Tarbiyah Dia

Bismillah.


"Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis."
[An-Najm ; 43]

---------------

Bila ada orang mengadu masalah dia pada kita, pelbagai cara kita boleh pujuk dia. Tetap pujuk sampai dia rasa terpujuk. Heh. Tapi bila kita yang kena dan ada masalah, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri. Orang yang melihat selalunya akan kata "sabar, tabah, cekal, kuat." Senang diungkap, sukar untuk dilaksanakan. 


Mulut diam, hati menangis. 


Mungkin kita boleh tipu orang lain dengan kata "takpe, aku okay. Jangan risau." padahal hati dah koyak rabak macam apa. 


Dan masa tu kita akan banyak diam. Fikir balik. Refleksi diri.



Lalu, kita akan rasa betapa Allah itu sangat dekat dengan kita. Kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik kenapa semua ni terjadi dan apa tujuan hidup? Mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan pada Allah. Kita lupa bahawa yang mengizinkan segalanya terjadi adalah Dia. Kita lupa semua tu. Tapi saat diri diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita akan letak sepenuhnya pengharapan pada Allah. 


Banyak sebab kenapa Dia beri kita ujian. Mungkin sebab kita lupa pada Ilahi? Mungkin untuk menguatkan keimanan dalam diri? Mungkin, bila mana ada orang datang untuk berkongsi masalah, kita akan lebih memahami kerana diri sendiri pernah mengalami?


Segalanya mungkin, kerana Allah tak pernah menjadikan sesuatu itu dengan tujuan yang sia-sia, tahu? 


So, chill! Ujian ini adalah tarbiyah daripada Dia. Anda sepatutnya gembira dan bersyukur kerana masih ditarbiyah olehNya! Dan yang paling penting, itu tandanya Dia masih sayang anda. Ehei, Allah itu Maha Bijaksana, Dia mempunyai banyak cara untuk tunjuk kasih sayangNya terhadap hamba hambaNya. Sudah, jangan menangis guling guling atas lantai lagi. Memenatkan mata. Simpanlah air mata untuk muhasabah diri. Peganglah dan genggamlah janji Allah seerat eratnya yang telah terkandung di dalam surat cintaNya.


"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan." [Al-Insyirah ; 5 & 6] 


Janji Allah itu pasti. Biar rebah, jangan berubah. Biar terbuang, terus berjuang. Ujian itu tarbiyah dari Allah. Semakin dekat kita kepadaNya, semakin banyak tarbiyah yang beratur di hadapan untuk bertemu dengan kita. Bukan untuk menghalang kita mendekatiNya, tetapi untuk melihat seteguh mana kita berusaha mendekatiNya. Senyum.




Smile, Allah loves you!

-MukmeenQowiyy-



EmoticonEmoticon