Our Circle of Thoughts

Soalan : apakah perasaan korang 
selepas berNEWA?






“perasaan selepas newa..tersangat la gembira kerana bg aq newa ni kire hadiah yg istimewa dr iqrac sendiri setelah aq berjaya memperoleh lesen jpj...hahaha

selain drpd tu..  newa menjadi batu loncatan bg aq utk mnghabiskn muqarrar dn meneruskn ia'dah dgn lebih gigih setelah kian lame semangat aq semakin hilang ditiup angin ..diliputi asap2 jerebu yg tidak henti2 nye..


ape yg aq harapkan drpd ukhuwah sesame iqrac ..emm ..semoga persahabatan kite kekal tiada pisahnye...kematian bkn lah satu perpisahan ..tetapi dimasukkan ke dalam syurga ..dan dicampakkan ke dlm neraka..itulah yg dikatakan perpisahan..harapnye tiadalah diantara kite yg berpisah..

- Fadli Muhamad Arbi-

“ Ckp pasal ukhuwah time newa ni memang ohsem ar...nak katenye org yg x rapat at first bole jd rapat   . Org yg x pernah sembang ( bukan x pernah  langsung kay !)pon bole tetiba wat kawan sembang.  Mmg hilang rasa " awkward" tros. Dgn explorace yg best sesangat kt melaka wat cam memory kt melaka sweet sangat. Nak katenye ( sori iffah curi quotes) ukhuwah x terbina time prog ! Tp kite bole gune program sbagai satu wacana utk merapatkan ukhuwah sesama ahli sem especially utk org yg x rapat, rase  awkward nk cakap....hahaha aq pon termasuk golongan awkward tu. Ok tu je kowt. Yg penting newa best + ohsem  

-E.O-


“Semestinya gembira sbb dpt spent time dgn kawan2 dlm persekitaran yg berbeza. Selepas bernewa ni kita dpt 
mengenali dgn lebih dekat ttg sahabat2 kita sebagaimana ade hadis yg menyebut 'jika kamu hendak mengetahui dengan lebih dekat ttg seseorang, maka bermusafirlah dengan dia'(betul ke, kalau salah betulkan).


Harapnya lepas ni ukhuwah sesama iqrac makin rapat la. Sebenarnya newa ni hanyalah satu wadah utk kita lebih rapatkan ukhuwah antara ahli sem. Lpas habis dq, masing2 dah bawak haluan masing2. So in shaa allah walaupun semua dah bertebaran ke seluruh pelusuk bumi tuhan ini, tpi sebenarnya kawan2 kita sentiasa berada dekat dalam hati kita. Bak kata pepatah,'jauh di mata namun dekat di hati'.

Terima kasih kpd semua kd yg bertungkus lumus merancang prog ni sehingga kd2 terpaksa mengorbankan hal2 peribadi demi menjayakan prog ini. Sesungguhnya hanya tuhan sahajalah yg mampu membalas jasa kalian. Harapnya, prog ini berjaya mencapai objektif yg ditetapkan. In shaa allah selepas ini ukhuwah antara ahli sem akan menjadi lebih rapat seterusnya menjadi umat islam yg lebih 
berguna kpd agama, keluarga, bangsa dan negara. 'I dont have friends, I have family and you all are my family'. Pehh sumpah terbaik. Melting aku baca. Haha. Sekian terima kasih.

kata2 terakhir dr aq...


( ukhuwah kite seteguh tiang, persahabatan kite segah taming sari, Newa kite  bak tiang taming sari ) “

-Najmi Hood Hadzir-


“Bagi ana, newa ni tlh berjaya mrpatkan ahli sem kita, sbb dlm newa ni, kita dh melengkapkan syarat2 ukhwah, iaitu bermusafir sama2, makan sama2, and tidur sama2.

Firstly, masa sebelum bertolak tu, seriously rasa sgt excited, sbb yela newa kat melaka, kat bandar, (smthng yg rare la bg ana), then kita dpt bermalam kat sebuah villa banglo yg besar, ade byk bilik, ya Allah best die mmg xterkata. Lepastu malam tu, kita berbbq and bertayangan and ad buat sikit game. Even ngntok2, penat2 mlm tu, still kuat smgt malam tu xtdo awal sbb nak enjoy and berbonding dgn legolass kan. Lpstu pgi esoknya tu, kita beraerobik and bersuper spontan. Sejujurnya, ana rndu saat2 itu. Ana rndu newa kita. And ana nak newa 2.0 (please TTK buat newa 2.0!!).

