Pencari Cinta

Aku pencari,
Gigih mencari cinta hakiki yang belum pernah kutemui,
Cinta yang aku sendiri belum pasti keadaannya,
Cinta yang aku damba sejak berkurun lama,
Cinta yang sebenarbenar-nya...

Aku pencari,
Cekal menempuh onak duri disepanjang pencarian ku ini,
Walau dilanda badai leka,
Walau dipukul ombak nafsu,
Ku cuba melangkah
Dan terus melangkah di bumi tarbiah ini..

Aku pencari,
Sabar menimba ilmu ukhrawi di bumi ini,
Tabah melalui gelombang fitnah duniawi,
Demi satu harapan suci,
Agar aku menemui cinta hakiki
Yang cuba ku cari berabad lama,
Agar aku merasa puas hidup di dunia
Hanya dengan cinta Tuhan ku,
Agar aku bisa tenang di alam sana
Berbekal rahmat dan secebis amal ini..

Kupersembahkan naskah ini,
Buat bumi Tarbiah ini,
Aku bersaksi atas nama cinta yg kini ku cari,
Akan ku setia padamu duhai DQ,
Kerana aku pencari cinta yg hanya Engkau pemiliknya..


_Aicabaim_


EmoticonEmoticon