Hamlatul Quran : Padamkan Noda Muhasabah Sentiasa




Dunia ibarat dia yang punya
Terperosok bawah tapak kakinya
Bila berbicara dia juara
Habis semua dibidasnya

Ilmunya  tinggi sekali di dada
Namun sayang amal tak ke mana
Ilmu tanpa amal pastinya gila
Amal tanpa ilmu itu sia-sia

Bila bercakap mendabik mendada
Kata yang lain salah semuanya
Sedangkan Yang Maha Kuasa
Sentiasa perhati gerak-gerinya

Ibadahnya banyak siang malamnya
Kepada insan lisan bercerita
Habuk debu pun tiada natijahnya
Kerna riak mula membaja

Dirinya rasa hebat sentiasa
Bila menegur tiada hikmahnya
Cakap besarnya lantang suaranya
Seolah adab mengajinya tiada

Inilah dia fitnah agama
Jauhkan insan dari tuhannya
Punah harapan tunas mulia
Yang kepingin dekat pada Yang Esa

Mengaku diri pejuang agama
Egonya tinggi ke langit tujunya
Mudah- mudahan kita terpelihara
Dari permainan dunia binasa

Ayuh kita sedar bersama
Hati manusia satu sahaja
Zahirnya sama hakikatnya berbeza
Kerna nilaian layaknya taqwa

Syair ini peringatan cuma
Buat diri yang selalu alpa
Dengan jawatan,pangkat dan kuasa
Kepada Allah juga kita akhirnya.

-ISMI MIM-

💟💟💟💟💟💟💟💟💟
قصہ رائعہ جدآ
🌴KISAH YANG SANGAT MENGESANKAN

كان هناك شيخ يعلم تلاميذه العقيدة
Ada seorang guru agama yg mengajarkan Aqidah kepada murid2nya

يعلمهم لا إله إلا اللـه يشرحها لهم
Dia mengajarkan "La ilaaha illallah" kepada mereka & menjelaskan maknanya

يربيهم عليها أسوة بما كان يفعل رسول الله صلى الله عليه وسلم
Mendidik mereka dengan keteladanan Rasulullah -Shallallahu alaihi wa sallam-

عندما كان يعلم أصحابه العقيدة ويغرسها في نفوسهم
Ketika mengajarkan aqidah beliau berusaha menanamkanya ke dalam jiwa murid-muridnya

وكان الشيخ يحب تربية الطيور والقطط
Sang guru itu senang memelihara burung & kucing

فأهداه أحد تلاميذه ببغاء
Lalu seorang muridnya pun menghadiahkan padanya seekor burung kakak tua

ومع الأيام أحب الشيخ الببغاء
Makin hari sang guru pun makin suka dgn burung itu

وكان يأخذه معه في دروسه
Dan sering membawanya pada saat mengajar murid-muridnya

حتى تعلم الببغاء نطق كلمة لا إله إلا الله
Sehingga kakak tua itu pun belajar mengucapkan kalimat tauhid "La ilaha illallah"

...فكان ينطقها ليلا ونهارا
Burung kakak tua itu pun mampu mengucakan (laa ilaaha illallah) siang & malam

وفي مرة وجد التلاميذ شيخهم يبكي
Suatu ketika murid-murid mendapati sang guru sedang menangis

وينتحب وعندما سألوه
Ketika ditanya beliau pun menjelaskan dengan terbata- bata

قال لهم هجم القط على الببغاء وقتله
Kucing telah menerkam kakak tua dan membunuhnya

فقالوا له لهذا تبكي
Mereka pun bertanya dgn hairan: kerana inikah engkau menangis!!

