KATA-KATA IMAM ASY-SYAFIE

KATA-KATA IMAM ASY-SYAFIE

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.t..

Pada kali ini, kami ingin berkongsi kata-kata seorang ilmuwan yang juga merupakan imam mazhab bagi kita penganut mazhab Syafie.
Semoga dapat menjadi inspirasi serta penaik motivasi buat kita semua..
in shaa Allah

1. Barangsiapa yang tidak dimuliakan oleh taqwa, maka tidak ada kemuliaan baginya. 

2. Perhiasan ulama' itu adalah taqwa; dan kecantikkannya adalah murah hati. 

3. Tidaklah berjaya dalam menuntut ilmu, melainkan orang yang menuntutnya dalam kekurangan. 

4. Tidak ada aib yang lebih buruk bagi ulama' selain dari kesukaan mereka terhadap apa-apa yang tidak disukai Allah buat mereka, dan ketidak sukaan mereka terhadap apa-apa yang disukai Allah buat mereka. 

5. Ilmu itu bukan yang dihafal, tetapi yang memberi manfaat. 


6. Menuntut kemewahan duniawi itu adalah suatu seksan yang ditimpakan Allah kepada ahli tauhid. 

7. Barang siapa merasa dirinya lemah , maka ia akan memperoleh istiqamah. 

8. Barang siapa yang ingin hatinya diterangkan oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwat (menyendiri), mengurangi makan, dan tidak bergaul dengan orang- orang bodoh yang buruk budi pekertinya, serta tidak berkumpul dengan orang- orang berilmu yang tidak mempunyai keinsafan dan tidak mempunyai adab. 

9. Aku tidak pernah kekenyangan selama enam belas tahun kecuali hanya satu kali , lalu aku muntahkan ketika itu jua. 

10. Tidak mengetahui riya' kecuali orang- orang yang ikhlas. 
11. Kalau aku tahu bahawa meminum air itu menghilangkan keperwiraanku, tentu aku tidak akan meminumnya. 

12. Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?" Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini." 

13. Janganlah anda berbicara kecuali yang perlu saja, sebab kalau anda mengucapkan satu kalimat beerti ia telah menguasai anda dan anda tidak boleh menguasainya. 

14. Orang yang berakal itu ialah orang yang diikat oleh akalnya dari segala perbuatan tercela. 

15. Tanda persahabatan itu hendaklah menjadi teman pula terhadap teman sahabatnya dan menjadi musuh terhadap musuhnya. 

16. Tidak ada kegembiraan yang menyamai perjumpaan dengan sahabat, dan tidak ada kesedihan yang menyamai perpisahan dengan mereka. 

17. Janganlah kau meragui hak saudara mu kerana percaya akan kebaikkan hatinya. 

18. Barangsiapa menasihati saudaranya secara diam-diam, bererti ia telah menasihati dan mengingati kebaikannya; dan barang siapa menasihatinya ditempat ramai, maka ia telah membuka rahsianya dan memburukkan namanya. 

19. Persahabatan dengan orang yang tidak takut celaan itu adalah tercela. 

20. Tidakkah engkau menghormati seseorang melebihi harga dirinya, melainkan harga diriku jatuh setimbang dengan penghormataan ku yang lebih tadi. 

21. Allah telah menciptakan anda sebagai orang merdeka, maka jadilah seperti apa yang telah Allah ciptakan itu . 

22. Barangsiapa bersahabat dengan orang dermawan, ia akan menjadi orang dermawan. Dan barangsiapa bersahabat dengan orang jahat maka iapun akan dituduh orang jahat. 

23 . Tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang , melainkan aku tidak peduli apalah kebenaran itu keluar dari lisanku atau lisannya. Dalam riwayat lain: tidaklah aku berdiskusi dengan seseorang, melainkan aku suka kalau Allah menampakkan kebenaran ditangan orang itu. 

24. Barangsiapa yang telah berbuat baik kepadaku maka ia telah mengikatmu . Dan barang siapa yang kasar terhadapmu maka ia telah membebaskan mu.

25. Terlalu luas bergaul dapat mendatangkan teman jahat , tidak suka bergaul dapat menimbulkan permusuhan, kerana itu bersikaplah antara keduanya itu.

Sekian, wallahua'lam
Wassalam..


SOLAT DAN WARNA ALAM

SOLAT DAN WARNA ALAM

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat ilahi kerana masih diberikan ruang dan peluang untuk jari ini terus menari berkongsi secebis ilmu yang kami perolehi..semoga bermanfaat buat kita semua..in shaa Allah..

Bagi post kali ini..kami ingin berkongsi kelebihan solat pada awal waktu dan kaitannya dengan warna alam..tahukah anda alam mempunyai warna yang berbeza mengikut waktu? Apa??tak tahu...takpe2 jom kita baca..jom kita tambah ilmu. ^_^

waktu SUBUH ~
pada waktu ini,,alam berada dalam spektrum warna biru muda..yg mana warna ini bersamaan dengan frekuensi thyroid..warna biru atau waktu subuh mempunyai rhsia berkaitan dengan penawar,rezeki dan komunikasi serta mempengaruhi metabolisma tubuh..maka,sesiapa yg lambat menunaikan solat subuh,,mereka akn mempunyai masalah komunikasi,,rezeki,penawar dan metabolisma tubuh mereka rendah..sebaliknya,,sesiapa yg mengerjakn pda awl wktu,semua masalah itu akan tiada kerana mereka dapat warna biru muda itu..hanya mereka yg mengerjakn pda AWAL WAKTU yg akn dpt warna tersebut..

waktu ISYRAQ,DHUHA,ZOHOR~
pada waktu ini,alam berada dalam spektrum warna hijau dan warna kuning yang bersamaan dengan frekuensi perut dan hati..yang juga berkaitan dengan sistem penghadaman..warna kuning juga mempunyai rahsia tentang keceriaan..sesiapa yang solat pada awl waktu,,sistem penghadaman mereka akn baik dan mereka akn selalu ceria..ayuh kita solat pada awal waktu :)

waktu ASAR~
pada waktu ini alam berada dalam spektrum warna oren..wrna ini sama dengan frekuensi prostat,uterus,ovari dan testis..iaitu sistem reproduktif..rhsia pada warna oren pula ialah kreativiti..oleh itu,,sesiapa yang mengerjakn solat asar pada awl wktu akn menjadi kreatif,serta tidak mempunyai masalah berkaitan sistem reproduktif..insyaALLAH..

waktu MAGHRIB~
waktu ini,alam berada dalam spektrum warna merah..yang mana sama dengan frekuensi jin dan iblis..jadi,jin dan iblis amat bertenaga pada waktu itu..oleh itu,,rakanku sekalian,,jgn la kalian berada di luar rumah pada waktu ini kerana kalian akn mudah diganggu iblis dan jin yg amat bertenaga itu..selain itu,,warna merah ini sama dengan frekuensi otot,saraf dan tulang..rhsia merah ialah keyakinan..maka,untuk mendapatkn kebaikan dr warna ini,,1 je yg perlu kite lakukan,solat maghrib pada awl waktu~

waktu ISYAK~
pada waktu ini alam akan berada dalam spektrum warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan..warna ini sama dengan frekuensi sistem kawalan otak..orang yang kerap meninggalkan solat isyak akn selalu kegelisahan..

selepas itu alam akan mula bersinar kembali dengan warna putih,pink yang mana sama dengan frekuensi kelenjar..sesiapa yg qiamullail,,akan mendapat warna tersebut.subhanallah..
Sekian perkongsian daripada kami..

Wallahua’lam..

Wassalam..