Lain Macam

Lain Macam


Assalamualaikum. Pe kabo ? Lain macam je aku tengok kau.  Iman kau sihat? 

Sekarang, aku nak korang stop apa2 je yg korang tengah buat dan start guna akal. 


Tampar-tampar sikit pipi sendiri

Tarik nafas sebelum baca entry ni

Sekarang masanya 

Gempurkan iman yang lesu
Bangunkan akal yg tidur
Leburkan hawa nafsu yg menggila

Apa yang aku tengah buat sekarang ni?


Hafazan masih tunggang langgang, 

Tapi masih layan movie siang malam

Mengeluh susah nak hafal,

Padahal diri yang degil
Hati tak jaga elok elok
Dibiarkan kotor

Pandangan melilau ke sana ke mari

Mencari2 yg mana hensem lawa sekali

Bila ketawa bagai dunia punya sendiri

Seolah- olah hang takkan mati

Tidur tak kira waktu, 

Kalau boleh sebanyak-sebanyaknya
Hampir serupa bila beruang berhibernasi
Padahal kita ada Nabi

Gerak kerja katanya

Tapi setelah tamat segala
Banyak pulak tanya
Mana profesionalismenya? 

Yang tak perlu

Diamkan saja
Kau tahu ikhtilat tu bahaya
Bak api boleh menghanguskan

Berjanggut berkopiah alhamdulillah

Ikut sunnah, sejuk mata
Tapi ada sunnah lagi besar
Bina akhlak seperti akhlak Nabi
Dan Nabi sangat jaga maruah wanita

Bertudung labuh berjubah

Sopan, terjaga maruah
Tapi bila terlalu melayan
Lain pula ceritanya 
Kau kena tegas. 

Bila diangkat jadi pemimpin

Kau bak disinari spotlight
Semua perilaku menjadi tayangan, qudwah 
Apa yg kau buat, rakyat akan mudah ikut
Sebab kau ada pengaruh

Maka hati-hati
Pengaruh apa yg kau bawa
Baik atau buruk
Dua-dua ada caj trsendiri di akhirat sana

Kebenaran perlu diberitahu walau pahit utk ditelan. Kerana aku sayang, aku beritau. Kalau tak, aku biarkan saja.


Isu

Isu


ISU

Blur
Bingung
Serabut 
Sampai satu tahap, 
Kosong

Kuasa sebuah masalah
Tapi ada sahabat kata 
"Ini bukan masalah. Ini ISU."
Kurang negativitinya

Setiap "isu" pasti ada jalan keluarnya. 
Cuma kadang-kadang 
Kita seolah meraba-raba menuju cahaya
Tapi tak jumpa-jumpa

Dan akhirnya 
Kita sesat dalam kegelapan
Bingung tanpa jawapan

Ya mungkin cahaya itu terhijab
Disebabkan dosa yang tak terhitung banyaknya
Hati jadi hitam
Opaque
Tak boleh ditembusi cahaya

Apa kita boleh buat? 

***********

Kikis segala karat 
Sental kuat-kuat

Istighfar biar lekat
Al Quran untuk kuat

Moga kau bebas daripada belenggu
Dan ketemui cahaya itu

Yakin dan percaya.

-PixelMerah-
Hikayat

Hikayat


Kisah 1. 
 Awak Darul Quran?Tanya Tuan Bad.

 "Ya saya" Jawabku dengan nada yang...nak kata semangat, tak semangat, bangga pun, taklah berapa bangga.Dalam hati kecilku berbisik..'ohh Allah, tolonglahh, jangan lah beliau macam2. aku dah serik kena macam2 sebelum ni. 

"Allah..seronoknya..lepas ni mesti awk sambung kt Arab kan?"
 "Ohhhh Cliché .." Aku bermonolog.
 "lepas ni insyaAllah ke UIA lah saya kalau..." 
Tiba-tiba, tak semena-mena, Tuan Bad terus meninggalkan aku sambil berlari-lari ke arah seorang budak perempuan yang memakai baju kurung berwarna kuning, sambil rambutnya diikat tocang dan diminyak bagi menambahkan lagi kekemasan dirinya serta berkasut sukan yang sedang menuju ke arah kami. Aku berasa pelik kerana beliau meninggalkanku tanpa sempat aku menghabiskan bicaraku. Kemudian beliau mendukung anak kecil yang berkulit halus, kuning langsat itu ke arahku sambil berlari-lari tergopoh gapah.