...إن شئت أحضرنا لك غيره وأفضل منہ 
Kalau engkau menginginkan, kami mampu datangkan burung yang lain bahkan yg jauh lebih baik

...رد الشيخ وقال لا أبكي لهذا
Sang guru berkata: bukan kerana itu aku menangis

ولكن أبكاني أنه عندما هاجم القط الببغاء
Tetapi... Yang membuat aku menangis adalah: ketika diserang kucing

أخذ يصرخ ويصرخ إلي أن مات
Burung itu hanya menjerit2 saja sampai matinya

مع أنه كان يكثر من قول لا إله إلا الله
Padahal dia sering sekali mengucapkan kalimat "laa ilaaha illallah"

إلا أنه عندما هاجمه القط نسيها
Tetapi ketika diterkam kucing ia lupa kalimat tersebut

ولم يقم إلا بالصراخ
Tidak mengucapkan apapun kecuali hanya menjerit & merintih!!!

لأنه كان يقولها بلسانه
Kerana waktu hayatnya ia hanya mengucapkan "laa ilaaha illallah" dengan lisannya saja

فقط ولم يعلمها قلبه ولم يشعر بها .
Sementara hatinya tidak memahami dan tidak menghayatinya

:قال الشيخ
Sang guru pun berkata:

أخاف أن نكون مثل هذا الببغاء
Aku khawatir kalau nanti kita seperti kakak tua itu

نعيش حياتنا نردد لا إله إلا الله
Saat kita hidup mengulang-ulang kalimat "laa ilaaha illallah"

بألسنتنا وعندما يحضرنا الموت ننساها
Dengan lisan kita, tapi ketika maut datang kita pun lupa

ولا نتذكرها؛ لأن قلوبنا لم تعرفها
Tidak mampu mengingatnya, kerana hati kita belum menghayatinya

فأخذ الطلبة يبكون؛ خوفا من عدم الصدق في لا إله إلا اللـه
Kemudian para muridnya pun menangis, khawatir tidak jujur terhadap kalimat tauhid ini

!!!ونحن.... هل تعلمنا لا إله إلا الله بقلوبنا
Dan kita sendiri... adakah kita telah menanamkan kalimat "laa ilaaha illallah" ini ke dalam hati sanubari kita?

ما ارتفع شيء إلى السماء أعظم من الإخلاص
Tidak ada sesuatu pun yg naik ke langit yang lebih agung berbanding keikhlasan

و لا نزل شيء إلى الأرض أعظم من التوفيق
Dan tidak ada sesuatu pun yang turun ke bumi yang lebih agung dari taufiq Allah

..و بقدرالإخلاص يكون التوفيق
Sesuai kadar keikhlasan kita taufiq Allah kita dapatkan

...من روائع ما وصلني
Ini termasuk hal-hal menarik yang sampai kepadaku

إهداء لمن أحبهم
Hadiah buat orang-orang yang kucintai.
Via Bunyamin...

"Allah maha Menjaga.
Bukan amal
Bukn hafalan
Bukan ibadah
Jgn sbb benda baik, benda mulia
Jadi syirik kpd Allah.
Mcm ni.
Kita rasa zikir kita yg menjaga kita dri maksiat, kita rasa ibadah kita yg buat manusia itu ke surga, kita rasa qiam itu yg memperelokkn akhlak kita.
Kita rasa hafazan kita lebih menjaga kpd bnda buruk.
Taksub amal.
Lebih drpd Allah
Paham?
Ap ana nk ckp kt sini ialah.
Hanya Allah sebaik2 penjaga. Bukan amal . Dn lain2

Amal itu sekadar bukti kita hambaNya, kita tagih redhaNya."
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Sesungguhnya wanita itu telah berkeinginan dengan Yusuf, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya dengan wanita itu, andaikata dia tidak melihat tanda daripada Tuhannya."
[Yusuf:24]

Seorang Nabi pun hanya dpt kekuatan utk menahan diri dari maksiat, kerana Allah swt yg hendak menjaga beliau. Allah swt beri kekuatan keimanan kpd beliau. 

Apa pula nasib kita? 

Hafalan kita yg akan selamatkan kita di dunia n akhirat? Lembaran2 yg setiap hari kita lafaz? 

Amal ibadah  kita yg akan selamatkan kita di dunia n akhirat?

Seek from Allah swt, dear Lego people, ni'mal maulaa wa ni'mal wakeel.

-Imran alJamalullail-


EmoticonEmoticon