Darul Quran

Aku membuka mata. Gelap. Mataku tutup dan buka kembali berkali-kali. Asing. Aneh. Aku terkebil-kebil dalam kesuraman ruang yang hanya diisi dengan cahaya lampu dari koridor. Beberapa minit kemudian,barulah aku seakan-akan tersedar. Mindaku sudah mencerna persekitaran baru di sekelilingku. Lupa yang aku sudah ni tidak lagi berada di rumah tapi di sebuah tempat baru. Tempat yang tanpa ku tahu bakal melukis cerita baru dalam hidupku. Tempat yang mencoret seribu kenangan. Darul Quran,di sinilah cerita ini bermula. Bahuku terangkat sedikit ketika mendengar dengkuran halus Esoh yang mengetuk gegendang telinga. Aku tertawa lucu di dalam hati,mengenangkan telatah sahabat baharuku itu. Aku bangun dari pembaringan enakku. Rutin biasaku,qiamullail tidak ku tinggalkan di bumi baharu ini.

*****



  Seawal jam 8pagi,aku mengorak langkah ke danau yang jaraknya agak dekat dengan asrama banat.Almaklumlah hari ini hari minggu jadi dapatlah aku menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi sambil membaca utusan cinta Sang Ilahi. Sedang aku melihat ketenangan air tasik diiringi dengan kicauan burung,aku teringatkan bagaimana aku boleh menjejakkan kaki ke bumi Darul Quran ini.

*****



 
Darul Quran.
Pertama kali aku dengar perkataan ini adalah apabila ustaz Bahasa Arabku,Ustaz Sulaiman Salleh acap kali menyebutnya ketika beliau mengajarku di dalam kelas ketika aku berusia 16 tahun.Setiap kali beliau bercerita tentang DQ,mataku yang kuyu terus segar. Sejak itu,aku tanamkan azam untuk datang ke sana. Ingin merasai apa yang diceritakan ustaz.

*****



Aku bersyukur kerana aku terpilih untuk temuduga ke bumi hamalatul quran ini.
Tapi,aku ada masalah dengan tarikhnya. Tanggal 26 Oktober itu adalah sama dengan tarikh aku mengikuti sebuah kem akademik anjuran negeri.
'Macam mana nak pergi temuduga kalau tengah ada dekat kem??😢😢'.Monologku sendiri. Ikutkan hati,aku taknak pergi temuduga tu sebab akan menyusahkan pelbagai pihak baik pihak sekolah mahupun ibu bapaku sendiri. Penyelesaiannya?
Alhamdulillah Allah ilhamkan kepadaku untuk bertanya kepada ustaz Sulaiman dan akhirnya masalah itu dapat diatasi dengan lancar. Aku pergi temuduga seperti sahabat-sahabatku yang lain dan aku rasa amat amat gembira.😄😄
Alhamdulillah. Allah adalah sebaik-baik perancang.

*****



Sekarang aku di sini. Darul Quran. Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah kerana kurniakan aku sebuah tempat yang sangat damai. Damai dengan pemandangan hijau,bukit,tangki air,tasik,pusat Islam dan sahabiah-sahabiah yang sama-sama berjuang denganku meraih reda-Nya insya-Allah.☺☺☺


_DrNabaa_


EmoticonEmoticon