 "Ini..Ini! Anak saya! Boleh tak awak tolong doakan anak saya ni, supaya jadi macam awak. Nah, pegang kepalanya, usaplah sambil doakan dia. Tolonglah, saya minta jasa baik awak. Namanya Nisa. 

 "Tapi Tuan..saya.." "Takpa, awak jampi-jampikan dia sikit. Saya bukan apa, saya nak ambil keberkatan a-Quran yang ada dalam diri awak. Nah, ambil botol air mineral ini dan bacakanlah ayat-ayat yang sesuai untuk.anak saya ni.Dalam keluarga saya tiada seorang pun yang Hafiz Quran. Tolonglah."

 "Ohh Tuan, kalaulah engkau tahu..Hmm..tak mengapalah."bisik hati kecilku. Sebenarnya Aku Malu. Malu, untuk berbuat sedemikian. Kerana aku seorang penghafaz al-Quran yang sering lalai terhadap Penciptanya. 
Aku ni, nama sahaja hafaz al-Quran, tapi bangun qiam pun tak istiqamah, masa luang diisi dengan main 'game' , tidur..bukannya mengulang. 

Haihh..layakkah aku ni, untuk 'menjampi' anak kecil ini supaya menjadi seperti diri aku? Adoyy, macam mana niii...
 "Baiklah Tuan, saya lakukan ini sekadar yang saya mampu. Saya bukanlah Hafiz yang sempurna atau alim ulama yang tinggi darjatnya. Saya hanya lakukannya sekadar ilmu yang saya ada. Ya Tuan?" Maka aku pun mula membaca ayat-ayat penerang hati lalu dihembus dan diusap kepalanya. "Ya Allahhh" detik hatinya.

 ************************************** Tanggapan. Ya, Tanggapan orang terhadap yg 'hafaz' Quran..lain-lain..
Lain!
 Ini kisah pertama. 
Bagaimana orang ramai pandang kita. Kisah berikutnya. 
Tentang golongan yg lain pula. 
Tapi takpa 
Tak perlu tergesa 
Tunggu post utk kisah seterusnya 
Esok Lusa 
Yang penting, persediaan kita. 
Kita bersedia? Sedia utk jumpa macam2 ragam & tanggapan orang nanti.

 Jadi, islah diri, perbaiki diri, siap sedia, semua senjata, untuk kita, jadi seperti yg orang anggapkan dan harumkan nama Islam, di luar sana. 

Masterpiece by Shukami
Dilema

Dilema

Dia merebahkan kepala pada penghadang kaca di tempat duduk komuter. Sambil memejamkan mata, dia menghela nafas panjang. Kemudian dia membuka kelopak matanya perlahan-perlahan. Penat.

Perjalanan guna ktm memang memenatkan. Lama. Statik. Dia jadi bosan. Hanya suara perempuan ktm yang menjadi halwa telinga selama 1 jam perjalanan. Dengan nada yang monoton, setiap stesen disebut.

Tangan yang diletak pada riba sengaja digerak-gerakkan. Digendang-gendang tanpa bunyi. Sengaja buat hilang bosan. Sambil-sambil itu, mata dia melilau ke sana kemari. Membuang pandang tanpa arah.

Macam-macam ragam manusia yang boleh dia nampak. Ada yang tidur terlentok kepala. Ada yang membaca novel. Ada yang sibuk tangan tergedik-gedik atas skrin smartphone. Ada yang menggoyangkan kepala mengikut irama lagu mp3. Memanjakan halwa telinga.

Hakikatnya. Sunyi.

Sunyi dalam keramaian.

-----------------------

"Saya sekarang sedang menyambung pelajaran di Darul Quran. Program persijilan tahfiz. Dan inshaa Allah Mei tahun depan akan tamat pengajian. Adakah penajaan Lembaga Zakat Selangor ini boleh ditangguhkan? Saya boleh ke fly Jordan next year? dia mengutarakan persoalan.

"Maaf. Tetapi polisi pihak kami, kalau anda ditawarkan biasiswa untuk tahun yang dah ditetapkan maka pada tahun itu juga anda kena fly. Jadi, anda kena buat pilihan. Penerbangan ke Jordan dijangka bulan September ini. Tetapi sama ada terima atau tidak, anda perlu maklumkan kepada kami selewat-lewatnya 16 Mei 2014" jawab pegawai tersebut.

