LegoDiary: Newa

Diari Legolad

Di hadapan Villa Azam


Jumaat | 16102015

Bismillahirrahmanirrahim.Well,it's time to tell our NEWA story.But first of all,bersyukur ke hadrat Ilahi yang telah menyelamatkan perjalanan pergi dan balik kami.So,what is NEWA?To make it simple,NEWA ni program yang bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah antara adik-beradik sekalian.Mengeratkan ukhuwah dengan cara berjalan bersama.Makan bersama.Tidur bersama.

Ok enough with the intro.From now on,I am going to write about our experience.

Bermula daripada selepas solat Jumaat,semua Legolad mula berkumpul di tempat yang ditetapkan.Masa yang ditetapkan adalah 1430,and congrats sebab semua punctual masa hari tu.Walaupun bas sampai lewat sikit,tapi at least kita semua mematuhi masa.Cerita pasal bas ni best sikit.Alhamdulillah kami dapat menggunakan bas DQ.So,maksudnya bas kita free.Itu main point.And of course...bas DQ yang baru sangat selesa.Dah lah bas baru,then masa kami nak pergi tu,bas tu baru lepas servis.So memang condition bas tu tip top lah.

Memulakan perjalanan lebih kurang jam 1500...ke mana tujuan kami sebenarnya?Destinasi yang dipilih untuk NEWA kami ialah...Pulau Pinang.Wow jauh tu!Dari Kuala Kubu Bharu ke Pulau Pinang..berapa lama lah agaknya?Bermula daripada 1500...perjalanan kami bermula.Perjalanan yang mengujakan.Siapa tak excited nak pergi berjalan kan?Aktiviti dalam bas...mengulang,mengulang,mengulang.Perjalanan yang ditemani pemandangan indah juga sebenarnya,sebab highway kat Perak banyak panorama hutan dan bukit sepanjang jalan

Otw to Penang

Berhenti di R&R Sungai Perak untuk solat Asar dan makan.Ada jugak yang excited kat R&R Sungai Perak ni...sebab first time jumpa R&R ada escalator.Singgah R&R kat Perak kan...so mulalah mencari lauk berasaskan tempoyak.Contohnya..Ikan Patin Masak Tempoyak.Sedap!Selesai makan dan solat...kami meneruskan perjalanan.Perjalanan yang masih jauh sebenarnya.Perjalanan yang disangkakan lancar sehingga ke destinasi...tetapi rupanya perancangan Allah lebih indah.

Lebih kurang jam 1815,menghampiri Plaza Tol Juru ,secara tiba-tiba aliran trafik terhenti dan tersangat perlahan.Sehinggakan semua yang berada dalam bas keresahan.Apakah yang berlaku di hadapan?Sekatan jalan ataupun kemalangan?Yang duduk di dalam bas,mula berjalan.Melegakan pinggang yang kesakitan.Yang tidur,mulai bangkit.Yang bosan,bermain permainan.Bosan dengan permainan dalam telefon tangan,mula berjalan-jalan.Yang duduk di hadapan,berjalan ke belakang.Yang duduk di belakang,berjalan ke hadapan.Bosan lagi,mula bermain bersama rakan.

Tahap bosannya  tu...sampaikan ada yang bermain permainan sambung kata.Alah tahu tak game ni?Contohnya,sorang akan sebut satu perkataan,pastu orang lain akan sambung perkataan lain yang bermula dengan huruf terakhir perkataan tadi.Example,A sebut 'Gajah'.B sebut 'Hantu'.C sebut 'Ular'.D sebut 'Rakan'.Ha game camtu lah.Penah main kan zaman sekolah dulu?Pastu bila ada yang tak dapat sambung,kita gelak ramai-ramai.Kan seronok zaman kita berinteraksi dengan manusia macam tu?Bukan macam zaman sekarang.Gelak kita hanya pada emoticon dan ‘hahahaha’ dalam laman sosial.Semakin kurang interaksi yang boleh memahat kenangan indah di dalam memori.