Apa yg ana dapat utk newa kita ni, ialah 
cinta terhadap each one of legolass. Legolass ni, ana rasa syang syg kat dorg, and ana sgt harap, ianya ukhwah yg berkekalan, smpai ke syurga Inshaallah. Nak kata bestnye legolass ni, kita kan dduk kat DQ hanya setahun stgh, tp member dgn kwn kwn dq ni mcm dah kenal lama. Msg msg tahu kwn kwn yg lain mcm mana. Friendship is just one word but seriously full of meaning. Mmg hakikat, kita akn hargai lebih bonding kita selepas dah kehilangannya, bila dah berpisah nanti. Bila igt balik, yg kita hanya berbaki 5 bulan je lagi kat DQ, why not kita bonding betul2 selagi ada masa bersama. Kita buat newa tiaptiap hari ke?

Secara rgkasnya,
Setiap perkara perlu 
berlandaskan iman,
Termasuklah dlm persahabatan,
Ikatan hati perlu kan 
tali Allah yg mengikatnya,
Kerana ssghnya hanya Allah shj yg memegang hati hamba2nya.
Wahai sahabat, ingatlah kalam Allah,
Hari akhirat hari kepayahan,
Hari sahabat xmengenal rakannya,
Andai kita satu matlamat,
Meh lumba buat kebajikannnn!
Igtkan daku cegah kemungkaran.

Sayang
 legolass. Sgtsgt.


Maaf andai terkurang,
Tp jujur, ana belajar banyak benda baik drpd kalian semua. Tnpe kalian, tkkn jd ana mcm ana skrg. Penghijrahan ana xkn mgkn tercapai sejauh skrg.
Terima kasih atas segala kenangan pgjrn,
Terimakasih Roommate tercinta, Diban.
Terimakasih Halaqah Busyra, Alya, PipaAziz, Min, Masyi, Cik Ai, Esoh, FarahAdlin, and Fafar.
Terimakasih Bpi tersyg, Adlina, Yuni, Su, Huda, Nuha, WatifTok, Tenab and eo, Nesah.
Terimakasih Usrah, Amni, Sab, Fafar, Iwani.
Terimakasih Pewakilan, Terimakasih MT,
Terimakasih sahabat  

Last request, 
nak Newa 2.0 boleh???”

-Nadiyore-


“perasaan aq lps newa?
aq sgt gembira dgn semua org dan rata2 antara kita ni mcm dh x de dh pendinding.  maksudnya semua layan semua dan yg mcm susah nk cmpur pon dh try cmpur. yela, walaupun kite bkn rapat sgt2 tp boleh lah sume ajak bual. biasalah, kita sume ade bestie sndiri. Hakikatnya bg aq drpd kt dq lagi kte dh erat sbnrnye. so, newa ni mcm kononnya mcm suruh kite rehat dgn ahli sem bersama2 ustaz taufik. tp, dalam newa ni, aq dpt lihat yg sem kita ni mmg suke bergurau, pantg dicabar dan ble ade yg bermasalah, mereka bg akan moral support suruh kita jgn mengalah. nasihat, ingatlah selalu pesan mr. president YDP danial zubir bahawa cuti kite ni bkn bermakna kite cuti dri ingat Allah. maksudnya yg lebih sng, enjoy2 kite, tanggungjawab pd quran tu ade. gurau jgn lebih2 sbb kadg2 ade org x suke suasana yg riuh sgt. so, kte kne peka.walau apa2 pun, aq harap kita mnjdi contoh ukhwah pd junior dan akhirnya kekal ke jannah. uhibbukum abada.”

-ex halaqah-


“Newa ~ Never Walk Alone :")

Okay. Jujur dari hati ehh ?
Okay.
Ala kulli hal , Alhamdulillah NEWA berjalan dengan lancar dan seronok sangat. Walaupun ada masalah bas lambat sangat  dan semua tu biasalahh masalah2 teknikal macm ni waktu prog. Hikmahnya apa? Haaa. Masa kita spend kat villa lama sikit kan . Dan takde lah penat sgt. Plus , malam tu tidur lambat jugak lew.
So , moment nak tunggu bas tu macam nak recharge energy jugak lah untuk explorace nanti.