Ngaaa. What? Tak boleh? Kena pilih salah satu? You can't be serious!?

-------------------

Erghh. Sesak. Shuh shuh. Pergi main jauh-jauh. Malas nak sesakkan fikiran. Kenapa time orang nak rehat masa tu juga lah nak teringat kembali.

Tapi. Sejujurnya dia memang serabut selepas mendengar taklimat penajaan ke timur tengah di Masjid Negeri tadi. Kusut. Terpaksa membuat pilihan. Antara dua. Dan keduanya-duanya sama hebat. Sama best. Dua-duanya dia minat. Passion. Dan melibatkan masa depan. Tawaran yang tak boleh nak pandang sebelah mata je.

Ya Allah.

-------------------

"Dalam hidup ini, memang ada masa Allah uji kita. Allah bagi kita tawaran-tawaran yang hebat. Yang kita impikan. Tetapi kena pilih satu sahaja. Kenapa? Sebab Allah nak latih kemahiran kita dalam menentukan hala tuju kehidupan" nasihat seorang pakcik.

"Kita merancang. Tapi jangan lupa yang Allah juga merancang. Dan for sure, perancanganNya yang lagi hebat. Sebab Allah tak bagi apa kita mahu Allah bagi apa yang kita perlu" ujar seorang makcik.

"Mama tak menghalang. Sebab ini kehidupan abang. Abang yang tentukan dan abang yang akan go through. Mama hanya akan tolong uruskan dokumen dan pendaftaran once abang kata setuju. Itu kalau abang setuju. Terpulang. Mama sentiasa doakan yang terbaik" kata mamanya.

 "Ingat bro, kita kena buat pilihan yang tepat. Analyse pros and cons betul-betul. Fikir masak-masak. Sebab once kau dah buat pilihan. There's no turning back. Itu choice kau, dan kena sedia untuk laluinya" kata sepupunya pula.

---------------------

Sepupunya pun melalui masalah yang sama. Berada di persimpangan antara dua pilihan. IPG? Atau ke Jordan? Cuma yang membezakan antara dia dengan sepupunya. Sepupunya sudah tekad hati. Memilih untuk ke Jordan. Dan dia sudah ada pilihan.

Dia dengan sepupunya memang rapat. Daripada kecil lagi. Malah tarikh lahir mereka tidak jauh beza. Hanya beza 4 hari. Dapat keputusan SPM yang sama. Malah dapat offer further study ke tempat yang sama pula! Ada chemistry. Memang macam itu dari dulu lagi. Ironinya, tarikh yang dijangkakan mereka akan fly ke Jordan pada bulan September. (kalau dia nak fly la) Tarikh birthday mereka. Dan tarikh yang sama juga akan menjadi sejarah dalam keluarga mereka. Ahli keluarga yang pertama fly ke overseas. Yang sudah tentunya akan menjadi kebanggaan keluarga.

Ngeee. Dia memang lemah kalau kena go through dalam situasi macam ni. Macam nak jawab add math time SPM je feeling nya. Rumit. Bingung. Dia rasa macam nak balik rumah. Campak diri atas katil. Then sumbat telinga dengan earphone mp3. Pasang quran (yelaa, haruslah kan, budak dah dapat tarbiah, sekolah agama lagi, kalau tak memang chris daughtry dengan simple plan yang melalak). Pastu tutup muka dengan bantal. Kemudian tidur. It's that simple. Tak perlu pening-pening.

Kalaulah dia boleh buat begitu.

Come on! Buat decision cepat! Datelinenya Khamis ni!

---------------------

"Mama rasa abang patut sambung mana? Sebab instinct seorang ibu kan lain macam sikit. What do you say?" tanya dia kepada mamanya.

Waktu itu mereka di sebuah restoran. Makan tengah hari. Betul-betul selepas dengar taklimat scholar middle east tadi. Tau-tau je anak dia ni suka makan. Lagi-lagi tengah tension segala bagai ni. Dapatlah dia makan free. Orang belanja. Tapi memang selama ni mama dia yang tanggung pun. So, jangan perasan sangat.