At that moment,when we are laughing with our friends,that is the moment when I started to realize the importance of NEWA and rihlah with our friends.

Selepas lebih kurang sejam tersangkut dalam kesesakan,punca kesesakan itu terjawab.Rupanya ada kemalangan di hadapan plaza tol tersebut.1930,Alhamdulillah kami dapat keluar daripada kesesakan tersebut.Perjalanan kami diteruskan dengan lancar.Meredah highway dengan tiada lagi kesesakan lalu lintas.Menikmati pemandangan yang tadinya di Perak penuh dengan hutan-hutan sepanjang jalan...di Pulau Pinang penuh dengan kilang-kilang yang menghiasi pemandangan lebuh raya.

Kami sampai di area rumah Azam lebih kurang jam 2100.Kenapa rumah Azam?Sebab kami semua menginap di rumah Azam sepanjang NEWA ni.Maka disebabkan bas tak boleh masuk jalan nak ke rumah Azam(biasalah jalan perumahan mana muat bas nak masuk)so bas berhenti parking kat satu kawasan lapang yang berhampiran.Then Azam dan Najmi Hakim bergilir-gilir mengangkut kami dari kawasan parking bas ke rumah Azam.

Semua sampai rumah Azam lebih kurang pukul 2200 jugak lah.So semua bergilir-gilir .solat..persiapan diri..ada yang keluar beli makanan.Semua beraktiviti bebas lah nak melepaskan lelah sepanjang perjalanan.Tepat pukul 2300,semua berkumpul kat ruang tamu untuk bacaan Al-Mulk dan taklimat tentang perjalanan program hari seterusnya.Selesai taklimat..aktiviti bebas lagi.Ada yang tidur...ada yang buat sharing moment...ada yang tengok movie...ada yang main game...tapi apa pun...yang paling best adalah tidur time ni..sebab dah lewat malam dah.Nite.


Sabtu | 17102015

Inilah saat yang dinanti-nantikan.Malah,inilah tujuan utama kami ke Pulau Pinang.Apakah perkara itu?Please,continue reading this story.

Pagi Sabtu...seawal sebelum Subuh lagi dah ada yang mandi.Excited punya pasal.Daripada 0500 dah ada yang siap dah.Masuk je waktu Subuh,solat berjemaah...pastu persiapan diri lagi.Then dalam pukul 0730,mula bergerak daripada rumah Azam.Before that,jangan lupa mention sarapan kuih-muih yang disediakan oleh keluarga Azam.Sambil bersarapan sambil bergilir-gilir diangkut ke parking bas.

0800,bas mula bergerak.Nest destination?Rumah Syauqi Hanif!Family beliau menyediakan sarapan untuk kami.Dalam pukul 0915 sampai di rumah Syauqi,kami mula menikmati juadah yang disediakan.Nasi lemak ayam dan kuey teow.Sarapan yang sangat terbaik lah!Sedap!Yang biasa makan sikit,jadi makan banyak.Yang memang makan banyak,makan lagi banyak.Yang tak suka makan kuey teow,jadi suka makan kuey teow.Nak diceritakan betapa sedapnya sarapan disediakan keluarga Syauqi.Haha.Semua nak mengumpul tenaga untuk aktiviti seterusnya.

Di hadapan rumah Syauqi

Selesai makan,bergambar dulu dengan keluarga Syauqi di hadapan rumah beliau.Memang terbaiklah!1000,bas mula bergerak meninggalkan pekarangan rumah Syauqi.Meneruskan perjalanan ke destinasi kami.Destinasi di atas pulau.Lupa pulak nak mention rumah Azam bukan kat pulau.So nak kene pergi pulau tu,bas lalu jambatan baru.Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.Excited lah jugak naik jambatan tu walaupun sepanjang jalan nampak laut je.

