Realiti

Bismillahirrahmanirrahim.


“IQRAC ni banyak buat program, tapi kurang kepada pembinaan diri ahli sem.” begitu kata seorang sahabat dalam satu mesyuarat.

“Yang penting dari sebuah program adalah apa yang kita lakukan selepas itu, bagaimana kita follow up dengan ahli sem supaya kesan dari program itu berterusan dalam diri ahli sem. Bukan hanya sementara.” terpasak kukuh dalam ingatanku kata-kata salah seorang pimpinan yang lalu tentang IQRAC.

“Kita dapati kebanyakan persatuan-persatuan pelajar sekarang, lebih kepada berprogram untuk meneruskan tradisi. Generasi sebelum itu buat program, maka generasi seterusnya kene buat program yang sama, cuma dalam skala yang lebih besar.” begitulah kata-kata salah seorang pimpinan mahasiswa yang terkenal dalam suatu forum tidak lama dahulu.

“Sepanjang ana berada di Darul Quran, ana dapati pimpinan PERKEMAT dan IQRAC jauh berbeza. Pimpinan IQRAC lebih bagus dan tersusun.” demikian komentar salah seorang pimpinan kelab yang telah bertapak lama di Darul Quran ini. Beliau kini merupakan pelajar semester enam.


Itu cumalah sebuah pendahuluan kepada sebuah catatan. Mungkin akan berkaitan dengan coretan seterusnya, dan mungkin juga tiada kaitan. Terpulang bagaimana kalian ingin menilai. Dan bagaimana kita ingin menilai sesuatu, melainkan setelah kita mengkaji dan menghayati setiap bait tulisan, benar? Maka teruskan membaca sehingga akhirnya, moga memberi manfaat buat semua.


***


Ini cumalah sebuah perkongsian daripada lima orang rakan-rakan kita yang terpilih untuk mengikuti sebuah program anjuran Lajnah Tadbir PERKEMAT dan Kelab Fasilitator Darul Quran. 


Program apa?


Jawapannya ada di dalam.


Kenapa kami memilih untuk mengetengahkan pengalaman mereka?


Sekadar perkongsian untuk memenuhkan halaman blog IQRAC?


Mungkin ya, mungkin tidak. Teruskan membaca, In Shaa Allah bakal bertemu jawapan.


Moga diberi kekuatan untuk membaca catatan mereka sehingga akhirnya.


***


#Catatan_Pertama


Pengalamn yg aku dpt..hmm
bila ckp psl gerak kerja..okla..aku rse happy..sbb dpt kerja dgn org2 yg hebat..baik dri unit sendiri maupun og..semuanya bgus

Ckp psl pengalamn hri kejadian....aku ditugskan utk conduct game...nmpak cam simple je..tapi bile dah pgg mic tu len mcm senanye...tapi alhamdulillah..semua mnde tu aku boleh kwl...bila pikir balik tak sangka aku bole buat...tapi lgi bnyk mnde yg aku kene baiki..haha..tkpe..bljr dri kslpn

Ckp psl kerenah budak..meletihkan...dorg ni hyperactive gak orngye....time men game tepung tu...hbis satu dwn jerebu dibuatnye...tapi best la sbb  tgok dorg happy

Bila ckp psl citer2 dorg...
Serius sedih...sblom ni ade jgak dgr citer2 psl bdak yg jdi mngsa keadaan ni..tapi bila kita sndiri yg brhdpn ngn dorg...sedih mnyelubungi hati ni...mcm mana bdak yg tak brdosa ni boleh disepak trajang...dbuang kluarga sndiri...adik bradik rosak semua...mnde tu semua buat aku sedar yg kita ni sgt beruntung ade kluarga yg mnyayangi kita...kluarga bahagia

Harapan aku...kita perlu brsyukur dgn apa yg kita ade....terutama kluarga dan kasih..kekadang kita mengeluh...ibu kita slalu membebel ke...ayah kita slalu marah2 ke..(bkn aku)...tapi still diorg syg kita...diorg jage mkn minum kita...diorg jge pkaian kita...diorg bgi kita tmpat tinggal...itu semua kita dpt...tapi beza ngn bebudak ni...itu yg kita kene ingt
Bersukurlah kita masih disayangi

Akhir kalam
Buang yg keruh
Ambil yg jernih
Bru teguh
Peribadi

Assalamualaikum


***


#Catatan_Kedua



Tak pernah terlintas di fikiranku akan ke manakah hala tuju bayi-bayi buangan (bayi yang masih bernyawa setelah dibuang). Jauh sekali berfikir tentang itu, mendengar tentang perkara itu juga aku tidak pernah.