"Urm, dua-dua pun mama yakin sangat abang boleh perform. Sebab satu abang minat. Satu lagi memang kekuatan abang. Law memang abang punya passion. At the same time, arab memang abang punya kekuatan. Tapi tak boleh lah nak pilih dua-dua kan. Satu kat Malaysia. Satu kat Jordan. Impossible" ujar mamanya.

"So?"

"So. Mama rasa..." Jeda. Sunyi sekejap. Suara orang beborak mengisi ruang antara mereka. Dia dah mula berdebar menanti jawapan.

"Entahlah" mamanya jawab sambil tersengih. Aik? Huhu. Tak membantu langsung. Mama. You can't be serious. "Cumanya, fikirlah elok-elok. Sebab dua-dua sama elok. Dan dua-duanya once in a life time" tambah mamanya lagi.

----------------------

Dia teringat kembali perbualannya dengan mama tadi. Ngeh. Nampak sangat mamanya nak dia berdikari buat decision sendiri. Dan itulah yang dia buntu sekarang!

Uwaaa! Help me! Ok. Relax. Cool. Inhale. Exhale. Ok. Now. Heart-to-heart session. Orang kata, tepuk dada tanya iman kan? Kebetulan pula.

"Kau rasa kau nak ambil mana weyh?" bermula sudah sesi bercakap sorang-sorang. Monolog dalaman.

"It's up to you. Macam yang mama cakap tadi. Dalam dua-dua bidang pun kalau boleh perform. Either law or arab"

"Kalau aku pergi Jordan. Aku dapat merasa pergi overseas. First time beb merasa pergi luar negara dengan usaha sendiri"

"Wait. Jap. So kau nak fly lah ni? Bukan kau ke yang beria-ria buat kempen "Mari Stay DQ" tempoh hari. Tak ke sembang kencang namanya kalau kau cakap tapi kau yang sembang lebih"

"Aih, sedap mengutuk. Habis tu, aku kena proceed je la dengan program ni? Gitu?" 

"Tak jugak. Jordan kot. Kau boleh pergi talaqqi dengan sheikh-sheikh kat sana. Duit biasiwa kalau kau simpan sikit-sikit boleh buat belanja pergi lawat negara middle east lain. Buat umrah pun senang. Lagipun memang one of the impian kau nak terrer cakap arab kan? Kat sana lah kau nak sharpen skill"

"Tapi kalau aku buat double degree kat UIA, civil law akan combine dengan shariah law. Shariah law tu full kena belajar dalam arab beb. So, nak taknak aku still kena terrer arab sebab nak faham teks and syarah lecturer. So. Sama je"

"Haah en? Pastu civil law pulak kau kena belajar full in english. Boleh train english kau. Arab dapat. English pun dapat. 2 in 1" 

"Kau ni macam lalang kan? Sekejap sokong. Karang sikit lagi condemn"

"Dah mana aku tahu. Aku bagi pandangan je. Kau yang kena decide"

Erghh. Dia meramas-ramas rambut.  Dah la. Cukup. Cakap sorang-sorang. Dah macam orang gila. Karang elok-elok dapat pergi UIA atau Jordan, masuk Tanjung Rambutan pulak. Nauzubillah.
 "Weyh"

"Apa lagi?" dia menjulingkan mata ke atas. 

"Satu lagi kau kena ingat. Kau dah separuh jalan hafal quran kat DQ. Rugi berhenti tengah jalan"

 Dia terkesima. Terpana. Berfikir lagi. Haah. Makes sense. Point yang sangat benar. 

"Tapi, kau kena fikir jugak. Ke Jordan ialah peluang sekali seumur hidup. Tak akan datang lagi unless kalau Allah takdirkan lain. Peluang depan mata. Why not?" 

Hrmmmm. Bukan menolong. Mengusutkan keadaan lagi ada la.
 "Weyh"

 "Hrmm?"

 "Istikharah, He knows the best

-IDH-
SUKFAZ 2014

SUKFAZ 2014

Dari kaca mata PM

Bismillah. 

Hijau. Merah oren. Al -Qassam. Perjuangan. 

"What?!
Ikut sem?!
Iqrac kan sikit..."