Then sepanjang perjalanan kat pulau tu...biasalah jalan bandar sesak sikit.Dalam kesesakan tersebut..tiba-tiba hujan.Sedangkan tempat yang ingin kami tuju tidak sesuai semasa hujan.Namun,perjalanan masih diteruskan.Perancangan Allah lagi cantik.Pasti Dia ada sebab untuk menurunkan hujan ketika itu.Perjalanan ke destinasi kami terasa jauh.Ku ingatkan pulau kecil sahaja,namun setelah lama berjalan destinasi tujuan masih tidak kelihatan.Pemandangan bandar,hotel,persisiran pantai dan laut silih berganti.

Alhamdulillah,around 1145,kami tiba di tempat yang dinantikan.Di mana?Escape Extreme Park!

What is this place actually?

Escape ni nak cerita secara simple,tempat main lah.Ada gayut-gayut,panjat pokok,gelongsor,flying fox.Seronok.

Tak best ye baca cerita secara simple tu?Ok lah.Ana cerita panjang sikit.

Inilah 'Wristband'nya
1145,sampai kat Escape.Then kene beratur untuk beli tiket.Tiket?Bukanlah tiket pun sebenarnya.Dia guna wristband. Tahu tak?Yang pakai macam gelang tu.Yang biasa kalau kita pergi water theme park ke,zoo ke,dia ada benda camtu jugak.Cuma biasa masa kecik kecik dulu,pakai gelang kertas je.Yang kat Escape ni lain sikit.Dia ada cip kat dalam wristband tu.Kat dalam Escape tu,kalau nak beli air ke,beli makanan ke,tak bayar cash.Kita kene pergi kaunter tempat kita masuk tu,then topup kita punya wristband tu.Kat kaunter topup ni kene cash lah.Kiranya,duit masuk dalam wristband tu dan kita buat transaksi kat kedai kedai dalam Escape tu dengan nilai dalam wristband tu.

Selesai beratur semua,maka kami pun berpusu-pusu melalui gerbang masuk tersebut.Kat pintu masuk tu kene check dulu kita ada bawak makanan dari luar tak.Kalau clear,baru boleh masuk.Selepas masuk...simpan barang barang dalam loker yang disewa secara beramai-ramai...mulalah mencari permainan apa yang mahu dicuba.Kat sini,semua berpisah cari ikut selera masing-masing.But mostly menemui kekecewaan.

Kecewa?Kenapa?Kecewalah...sebabnya,masa kami masuk tu dah pukul 1220,and most of the game are going to be closed from 1230-0130 for lunch break.So masing-masing pun merayaulah mencari game apa yang tak ditutup.Ada jugak yang pilih nak berehat dulu lepak-lepak main buaian.Buaian besar lah.Jangan lah terbayang buaian macam kat playground yang macam adik adik kita biasa main tu.

By the time semua game mula dibuka semula,bertebaranlah Legolad menguji kekuatan fizikal,intelektual dan emosional masing-masing.Secara ringkas ye cerita apa antara game yang Legolad main kat sana.Ada yang mula dengan panjat pokok kelapa.Kalau boleh panjat dalam masa yang ditetapkan,dapat kelapa free tau!Dalam keadaan letih dan panas sebegitu,dapat minum air kelapa memang rasa heaven lah.But of course,rasanya tak ada Legolad yang berjaya mendapatkan kelapa free.Ketahuilah,bukan senang nak panjat pokok kelapa.

Selain itu,ada jugak yang main panjat bangunan.Ada bangunan bentuk kuboid.Keliling bangunan tu ada lah macam ala-ala tingkap rumah,pintu,pagar yang pelbagai jenis.Tiga tingkat.Sekali panjat boleh naik lapan orang.Dua orang dari setiap sisi.Lepas pakai alat keselamatan,kita akan tekan button mula kat bawah.Kat atas sekali ada jam yang kira berapa lama masa diambil untuk kita naik ke atas.So masa kita tekan button start kat bawah tu,jam kat atas mula bergerak.Kita kene berkejar lah nak naik ke atas.Sampai atas,tekan button finish.Jam akan berhenti.Compete lah between each other siapa paling cepat naik ke atas.