Apa yang orang kurang berilmu seperti ku ini tahu hanyalah terdapat rumah anak-anak yatim dan rumah orang tua. Selebihnya, aku tidak tahu. Astaghfirullah. Aku lebih tahu tentang hal-hal hiburan berbanding dengan perihal kemanusiaan. Memang patut disesali akan kejahilanku ini.

Hari ini, setelah bergerak kerja dalam program yang memakan masa hampir sebulan, akhirnya, aku menjejakkan kaki ke PPKK*(Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan ********)

Jujur, aku kurang mengerti akan latar belakang remaja-remaja ini, sehinggalah hari ini, tatkala aku mendengar sendiri kisah mereka daripada guru mereka.

Sebak, sedih. Sungguh malang nasib remaja ini rupa-rupanya. Ada yang ditemui di dalam longkang, di kawasan pembinaan, yang tidak dituntut di hospital dan beberapa kisah menyedihkan lain yang sememangnya asing daripada kehidupan manusia biasa yang lain. Aku dan rakan-rakan meskipun tidak lah sebegitu kaya, tetapi kami dapat merasai kasih sayang keluarga, hidup dalam keadaan serba cukup tetapi kanak-kanak ini hanya menumpang kasih penjaga mereka di tempat ini.

Cikgu mereka berkata :
"Saya dulu cikgu yang tegas, garang tapi sejak saya dipindahkan ke pusat ini, saya tak boleh jadi macam dulu. Saya berubah menjadi seseorang yang dapat buatkan mereka selesa. Mengalir air mata saya apabila saya baca biodata seorang demi seorang. Malang sungguh mereka ini. Ada yang dibuang sejak lahir dan ada juga yang keluarga buang bila dah besar, dah tak nak dah jaga, asyik kena dera je. Sebab tu nanti cuba try sentuh diorang, mesti reaction diorang macam kena renjatan elektrik. Mana taknya, asyik kena pukul je dulu. Mereka ni memang dahagakan belaian, nanti kamu semua rapat-rapat lah dengan diorang ni. Cikgu suka bila ada orang buat program macam ni, dapatlah diorang tumpang kasih sayang dengan orang lain, biar diorang rasa ada orang yang care pasal diorang".

Aku tersentuh.
Terbit sedikit kerisauan tentang bagaimanakah reaksi mereka dalam program nanti.

Sewaktu program,

meskipun pada mulanya mereka kelihatan kurang berminat tetapi mereka kian menunjukkan minat seiring waktu berjalan.

Walaupun mereka
sedikit kurang peka,
sedikit lasak,
sedikit bising ...

namun, aku tidak sedikitpun ingin memarahi mereka, jauh sekali memukul mereka.

Mereka sangat membutuhkan perhatian. Mereka kelihatan seperti kanak-kanak yang hanya merebutkan gula-gula untuk kegembiraan. Sangat naif dan jujur. Apa yang mereka rasa, mereka cakap, tidak sedikitpun berselindung.

Walaupun umur mereka yang paling muda ialah dua belas tahun, mereka sangat gemarkan gula-gula. Rupanya mereka jarang diberikan jajan-jajan seperti itu.

Aku teringat akan adik di rumah yang lebih kurang umurnya seperti mereka. Adikku selalu sahaja dapat apa yang dipinta. Berbeza dengan mereka, walaupun cuma gula-gula mereka sudah cukup suka. Mengingatkan itu, hatiku tersentuh lagi.

Apabila tiba di hujung program, seorang daripada mereka mendedikasikan sebuah lagu untuk kami, para fasilitator dan urusetia. Malah, dalam slot kedua, mereka membuat persembahan dengan sehabis baik untuk memuaskan hati kami. Meskipun persembahan yang dilakukan biasa-biasa sahaja, namun menurutku semua persembahan sangat menarik. Terserlah keikhlasan mereka sewaktu membuat persembahan.