Permulaan yg agak predictable
Tapi apa pun 
Kami gagahkan
Buat yg terbaik

Leading atau ketinggalan, apa kira
Kita sorak sampai detik akhir bersama
Biar semangat kita yg menggentarkan mereka
Walau hakikatnya kita cuma biasa-biasa, eheh

Bola jaring bola baling, Say goodbye sayonara
Badminton ping pong, pun serupa nasibnya

Bola tampar yang jadi harapan
Tup tup nombor tiga akhirnya
Tapi ok lah kan 
Daripada takde apa-apa

Tipulah kalau tiada langsung kekecewaan
Jujur aku kagum dengan kalian
Walau teruk dibelasah dikalahkan
Kalian tetap dengan senyuman

Catur emas pertama kita
Sepadan lah dengan title budak intelektual
Carrom pula tempat kedua
Berkat pemainnya yang lemah lembut belaka, kot. 

Malam itu..

Tiba di dewan
Nampak booth kosong
Terkejut badak
Mulut terlopong

Berkejar ke asrama bak lipas kudung
Habis barang bilik kurek kami borong
45 minit kami bertungkus-lumus
Walau akhirnya semua kain terlucut 

Baninnya segak berjersi hijau
Bersarung jaket kebanggaan kurek
Banat sopan bertudung hijau
Tanda kesatuan adik beradik Iqrac. 

Video kontroversi mula ditayang
Katanya banin kurek tertunduk sopan
Bila syair mula kedengaran
Banat dah gelisah pengen pulang ke kediaman

Sorakan marbawi unique dan laqsus
Menggegarkan seluruh dewan muktamar
Bila tiba giliran  budak kurek 
Err.. "viva viva!" setelah krik krik sebentar

Amat jelas kuasa marbawi
Johan banin banat, maskot sekali
Budak kurek mula terbang ke lain dimensi
Hanya jasad tinggal di kerusi

Kejutan gembira menanti pula
Olahragawati dari geng kita !
Namanya Cik *****, di Johor lahirnya
Si Jaguh ping pong, penampar bola.

Walau hampir 200 markah ketinggalan
Buat apa nak sedih, menonggeng kecewa?
Bukankah kita sudah usaha habis-habisan?
Dan merasa manisnya bila bersama? 

Syukur belaka. 
Sekian
*******************

"Hayya nisa' il qassamiah,
Kami gagah,
Tak pernah gentar

Hela hela hela hela he
Hela hela he~"

Takbir!
Allahuakbar!

Dari Keypad PixelMerah.
Fitnah Fitrah

Fitnah Fitrah



"Kak Sarah,,,,saya...ada suka someone.."

Bicaraku perlahan. Segan.
Kak Sarah memandangku. Tepat pada mataku.
Bibirnya mengoyak senyum.
"Dah besar adik aku ni."
akak senyum sinis..aku tak tahu apa sebenarnya maksud senyum itu
"Dah pandai lawan tuhan.” kak Sarah meneruskan senyumnya itu lagi..
Argh..Pedih.
Aku diam... Pedih hati bila akak ckp mcm tu,,tunduk menerus tanpa sedikit pun aku mengangkat dagu,..
"Aku tahu,kau nak cakap tu fitrah kan? Ada perasaan kasih sayang semua bagai tu kan?
Tapi kau tahu tak,yang kau duk cinta tu adalah perkara haram?
Kau tahu tak?”
Suara Kak Sarah sedikit keras.
Aku mengangguk perlahan.
Aku tahu,aku tak patut jadi lembik. Macam kain buruk.
Tapi,aku manusia biasa. Ada ketika,hati aku koyak luka. Ada kala,hati aku mudah jatuh pada dunia.
"Aku nak kau tahu satu perkara.
Kalau kau sayang tuhan,kau nak syurga,akhirat nanti kau nak tengok Dia, lawan perasaan kau tu.
Fitrah takkan datang dalam keadaan jijik macam tu.
Fitrah tu suci. Dan kembali kepada fitrah kau,cintakan perkara suci.
Dan yang benar suci,cuma Allah.”
Aku diam. Ku ramas jari jemariku sendiri.
Pedih. MakIn dalam.
"Ingat,kalau kau betul betul nak jumpa Dia nanti,lawan perasaan kau tu.
Lawan nafsu jahat dalam hati kau.
Aku tak nak paksa,tapi aku sayang kau.
Jangan kau nak hidup lalai,ibadah terabai,tali kau dengan tuhan terburai.
Ingat,benda tak pasti jangan terhegeh kau nak kejar. Rugi.”
..
Dan dalam diam,aku belajar melupa.lupa pada perkara yg merosakkan hati.
Apa yang belum pasti,tak usah bersungguh kita kejari.
Takut takut,kita yang rugi.