Lepas tu,ada jugak yang main gelongsor.Kan kalau kita biasa pergi water theme park,ada gelongsor yang kita turun dengan pelampung besar tu kan.Kat Escape ni ada jugak.Bezanya,gelongsor dia tak ada air.Kering.But still seronok lah.Ada dua je gelongsor.Satu yang lurus je dari atas ke bawah.Satu lagi yang akan berpusing-pusing sikit.Dan seperti yang kita tahu,turun dari gelongsor memang sangat best.Yang sakitnya bila kita nak naik ke atas tu. -_- Boleh tercabut lutut kalau ada cita-cita nak main banyak kali gelongsor tu.

Apa lagi game yang ada ye...ada yang best!Flying fox!Nak kene explain ke flying fox ni macam mana?Rasanya semua boleh bayangkan kan?Nak naik tempat flying fox tu,kene panjat bukit sikit.Tapi tak ada lah terseksa macam gelongsor tadi.Bukit yang ni rendah sikit.Kat atas tu,kita akan dapat taklimat macam mana nak pakai alat keselamatan untuk flying fox.Then,boleh lah main!Kat atas tu,mula-mula kita akan start dengan route yang celah-celah pokok je.Pendek-pendek sahaja jalannya.

Then,baru akan jumpa flying fox yang sangat panjang.Merentasi Escape dari udara.Berapa panjang?Approximately,some hundred meters.Berapa tingginya?Hard to say.But you can't see your friend down there when you are up there.Merasai hembusan angin di udara dengan pemandangan hijau saujana mata memandang.It is fun,right?

And one of the main attraction,game tu namanya Monkey Business.Ada tiga level.Paling bawah,easy.Level dua,medium.Level tiga,hard.Kat setiap level ada tiga route or starting point kita boleh pilih.Ada senang,sederhana dan susah bergantung pada kemampuan masing-masing.So maksudnya kat sini ada sembilan pengalaman jalan yang boleh diceritakan.Larat ke nak baca?

Monkey Bussiness@Escape

Cerita secara ringkas sudah lah ye.Kat atas tu,ada kene jalan atas titi,ada kene jalan pijak kayu.Attention, you are doing that beberapa puluh meter di udara tahu.Ada kene jalan atas jaring lah.Ada part yang kene berayun macam tarzan jugak.Ada cabaran yang kita kene merentasi udara dengan peluk kayu.Bukan jalan tahu.Kayu ni terpisah-pisah and kita tiada jalan lain nak lepas cabaran tu melainkan kene berjalan secara mengiring.First peluk kayu satu,then lompat ke sisi untuk peluk kayu seterusnya.And untuk every challenge tu,kita kene buat dalam jarak antara 10 meter ke 15 meter I think.Maksudnya,kita kene jalan dalam 10 meter kat udara tu untuk sampai next platform.Kat platform tu nanti ada cabaran lain pulak.

Dan game yang ni,sangat menguji kekuatan fizikal dan mental kita.Nak tengok kita berani tak kat atas tu,gayat tak,and tangan dan kaki kita larat tak nak habiskan semua cabaran tu.By the way,larat atau tak memang kene paksa diri habiskan jugak.Untuk setiap route tu,cuma ada satu tempat mula dan satu tempat berakhir.So kalau seorang sangkut kat tengah jalan,yang kat belakang semua tak boleh teruskan melainkan yang tersangkut tu kene jugak gagahkan diri untuk habiskan.Tak ada short cut tau!Dan semestinya kita tak boleh berhenti buat kat tengah-tengah sebab memang tak ada jalan patah balik.Kat tengah udara tu.Mana nak berhenti.Bukannya boleh terjun pun.