Aku sedar sekarang. Bukan hanya rakyat di negara Palestin, Syria sahaja yang merana. Malah, rakyat di negara Malaysia juga ramai yang teraniaya. Mereka perlukan pembelaan, kasih sayang. Aku rasakan bahawa ini adalah tanggungjawab kami, belia muda untuk mencurahkan bakti, membantu. Bukan hanya pandai bermadah, berbicara tetapi juga mahir beraksi.

Now, my eyes are truly wide open.

Aku doakan yang terbaik buat mereka. Mereka adalah orang yang kuat kerana diuji oleh Allah dengan ujian yang berat. Aku amat memandang tinggi akan mereka. Jikalau diriku berada pada tempat mereka, entah apa yang akan kulakukan. Belum tentu menjadi sekuat mereka yang mampu lagi tersenyum dan bergelak ketawa.

"Akak yakin adik boleh. Ramai lagi yang sayangkan adik. Jangan pernah mengalah. Teruskan berjuang untuk hidup. Kejarlah cinta Allah. Allah sayang sangat kat adik ni sebab sampai saat ni adik mampu survive lagi. Jangan tinggal solat. Jadi kawan yang baik. InsyaAllah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi, kalau bukan di dunia, di syurga nanti. Amin. "

InsyaAllah.
Lindungi kami Ya Allah.


Senyum.


***


#Catatan_Ketiga


Bismillah walhamdulillah


Ape yg ana nk tulis mostly peringatan utk diri ana dn semua penghuni legokingdom...


Firstly ana tersentuh bila salah seorang daripada pelatih kat situ bgithu yg diorng nk sgt kita bgi pendedahan pasal agama terutama benda2 basic...ana rse mcm jahat sgt sbb xsampaikn benda yang sepatutnya diorng tahu...bukan diorng je tpi insan2 yg kurang tentang ilmu agama...tanpa kita sedar sebenarnya kita sedang dibuai dgn kesenangan dan keselesaan hidup dalam suasana yg dikelilingi dgn ayat2 suci Al-Quran sedangkan org di luar sana sedang menadah tangan utk dicurahkn kasih sayang ,disuapkn ilmu yang bermanfaat dn sebagainya


Buka mata,buka minda bangun dari tidur yang lena,,tanye diri kita adakah aku dah bersedia nk terjun ke dunia luar yg mana keadaannya xsama dgn keadaan kita di sini...Darul Quran bukan tempat utk kita relax,buang masa dengan gadget,borak2 kosong and so on...tajdid balik niat kita kenapa kita masuk sini??? Adakah kita masuk sni sekadar nk hafal awal juzuk,awal surah,awal maqra' semata-mata nk kejar pointer je?? Tidak....ingatlah bahawa kita masuk sni nk jdi seorang yang Hamalatul Quran,penghafaz Al-Quran 30 juz,yang faham isi Al-Quran utk disampaikan kepada masyarakat luar selepas kita kluar nnti...nk jadi seorang Hamalatul Quran sangat perit,sangat susah,sangat berat...hati dan jiwa kena kental,,Al-Quran bukan sahaja utk dihafal tpi utk mentarbiyah diri kita...Allah menurunkan Al-Quran bkn utk menyusahkan hambanya,firman Allah

ولقد يسرنا القران للذكر فهل من مدكر

[Surah Al-Qamar]


Enam kali disebut dlm surah Al-Qamar yg bermaksud "Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?"


Hargailah setiap waktu yang ada sepanjang kita berada di sini,,timba sebanyak uang bileh ilmu utk kita sama2 bantu saudara kita yg terpedaya dgn fitnah dunia..QUM FAANZIR


Seterusnya dkt Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan ********(PPKK*) ana dpt rasakn ukhuwwah mereka sangat2 rapat walaupn klau tngok dri segi zahirnya diorng punye gurauan sgt kasar namun ada maksud yang tersirat...


