Berubahlah…


Bismillahirrahmanirrahim



“if you don’t change by choice, the devil will change you by force”

Ku petik satu kata-kata seorang raja yang mampu menegur rakyatnya dengan kiasan yang begitu dalam dan analogi yang pasti tidak akan memberi kesan kepada sesiapa pun, gementar untuk menegakkan yang hak dan menjatuhkan yang batil, malu dan takut akan muka rakyatnya yang akan melihatnya dengan sinis kerana nasihat itu keluar daripada seorang raja yang penuh dengan kesilapan, kelemahan, dan kecelaan. akan ku kupas nasihat ini dengan kupasan keberanian dan kebenaran. Akan aku mengambil-alih malik yang lemah ini dengan tulisan kejujuranku….


“if you don’t change by choice, the devil will change you by force”

 Adakah saya, penghafaz quran perlu berubah? Apakah yang lebih baik dari orang yang sentiasa mengulang hafazan? Kira ok la aku nak bandingkan dari orang yang dekat luar sana”. Inilah soalan-soalan yang sering diungkapkan oleh kita semua. Kita telah dibuai dan dibelai dengan kebajikan dan kebaikan yang kita sendiri buat. Hakikatnya, kita telah dibelai dengan bisikan yang direjam dan dirabun dengan perasan cukup dan selesa dengan keadaan sekarang. Kita lupa dengan dosa-dosa dan kelemahan kita sendiri, lupa dengan kutukan dan umpatan yang direka, lupa dengan kebaziran masa, lupa dengan kebebasan dalam ikhtilat, lupa akan perasaan orang lain, lupa akan sifat selfish kita, lupa, lupa, lupa dengan kezaliman kepada diri sendiri.


“dan demikianlah Kami jadikan kamu umat wasata”

Aku menyesal kerana pernah ku petik ayat ini untuk menjustifikasi keadaan aku sekarang. “kita mestilah menjadi seorang yang seimbang dan sederhana, Islam mengajar kita untuk berpada-pada”, alangkah silapnya tafsiranku pada kalimah suci ini. Aku telah berdusta dengan diri sendiri dan juga kepada orang lain kerana Islam tidak pernah mengajar kita untuk berpada-pada dan relax dalam usaha, jadi orang biasa-biasa dalam imtihan, jadi sederhana dalam berdakwah. Sesungguhnya kesederhanaan jauh sama sekali dengan keseimbangan, medium is not balance, kerana kesederhanaan dalam usaha ialah malas. Hakikatnya Islam mengajar untuk push ourselves, constantly changing to the better, be the best in everything without neglecting hak Allah, Rasullah, ibu bapa, guru-guru dan sahabat-sahabat. We should be number one, that is wasatiah


“every marathon starts with a single step”

wahai rakan-rakanku yang menggelar dirinya penjaga al-quran, duta al-quran, ahlul quran, mari kita sama-sama berubah. Berubahlah, berubahlah walaupun satu langkah ke hadapan, berubahlah dengan panduan al quran dan sunnah. Sebaik-baik kita pun masih perlu berubah. Forget bad deeds, we still make mistakes in our good deeds. Dan sejahat-jahat kita pun, Allah tidak pernah tutup pintu rahmat dan maghfirah untuk kita, kita yang tutup pintu rahmat dan maghfirahNya. Allah tidak lupa dengan kita melainkan kita lupa Allah dahulu. Allah tidak pernah jauh melainkan kita yang menjauhkan diri dari-Nya...


dakwat penaku semakin kering, keberanian aku semakin pudar, sampai di sini luahan seorang rakyat yang meyesal kerana tidak mampu untuk menggunakan kuasanya dan pengaruhnya untuk kebaikan, tidak menjadikan tempat dan biah ini medan tarbiah dan perjuangan sebaliknya dijadikan tempat ini medan kebebasan dan kesenangan serta kemaksiatan. Aku sedar tulisan ku ini hanya akan dijadikan seperti angin yang lalu dan menyapu wajah si pembaca begitu sahaja. Ini sahaja yang aku mampu untuk setakat ini. Sekurang-kurangnya usaha kecil ini akan aku buat sebagai tebus kepada sesalan dan kesilapan yang menggunung ini…


Berubahlah…




Anak emas..

1 comments:

Bagi seorang guruCara Menghilangkan Bekas Jerawatmemang dibutuhkan sebagai penghasilan tambahan. Bagi anda yang ingin beli mesin baru tentu butuh referensi
Cara Menghilangkan Komedoterlengkap. Jerawat membandel terkadang muncul pada area wajah dan
cara Memutihkan Gigiini cukup sebenarnya cukup mudah bisa dengan ramuan alami. Punya masalah dengan jerawat baca
cara menghilangkan jerawatberikut ya agar cepat sembuh. Bekas jerawat terkadang mengganggu lihat
cara menghilangkan jerawat secara alami yang efektif dan ampuh. Daripada memakai obat kimia mending dengan
penghilang jerawat yang menggunakan bahan herbal. Jerawat yang ngeselin jerawat batu
cara memutihkan kulitlihat disitus kami ya!Jerawat memang menyebalkan sikat segera
pemutih wajah alamidan ampuh dijamin hilang. Ketika memilih terjun ke dunia usaha maka harus juga tahu
pemutih kulit yang cocok untuk dijalankan. Memulai usaha membutuhkan modal walau
pemutih muka alami disini untuk membandingkannya dengan yang lain.


EmoticonEmoticon