Kalau rasa letih kat atas tu,apa motivasi kita untuk teruskan?Bayangkan lah kehidupan kita yang susah payah menghafaz dan menjaga Al-Quran ni.There are times when we will think that we are not strong enough to continue the journey,right?But still,kita kene teruskan.So kalau ada challenge kat atas tu rasa tak larat nak buat,kata pada diri, “Satu juzuk lagi nak khatam.” Or “Tiga juzuk lagi nak khatam.” Bilangan satu or tiga tu bergantung lah pada masing-masing kan berapa juzuk lagi yang tinggal.Bila lepas kata camtu pada diri,seriously, berkesan.Ada motivasi nak teruskan sampai tamat challenge tu.Dan bila tamat,menggeletar lah kaki tangan kelelahan dan kepenatan.Hehe. ^_^

Monkey Business@escape

Cukup kot share lima je game.Tak kan nak tulis semua game ada kat sana kan.Excited tak lepas baca?Mesti rasa macam nak jugak join kan?Haha.Kalau ada yang tak faham apa yang ditulis di sini,boleh tengok kat gambar atau rujuk je website Escape tu.Kalau lepas tu pun tak faham jugak,boleh try sendiri pergi ke sana.Baru boleh rasa sendiri keseronokannya.Haha.Tapi nak ingatkan awal-awal,fizikal dan mental kene kuat tau!

Bergerak keluar daripada Escape lebih kurang jam 1600.Perkara yang ada dalam fikiran semua orang time tu?Lapar.Makanya dalam keadaan lapar itu,kami singgah di Masjid Terapung Tanjung Pungah untuk solat jamak Zohor dan Asar.Lepas solat,makan alas perut dulu di gerai dalam kawasan masjid tu.Minum ABC,cendol,makan keropok,sosej,nugget dan sebagainya yang mampu ditemui di tempat kejadian untuk memenuhi perut kami yang berkeroncong dan bergurindam sejak dari Escape tadi.

Masjid Terapung

Then,it's time to say goodbye to the island.Kami mulai bergerak pulang ke rumah Azam.This time,lalu jambatan lama pulak.Merasa lah jugak lalu both of the famous bridge this time.Sampai kat rumah Azam dalam 2000 tu,ada yang rehat,ada yang mula ready untuk BBQ pulak.

Lepas solat Maghrib dan Isyak,siapa yang bertugas untuk masak dah mula memasak.Mula bakar arang,masak ayam.Legolad dibahagikan kepada tiga unit.Ada unit persediaan,masak dan kebersihan.Sebelum,semasa dan selepas.So masa unit memasak masak,yang lain rehat.Lepas tu unit persediaan take over hidang-hidang makanan.Then lepas habis semuanya,unit kebersihan pulak buat kerja habiskan segalanya.

Lepas habis masak tu,semua mula turun ke tempat makan.Mula dengan ucapan-ucapan dari Pengerusi IQRAC,Pengarah NEWA dan Ustaz Taufiq.Then ada sambutan hari lahir sikit untuk yang lahir dari bulan Julai sehingga bulan Oktober.Lepas tu,makan lah.Ada nasi goreng,mihun goreng,ayam,dadih, dan yang istimewa jugak...ada kek!Sambutan birthday kan,so mestilah ada kek.Semua makan dengan kemeriahan dan kegembiraan.Menggantikan tenaga yang hilang di Escape siang tadi serta merakamkan setiap saat jamuan malam itu dalam kotak memori untuk dikenang di kemudian hari.

Selesai makan,yang bertugas bahagian kebersihan mulai mengemas dan menghabiskan makanan yang berbaki.Sementara yang lain berehat pulak.Ada yang tengok bola,ada yang buat sharing moment.Then pukul 2300,semua berkumpul balik di ruang tamu untuk sesi bacaan Al-Mulk dan taklimat perjalanan hari seterusnya.


Ahad | 18102015
Morning.Subuh masih berjemaah seperti biasa.Semua mulai bersiap-siap untuk pulang ke tempat asal.Untuk kembali kepada realiti.Bangun pagi.Breakfast.Family Azam sediakan nasi lemak dan kek pisang.Serius lah pihak tuan rumah sangat baik.Kami sangat menghargainya.Lepas breakfast,semua orang mula angkat barang masuk kereta untuk dihantar ke bas.Lepas tu,sesi bergambar beramai-ramai.

