin Dia tengah ajar kau makna kehidupan.



...dan mungkin, Dia tengah ajar kau supaya sentiasa letak kebergantungan dekat Dia. Cuma Dia.



...dan sebenarnya, Dia tengah beri pelukan kasihNya.



Dan kau lari dari 'pelukan' itu?



Kau makin  menjauhi Dia.



Sebab hati kau pecah.
Takkan sebab tu je kau nak lari dari Dia?


Jiwa hancur. Pecah.

Orang yang redha,
akan mencari dan kutip serpihan serpihan jiwa yang pecah
untuk dicantum semula.

Menjadi sebuah jiwa yang baru,
yang mampu meneruskan kehidupan.

---Dunia, terlalu kecil untuk ditangisi.


Selamat Meneruskan Hidup.

-Anon-


1 comments:

Ingat .
Kami ad di sisi . senantiasa ad utk menemani . mencari dan mencantum serpihan serpihan itu kembali .

Ingat .
Ujian yg Tuhan kasi mngikut kmampuan diri . dan bkn utk mmbebani . dan Tuhan Maha Tahu yg kau blh hadapi .

Ingati . dan kembali pd Rabbul Izzati . kerna Dia pemilik sang hati .


EmoticonEmoticon