Berdasarkan pengalaman gerak kerja urk program ni xde pape sgt,,mcm biase je..tpi ana tabik springggg dkt unit multimedia sbb diorng sanggup tidur lewat smpai 3@4 pagi utk memastikan program berjaya...tpi ana lgi teruja bila kita sanggup berjaga sampai lewat malam @ pagi utk Al-Quran...ana teringat pesanan daripada Ust Adam "Apa yang saya tengok kebiasaannya pabila seseorang diberi tanggungjawab untuk menggendalikan sesuatu program, ianya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat yang terbaik demi tanggungjawab, kesana-kemari, turun-naik, tidur xcukup, habis masa dan tenaga, xpe kerana nak memastikan program berjaya n terlepas tanggungjawab, macamana pula tanggungjawab terhadap al-Quran? Sanggupkah berjaga malam untuknya?"
#duniasementaraakhiratkekalabadi


Lastly sblom ana stop memenuhkan page dlm blog ni ana nk bagithu yg orang yang bercakap di hadapan dgn lantang dn yang menulis sesuatu untuk memberi peringatan akan diuji oleh Allah dgn setiap perkataan yang keluar dari mulutnya dan tangan yg sedang menaip ini...ape yang ana luahkan dkt sni utk memberi peringatan kepada ana terutamanya dan antum antunna semua..
Harapan ana agar kita semua tidak dikaburi dengan kenikmatan dunia yang hanya sementara..


***


#Catatan_Keempat

Apa ek nk ckp...hmm okay first skali first impression sblm smpi. Mmg x tau nk expect apa. Agak takutlah jgk mula2 sbb katanya dorg ni bdk bermasalah. Aduh, nk jmpe bdk2 ala-ala juvana or henry gurney plk ke ni? Scarynya. Tp sbnrnya kesian jgk kat dorg ni sbb ada yg anak luar nikah,kne tinggal dpn pintu msjd time baby, masalah family,etc.


Awal2 prog tu dh nmpk dh yg dorg ni dilatih utk berdisiplin semua...punctual sgt, kita xsempat hbes setup tmpt dorg dh smpi. Pastu nmpk ada mcm dua group besar. Satu yg senior2, lg satu adik2 yg still immatured & happy go lucky gitu. Yg geng senior awal2 bajet2 mcm malas nk respon lah, lg2 time nk bwt cheers. Yg bdk2 kecik mmg bg respon yg baik dpd awal as expected.


But starting game tepung yg sgt havoc tu, bru semua tnjkkan perangai masing2. Yg senior2 start participate dlm aktiviti dgn bsemangat. Sronok tgk dorg happy sgt main "betul ke bohong" and guna tepung sbg denda. Mmg havoc gila dorg main, habis satu dewan penuh tepung,in fact, fasi pun hbes kne tepung kat baju, rambut..haha first time tgk org main tepung smgt sgt ceni..smpi lps tu kd2 &fasi2 kne sapu & mop balik dewan tu..hmm so klu kita nk dekati or trik interest org, knelah pndi guna cara yg dpt trik minat org, tahu apa yg dorg suka, dan berkorban sketlah. Kot. Hah lg satu b4 start game tepung tu. Cg dorg kata bdk2 ni klu dgr ada dpt mknn free even klu gula2 pon dorg dh happy sgt. Terkedu dgr. Dorg sgt appreciate semua bnda yg dpt even gula2 yg kecik tu pun. Hmm kita ni. Klu stakat bg gula2?mmg x pndg lah.


Okay. Apa lg highlights. Klu nk cite sume mmg pnjg sgt lah. Time persembhn dorg. Dorg kne blakon & nynyi. Apa msg or info tsirat yg dpt drpd aktiviti tu is first, dorg mmg slalu kne denda atas kesalahan dorg. Kesian. Mcm agak tkongkong tp maybe cmtu je cra nk disiplinkn dorg. Second, dorg ni mcm kurg pengetahuan basic agama. Contoh mcm bacaan solat dorg..boleh dgr tajwd mcm hmm..etc. rasa mcm rugi sgt. Sbnrnya klu dorg diajar psl agama betul2 mesti pandai. Dorg sbnrnya nk je tahu lg dlm pasal agama cuma ntahlah.katanya ustaz pun ada satu je kat situ. Nak ajar 85 pljr islam. Mmg cukuplah kann..


Third, dorg bkawan mmg rapatlah. Time kump lain bwt persembhn, ada sorg bdk laki drpd kump lain yg tlg mainkn gitar as bg music dorg. Nmpk x ukhuwah dorg kat situ? Bagus kan. Padahal term ukhuwah tu pun sgt asing bg dorg. Okay so lastly dpt iv sorg pelatih ni. Dia kata habis tempoh dia ddk kat tmpt latihan ni dia akn fly ke hong kong. Wau...terer jgk bdk ni. Kita yg lpsn spm ni nk dpt scholar jpa or mara pun kne iv lah bdebat lah sgla bgai and compete. Tp dia ni dpt gi HK. Mmg rezeki Allah ada kat  mana2. And jgn pndg rndh kat org.