Masjid Abdullah Fahim
0915 lebih kurang,bas mula bergerak meninggalkan tempat yang telah mengukir kenangan dalam ingatan.Next destination,Masjid Abdullah Fahim.1000 lebih kurang,sampai ke masjid tu.Lawa.Cantik.Indah.Gah.Singgah untuk solat Dhuha.Selepas itu,mula bergerak ke Kedai Jeruk Pak Ali.Membeli buah tangan untuk dibawa pulang ke Darul Quran.Untuk yang tak makan jeruk,jangan risau.Ada macam-macam dalam tu.Ada jugak kek,kuih,kerepek,biskut dan pelbagai lagi yang tidak berasaskan jeruk.


Kedai Jeruk Pak Ali
Membeli-belah.Berbelanja.Perjalanan diteruskan.Alhamdulillah perjalanan lancar sahaja.Then kami singgah di R&R Gunung Semanggol untuk lunch dan solat Zohor.Lunch kami,nasi lemak bungkus yang disediakan keluarga Najmi Hakim.Thanks a lot!Sesungguhnya,kami sangat terhutang budi dengan keluarga sahabat-sahabat dari utara yang sangat banyak memudahkan urusan kami di sana.

Selesai solat Zohor,perjalanan diteruskan.Terus sehingga ke DQ.Alhamdulillah jalan tidak sesak dan perjalanan kami sangat lancar.Segala pujian bagi Allah.Special thanks untuk semua yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung untuk memastikan NEWA ini berjalan lancar.And we arrived at DQ exactly time waktu nak azan Asar.My last word,kat DQ ada kejutan yang menanti rupanya.Nak tahu apa?


‘Kenapa Pulau Pinang tak berjerebu langsung tapi jerebu kat DQ sangat dahsyat?’



Diari Legolass

Jumaat (16/10/2015)

Malacca, Here We Come!
Di Hadapan Villa Abadi
Ikutkan plan asal, sepatutnya kitorang bertolak kul 1430 cmtu, tapi Allah izin, tayar bas pancit. Setelah menunggu dalam sejam, barulah tayar bas bergerak membawa kitorang ke Melaka. Sampai kat depan villa, subhanallah! Terpegun tengok villa yang  teramat besar >_< Apa lagi, sampai2 terus tangkap gambar (Thanks tu si comel Amirul yang sudi jadi photographer tk berbayar). Selesai solat maghrib dan isya’ berjemaah, sebahagian dari kitorang mula memasak bbq (nyum2) sementara yang lain berkumul di ruang tamu melihat tayangan video yang disediakan oleh #sistech a.k. unit teknikal :)
Nyum..nyum BBQ 

[You can count on me, like one two three..i’ll be there]

Lps dh touching2 tgok video sama2, kitorang dibahagikan kepada 7 kumpulan. Yang menariknya, nama kumpulan kitorang berasaskan iklan popular yang ditayangkan di televisyen! Ada Qu Puteh, NV, Kak Ton, Losyen Mustajab, Clean & Clear, Syahirah dan Dherbs! MasyaAllah..unik kan?

After that, play time!!!

First game, setiap kumpulan dikehendaki mengiklankan produk masing2. Macam2 gaya setiap kumpulan cuba mem’promote’ produk masing-masing. Very hilarious! Series ah lawak. Alhamdulillah, bonding makin kuat. Sama-sama bergelak tawa sampai keluar air mata. Second game pun best cam first game gak. Game ni namanya sohih au khoto’. 7 video yang mengandungi rakaman 7 ahli sem yang terpilih untuk menceritakan kisah hidup mereka yang agak rare ditayangkan dan setiap kumpulan harus meneka sama ada mereka berkata benar atau bohong. Kalau salah, kena denda makan something yang … (sorry, can’t find the right word ^^’) Game ni serius best sangat. Macam-macam cite keluar. Ada yang kata pernah pengsan sebab makan oreo, ada yang kata pernah side kick coach sampai lebam dan ada yang kata pernah sendawa masa dalam perut ibu (?), ada yang cakap pernah kena gilis van. Macam tak logik kan tapi ada yang betul taw. Ibrahnya, kita dapat tahu sejauh mana kita kenal sahabat kita. Even kita tak tahu semua kisah hidup dia, tapi sahabat yang baik akan kenal behaviour sahabat dia kalau dia tengah menipu. Allah.. 