Part yang ana paling suka waktu Newa ialah hahaha game 
sohih au khoto'. Haha. Lawak la bila teringat balik. Dan , waktu explorace. Explorace seronok sebab dapat pusing2 Melaka dengan team mate yang sangat semangat nak jalan2 siap belanja aiskrim lagi. Kump lain pun nampak semangat jugak siap ada yang satu kumpulan sewa basikal , beli topi comel sama2 . Haha comel. Dan , paling best jugak waktu main tanya2 first imprsession org thdp kita. Haha. Lawak! Rasa lebih kenal lah setiap orang macam mana. Haha.
Bila cakap pasal ukhuwah ni , kadang2 kita tend to be like - " Haishh. Asyik2 pasal ukhuwah je"  "Bosann" "Lamee" "Hak alah! Clisé ah brader! "... Kan? Haha. Yes , I admit that I tend to be like that too kadang2. Yelah dari Sem 1 kut. Tak habis2 pasal ukhuwah jew. =_="

Tapi , kalau tidak kerana ukhuwah ana dah tak ada lagi kut kat sini. Haha. Eh ,serious , ini serious.
Jujurnya paling terasa ukhuwah ni dengan ahli halaqah lah. Sebab memang jatuh bangkit terhantuk gedebuk semua dengan diorang. Makan pagi ngan tengahari selalu sama2 , tidur sama2 , struggle nak bangun awal  untuk qiam kat masjid sbb tak nak kena denda jemur tgh panas sama2. Gaduh nak puasa ke tak hari ni sama2. Rasa sedih sama2 sbb gagal untuk puasa hari tu. Sama2 rasa gembira sbb berjaya puasa hari tu.


Memang ukhuwah tu rasa 
basaaah ahh.
Kerna apa agaknya , ya , kerna 
Dia
Dia-lah yang mencampakkan rasa itu sbnrya.
Kerana hakikatnya asas ukhuwah itu adalah 
Iman.
Kadang kita sibuk fikir macam2 cara untuk bina ukhuwah , main game ni , main game itu ,buat ini buat itu tapi sebenarnya apabila kita buat apa sahaja asal kita nak kita semua sama2 lebih dekat dengan Allah di situlah ukhuwah terbina.
Benda simple je mcm qiam sama2 , solat dhuha sama2,  duduk sama2 heart to heart session , koreksi diri , bagi ana itu lebih bermakna.
Itu baru 
ukhuwah fillah. Ya , fillah.

So , kalau kadang2 kita macam ada masalah dgn kawan , cuba 
check balik iman kita. Kalau perwakilan nampak batch kita macam ada masalah ukhuwah lagi cuba check balik amal setiap ahli sem . Mungkin sebab masih ada yang solatnya masih lewat , subuh pun subuh badak , qiam pun mungkin 2 bulan sekali je. Huhu. Zaaap ! kat diri sendiri sebenarnyaa T_T
So , macam tu lahh.  :)

Somehow rasa macam comel je kita semua ni 
legolad dan legolass dalam legokingdom dipimpin oleh our legoking dan legoqueen .
Daripada donin donat ke papazola mamazila ke bloodybrother brothersister ke apa ke. Sbb rasa macam kita ni dekaaat sangat dengan hadith yang satu ni :
" Mukmin lil mukmin kal lego ( bunyan ) yashuddu ba'dhu hu ba'dho "

Ya , kita ni 
kan lego. Dan kita semua dah satu hati satu jiwa satu suara yang kita semua ini kal lego. Sejauh mana kita benar-benar yasyuddu ba'dhu hu ba'dho sesama legolass legolass , legolad legolad.

Akhir kalam , hakikatnya dlm
 misi membina ukhuwah ini bukanlah hanya misi sang legoqueen dan legoking dan legottk sahaja , tapi menjadi misi setiap daripada kita legolad dan legolass untuk membinanya.
Moga Allah berkati ukhuwah kita.
Inni uhibbukunna fillah :")”

-Biarlah sirr-



EmoticonEmoticon