Ada sebab,kenapa Allah uji hati kita begini.
Sebab?
ya,,Sebab dulu,kita pernah minta syurga.
Dan tak mudah untuk ke sana,tanpa mehnah dan ujian yg penuh pancaroba,,

Ini baru tingkat pertama,
Moga kita terus kuat,untuk seterusnya.
Hati,sila buang dunia darimu.
Masukkan ruh tuhan dalam jasadmu.
Kelak,kau akan temui apa erti cinta hakiki.
Dan apa maknanya cinta suci.
Kelak,kau mengerti.


-- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- -- - -
"Ingat,kalau kau betul betul nak jumpa Dia nanti,lawan perasaan kau tu.
Lawan nafsu jahat dalam hati kau.
Aku tak nak paksa,tapi aku sayang kau.
Jangan kau nak hidup lalai,ibadah terabai,tali kau dengan tuhan terburai.
Ingat,benda tak pasti jangan terhegeh kau nak kejar. Rugi.”


              "   Moga Allah bawa pergi,  
                   Segala harapan,  
                   Pada hal-hal yang tak pasti. "

coretan dan diubah suai dari kisah 
K.D.S 

 

Tali Itu Putus Jua.

Tali Itu Putus Jua.

Hari yang seperti biasa. Petang itu petang yang menenangkan. Mungkin kerana tiadanya budak-budak lelaki yang hampir saban hari bermain bola sepak di padang di hadapan asrama. Kalau ada, riuh bagai nak rak.

Kelihatan dua orang di hadapan tasik. Tanah lembut kering berhampiran sampan yang kian lama tersadai di pokok menjadi pilihan mereka untuk duduk. Terasa angin menampar lembut di pipi. Daun-daun pula jelas berguguran. Tiba tiba terasa nak berpuisi. Tapi kali ni lain sikit. Berpuisi dengan kawan.

Ya, Amsya memang suka berpuisi. Berbeza dengan kawannya itu, Raulf. Namun, siapa sangka tulisannya juga terkadang buat Amsya kagum.

"Nak main balas balas puisi dengan aku tak?"

"Tapi aku tak reti nak bermadah sangat."

"Tak kisah. Aku pun bukan reti sangat."

"Okay, kalau itu yang kau nak."

"Kau mula dulu. Nah ambil kertas ni. Dah siap, bagi aku. Aku akan balas puisinya." Kertas warna biru muda bersaiz A4 dikeluarkan dari beg lantas dihulurkan.

"Thanks. Bagi aku masa sikit. Dalam 4 atau 5 minit ke."

"Okay." Aku memahami. Nak buat puisi, perlu sediakan hati. Nak sediakan hati, perlu ambil masa juga. Tak gitu?


*5 minit*


"Nah. Dah siap," kertas dihulur.

Aku ambil kertas tersebut. Membaca tinta yang dinukilkan oleh sahabat sendiri. Agak terkejut kerana puisinya benar-benar menerangkan keadaan sebenar hatinya.

"Harapan di rasakan 
  Semakin sirna 
 Hati mulai sakit 
 Calar penuh luka

 Perlahan-lahan ia retak 
 Pecah 
 Menjadi serpihan-serpihan
 Dan aku
 Rebah bersama serpihan-serpihan itu

 Katakan kepadaku, 
 Bagaimana aku hendak memulihkannya 
 Sedangkan ia  
 Sudah menjadi serpihan 
 Yang sukar dicantumkan?"

Aku memandang raut wajah tenang yang berada di sebelah kiriku. "Puisi dari hati?"

"Erm."

Hanya mampu angguk. Dengan lafaz bismillah, aku membalas puisinya.

"Kita semua sama
 Dihempap bertubi-tubi ujian

 Yang membezakan kita ialah
 Ada yang masih bertahan
 Dan redah dengan redha
 Ada yang futur
 Lalu kufur
 Menjauhi Tuhan

 Untuk kau
 Yang hatinya telah menjadi serpihan
 Cepat-cepat kutip serpihan itu
 Serahkannya pada Tuhan
 Biar Dia baiki
 Dan menjaga hatimu dengan baik

 Hanya Dia
 Cuma Dia
 Yang tidak akan mengecewakan kita."