Sempat tnya dia. Okay ke ddk sini? Jawapan dia "hmm bolehlah xde lah nk kata seronok sgt tu x lah. Tp baguslah sbb environment kat sini tjaga semua kan. So xdelah kita nk bwt bnda merepek2 blik.haha. "nmpk x sbnrnya dorg nak jd baik. Asalkn ada org nk tolong guide n bg semangat..insyaAllah dorg boleh berubah...okaylah rasanya dh pnjg lebar ni. Akhir kata sbnrnya klu nk express apa yg dpt melalui kata2 mmg x dpt nk bwt lah. Kne dtg sendiri & jumpa dorg bru tahu. Harapnya kita x abaikan golongan ceni and klu boleh  nk jmpe dorg lagi.


***


#Catatan_Kelima


Aku cuba untuk ringkaskan pengalaman aku ya. Sebab aku rasa yang lain mesti dah tulis panjang lebar dah. Pertama ingin disentuh, pengalaman bergerak kerja di luar IQRAC. Selama ni kita cuma terkongkong dalam berprogram dan gerak kerja antara kita je kan,tapi Alhamdulillah melalui program ni, aku mula dapat beberapa kenalan daripada UNIQUE,LAQSUS dan RIMTAZ.


Dan kalau selama ni, terbiasa dengan gerak kerja yang sentiasa banyak meeting, dan meeting yang berperingkat-peringkat, kali ini ada macam kejutan budaya sikit. Sebab cuma ada meeting sekali je untuk briefing, then suddenly seminggu sebelum program penyelaras tanya camane persediaan terakhir. Terkejut sangat nak jawab masa tu. And dua hari sebelum program ada meeting final touch. Terkejut sebab masa meeting tu baru banyak kerja ditimbunkan kepada unit aku. Ok tu je komen pasal gerak kerja. Tergantung ke? Memang saja nak bagi tergantung pun.


Aku lagi berminat nak cerita pengalaman hari kejadian. Sorry lah kalau cerita aku ni panjang sikit. Aku memang request nak kisah aku ni diletakkan kat part akhir sekali. Kalau letak awal-awal nanti menyampah pulak orang nak baca panjang-panjang. Tapi kalau siapa yang berminat nak merasai pengalaman hari kejadian dari sudut pandangan aku, boleh teruskan membaca.


Sepatutnya bergerak dari DQ pukul 6.30 pagi. Tapi memanglah 6.30 tu sangat awal jugak. So sepatutnya unit-unit yang core ni dah gerak keluar pukul 6.30. Tapi 6.30 tu aku tengok van tu dah ada kat parking masjid tu,mereka yang patut pergi tu tak ada lagi. Aku rasa memang masalah orang kita ni tak reti hormat masa lah. At last,pukul 6.40 ada lah wakil setiap seorang daripada unit-unit core(modul,programmer,multimedia). So 6.45 bermulalah perjalanan kami ke sana.


Nak ke destinasi tu ambil masa  lebih setengah jam. Dengan lapar lagi time tu. Tak sempat nak breakfast. Sampai kat sana,sepatutnya mula setting dewan,mikrofon projektor semua tu. Tapi malang sekali orang tempat tu yang sepatutnya bertugas menguruskan semua itu tiada di tempat kejadian. Maka kami cuma boleh susun dewan,then mengulanglah di sana. Dapat feel sikit mengulang kat tempat orang.


Dalam jadual,sepatutnya program bermula pukul 8. Tapi masalahnya pukul 8 tu ramai lagi AJK yang belum sampai. So kat situ dah sekali lagi delay masa. Tapi satu benda yang aku nak respect lah. Budak-budak kat sana datang tepat on time. Memang berdisiplin lah. So disebabkan budak-budak dah sampai,kami kene jugak mulakan dengan AJK dan fasilitator yang ada.