Game seterusnya ialah Misteri Kotak Hitam. Jeng..jeng.jeng.. Gempak kan nama gamenya? Gamenya pun gempak gak. Ala-ala misteri nusantara gitu. Setiap kumpulan dikehendaki masuk ke setiap bilik di ruangan atas. Ruangan ni dipanggil silent zone sebab kitorang dilarang bersuara. Dah lah gelap gelita. Saje nk bikin seram.  Ada 4 bilik yang perlu dimasuki dan setiap bilik terdapat kotak hitam. Setiap kotak hitam di setiap bilik mengandungi something dan something tu berbeza. Setiap kumpulan perlu meneka apa yang terdapat di dalam kotak itu dengan hanya memasukkan tangan ke dalamnya. Okay, ibrah kat sini.. kadang-kala dalam bersahabat ni kita tak sefahaman. Tapi, apa salahnya kalau. kita cuba memahami sahabat kita dan selidik kenapa dia berfikir macam tu. Macam kotak tu. Rupa-rupanya ada dua benda dalam satu kotak. Apa yang sahabat kita rasa tak semestinya sama dengan apa yang kita rasa. Deep en game ni?

Credit: Thanks to #sisduti a.k.a unit modul & aktiviti atas game2 yang ohsem ^_^

Apabila satu Legolass ditempatkan dalam satu rumah, memang havoc jadinya. Lepas habis aktiviti, ramai yang stay up sambung bermain sohih au khoto’ sesama sendiri. Dah puas main game tu, sambung pulak dengan game Truth & Share. Malam tu dapat kenal sahabat Legolass dengan lebih mendalam lagi. Boleh tahu apa impression seseorang tu terhadap kita. Orang yang kita nampak macam diam, rupa-rupanya banyak cakap. Yang nampak macam happy 24 jam rupa-rupanya pemendam. Bonding semakin erat. Yang kurang rapat jadi rapat. Yang memang dah rapat jadi lebih rapat. Orang yang selama ni kita tak pernah borak-borak dengan dia, malam tu sampai boleh gelak dan nangis sama-sama. Alhamdulillah ‘ala kulli hal :)

Thanks for the sweet memories. Our time together are just never quite enough.

Habis hari pertama.


Shut down.


Sabtu (17/10/2015)

Alhamdulillah pagi tu kitorang sama-sama solat Subuh berjemaah, fuh wonderful gitu! then macam biasa diteruskan dengan al-Mathurat serta tazkirah ringkas. "wazakkir fa inna zzikra tanfa'ul mukminin" dan berilah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman. even berada di tempat orang, bi'ah qur'an masih kitorang cuba pahatkan. inshaAllah, biidznillah.

Solat berjemaah
Then, pagi tu pukul 0645 kitorang dah berkumpul di halaman villa untuk senamrobik serta warming up. sesi senamrobik yang fun gitu diconduct oleh #sisduti a.k.a Unit Modul dan Aktiviti. semua orang happy sangat time tu..jarang boleh tengok dorang gelak-gelak camtu. one of the best moment. lepas dah bersenamrobik, kitorang go on dengan game "sambung-kata". game ni ala-ala budak kecik yang baru belajar cakap. sorang kene cakap sepatah je perkataan,membentuk sebuah cerita yang sangat tak masuk akal. well, biasa la tu.