"Dah siap." Aku tersenyum.

"Meh sini aku baca." 

Aku cuma menjadi pemerhati. Ligat betul mata dia baca puisi aku.

"Terharu. Hampir-hampir Niagara Falls wujud dekat mata aku. Haha. Aku nak reply kau punya puisi ni. Haa jangan tengok," dia membelakangi aku. Takut sangat aku curi-curi tengok agaknya.

Seminit berlalu.

Dua minit.

Tiga minit.

Dia memusingkan badannya. "Dah."

"Kau
 Yang selalu memberi inspirasi
 Saat aku hampir 
 Melepaskan taliNya
  
  Kau 
 Yang tidak jemu 
 Mendengar luahan hati
 Saat aku susah atau senang

 Terima kasih
 Saat ini
 Baru aku sedar
 Kau --antara hadiah terindah dari Tuhan."

Aku terdiam. Rasa nak menangis. Menangis terharu.

"Kau okay?"

"Aku okay. Cuma terharu. Sayang kau." Aku peluk dia. Aku pun tak pernah expect yang hari ni aku akan peluk dia.

"Aku pun sayang kau." Dia membalas pelukan. "Kau tahu, sebenarnya aku dah rancang nak give up tau. Tapi bila ada kau aku tak jadi nak give up. Allah beri kekuatan dekat aku melalui kau. Tapi, kalau kau takde, tak tahu lah macam mana aku nak lalui sisa hidup aku kat sini."

Dia senyum. Pelukan dileraikan.

"Jom iadah? Aku bawa AlQuran. Ada dalam beg."

"Jom."

--------
Well, this is life.
Kecewa itu perkara biasa. Yang luar biasanya adalah bila kita redha, bangkit, dan tempuh semuanya.

"Ujian tu. Nak tak nak. Mahu tak mahu. Memang untuk kita hadap hari-hari. Tanpa pilihan. Selagi hayat dikandung badan. Selagi masih bergelar insan. Selagi sedar kita cuma hamba Tuhan." 

-BK-


Uwais Al-Qarni

Uwais Al-Qarni

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
         
Al-Yaum,,nak kasi kisah seorang hamba Allah yang sgt popular dikalangan penduduk langit..
dikalangan langit selalu disebut2,,tapi xfemes kat dunia.herm,mcm mana tu?...tersebutlah kisahh,,,
         Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.
Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.
Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.
Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa’atnya.
Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa’at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi’ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.
Dia adalah ‘Uwais al-Qarni’ siapalah dia pada mata manusia…
Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.
Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.
Suatu ketika, seorang fuqoha’ negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:
“Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri.”
Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.
Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.
Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.
Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.
Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.
Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.
Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.
Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?
Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.
Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.
Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, “Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?”
Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.
Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.
Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,
“Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang.”
Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.
Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.
Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.
Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina ‘Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.
Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.
Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.
“Engkau harus lekas pulang.”
Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.
Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina ‘Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.
Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina ‘Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.
Menurut sayyidatina ‘Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya.”
Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:
“Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi.”
Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.
Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.
Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.
Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.
Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.
Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.
Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.
Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.
Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,
“Siapakah nama saudara?”
“Abdullah.” Jawab Uwais.
Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,
“Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?”
Uwais kemudian berkata “Nama saya Uwais al-Qarni.”
Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.
Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,
“Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian.”
Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,
“Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda.”
Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.
Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,
“Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi.”
Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.
Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.
Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.
Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.
“Wahai waliyullah, tolonglah kami!” Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,
“Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”
Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,
“Apa yang terjadi?”
“Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?” Tanya kami.
“Dekatkanlah diri kalian pada Allah!” Katanya.
“Kami telah melakukannya.”
“Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!”
Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.
Lalu orang itu berkata pada kami,
“Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat.”
“Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?” Tanya kami.
“Uwais al-Qorni.” Jawabnya dengan singkat.
Kemudian kami berkata lagi kepadanya,
“Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.”
“Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” Tanyanya.
“Ya!” Jawab kami.
Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.
Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.
Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.
Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,
“Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya.”
(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)
Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.
Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.
Mereka saling bertanya-tanya “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?”
“Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya.”
Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

                                   
                 “Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."

article from IluvIslam
BY: GLASS