Senamrobik
Time tu jugak,some of the KD's were busy preparing breakfast untuk kitorang. dorang masak sendiri! which is sangat sedap:) Alhamdulillah kekeyangan kitorang pagi tu. then, 1030 sepatutnya kitorang dah naik bas untuk ke Bandar Hilir, Melaka tapi bas kitorang ada masalah sikit and Alhamdulillah pukul 1245 kitorang dah bertolak ke Bandar Hilir tu dan masing-masing bade their farewell to the caretaker of the house, yang ada dua orang kanak-kanak comel ;). "we gonna miss u guys"-TT-walaupun ada kat melaka, tali hubungan silaturrahim itu masih perlu dihubungkan. ukhuwwah itu tidak mengenal usia dan tempat.

Historical "kereta kuda"
Tepat 1330 kitorang sampai di mall berhadapan Mahkota Parade untuk aktiviti explorace: bandar hilir melaka. within 5 hours kitorang kene completekan task dekat 7 checkpoint berasingan. antara checkpoint tersebut adalah; stadhuys, menara taming sari, muzium samudera, kota a.famosa, gereja st. paul, memorial pengisytiharan dan bangunan putih. well, bermulalah perjalanan kitorang untuk eksplorasi sebenar melaka. ini bukan explorace biasa-biasa, ini explorace dengan sahabat yang mashaAllah sangat memandang sesuatu dengan penuh hikmah. terbinanya sesuatu bangunan itu atas dasar apa, bagaimana dan apa tujuannya semuanya cuba diolah dan dicedok ilmunya, kerana kami ini bukan yang biasa-biasa, kami ingin menjadi yang luar biasa! "jaulah ini bukan sekadar untuk meluaskan pemandangan, mengeratkan bonding tapi jaulah yang bermatlamat tinggi untuk menggapai Mardhatillah"-itulah yang cuba kami semaikan.

Gereja St. Paul
Antara task kitorang ialah mengambil video dan gambar di checkpoint tersebut sambil menjawab soalan yang telah disediakan oleh #sisduti. selain itu, kitorang juga dikehendaki wefie bersama tourist di sana. fuh, memang havoc! actually dorang really nice and peramah and time tu semua dah berbuih mulut speaking london! eheh..anyway, it's worthed! and part yang memang kitorang suka, time masuk bangunan putih,, best sebab banyak souvenirs murah-murah and mampu milik. and most of the group beli something seragam dengan ahli group yang lain as a memento la. well that's a must, in a girls opinion whenever pergi mana-mana.

Kota A Famosa
And 1800 kitorang kumpul untuk gerak balik ke Darul Qur'an, our second lovely home :) sounds cheesy huh, but it's the truth. and dalam bas, masing-masing look tired but deep inside, they were happy,Alhamdulillah:) Alhamdulillah pada jam 2340, kitorang selamat sampai di bumi barakah ini, DQ.

Alhamdulillah Thummal Alhamdulillah, moga jaulah kami ini diredhai Allah dan menjadi saksinya hubungan ukhuwwah fillah kami. semoga buku catatan kami dicatit penuh pada halaman kanan sepanjang jaulah ini sehingga ke akhirnya, InshaAllah.

Alhamdulillah, kitorang ingin mengucapkan berbanyak² terima kasih kepada Biro ttk Dan kd² program, #tpah #tsu #tbend #siscc #sisduti #sisfresh #siscost #sistravel #sisttk #sistech #sispeta #sisgift  yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini, sanggup bersengkang mata untuk menyiapkan   KKD program and so on la,, tak lupa jgak buat ahli legolass yang sangat² bersabar walaupun bas terlewat lebih dua jam 😁😁, thanks banyak2 untuk semuaaa.. Hopefully NEWA kali ini berjaya membuatkan ukhuwwah yang sudah terbina sejak awal sem 1 , semakin kukuh tersemat di dalam hati masing² dan kukuh terpasak pada nurani masing².

Alhamdulillah hamdan kathira.
Terima kasih untuk semua.
Thanks for being my memories.
Moga kita berjumpa di Jannah nanti.😊



EmoticonEmoticon