Mula dengan programmer yang menguruskan program. Programmer kene buat ice breaking antara fasilitator dan para peserta. So programmer nak buat ice breaking dengan cara main game. Ada tiga game. Game yang menyakitkan kaki jugak sebenarnya. Tapi ice breaking tu kira menjadi bila masuk game ketiga. Budak-budak ni kene berlari. Memang semangatlah diorang ni berlari keliling dewan. Dan fasi kene lari sekali. Aku yang dah sakit kaki pun kene lari jugak. Dan kesian kat ahli group aku,tengah-tengah lari tu dia boleh jatuh pulak.


Pernah dngar tak orang mati kene pijak masa haji? Aku rasa macam tu lah keadaan adik kumpulan aku tu. Dah lah badan dia kecik je. Tengah orang semangat lari lah dia jatuh. Aku pun sebagai abang yang bertanggungjawab dan penyayang teruslah bergegas melindungi dia daripada dipijak. Selamat adik aku yang sorang ni.


Then ada sesi nyanyi lagu tema. Part ni aku masalah sikit. Dan aku rasa kat sini memang salah aku lah. Sebab aku ni memang jenis tak berapa suka main game,tengok tv dan movie,mahupun dengar lagu...hidup banyak baca buku je...so bila kene nyanyi lagu tema,aku macam terpinga-pinga sikit. Aku rasa masa tu,sebagai seorang dai,aku ada kekurangan ketara lah.Sebab aku tak ambil langkah supaya boleh masuk dengan mad'u aku. Padahal dah dimaklumkan awal-awal dah apakah lagu tema nya.


Lepas sesi lagu tema tu,ada dengar talk daripada Presiden KEFDA.Abang ni memang aku respect lah. Orang banyak pengalaman bergaul dengan orang. Tak bergaul dalam satu kelompok je. Kelompok agama je macam kita sekarang. Dia bergaul dengan macam macam jenis orang. So dia punya talk tu memang pandai lah nak tarik budak-budak kat sana. Sebab budak-budak ni dari kalangan yang agak terpinggir dari masyarakat. Paling aku respect,dia dapat tarik budak yang bash program kitorang ni daripada saat mula tu,jadi antara budak paling berat nak lepaskan kitorang petang nanti.


Lepas talk tu,sesi bersama unit modul pulak. Memang havoc lah modul. Slot pertama diorang,diorang nak main tiga game.Game yang menerapkan konsep ukhuwah. Taaruf,taawun...dan...aku tak ingat lah yang ketiga. Tafahum rasanya. Untuk taaruf,game dia kene cari gula gula dalam tepung menggunakan sudu. Dan memang mereka sangat sukakan gula-gula. Sedih aku tengok. So bila dah jumpa gula-gula,dia kene taarufkan member dia dekat aku. Memang secara jujur boleh nampaklah diorang ni sebenarnya erat sangat hubungan. Dia boleh cerita pasal member dia on the spot time tu jugak.

Game kedua,kene taawun. Tolong menolong atau kerjasama rasanya. Game dia,kene buat lubang kat kertas mahjong pastu angkat ahli kumpulan melepasi kertas mahjong tu dan kaki tidak menyentuh tanah. Masa tu memang boleh nampak siapa yang bertindak macam abang,siapa adik. Adik tolong abang,abang tolong adik. Memang aku terharu lah tengok ukhuwah diorang. Walaupun bukan darah daging,tapi memang macam family. Tolong menolong. Dan mungkin tak salah kalau aku cakap,ukhuwah diorang lagi rapat dari ukhuwah kita dengan member kita. Aku tak tahu lah betul tak term ukhuwah yang aku guna kat sini. Sebab ada orang ajar aku yang ukhuwah tu bila kita amar makruf nahi mungkar dengan saudara kita. Kalau tak amar makruf nahi mungkar belum masuk tahap ukhuwah lagi.  Tapi tu terpulanglah pada korang. Yang aku nak highlight kat sini,brotherhood diorang memang mantap.


Bila nak bercerita pasal game ketiga,memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Betul ke bohong. Hukuman kerusi elektrik digantikan dengan calit tepung kat muka. Aku tak tengok pun cerita betul ke bohong tu. Tapi masa taklimat fasilitator tu aku dapat lah gambaran awal game tu camane. Tapi malang sekali bila kat sana,game tu jadi lebib dahsyat dari gambaran aku. Aku baru tahu masa tu,selain daripada gula-gula,mereka sangat menyukai tepung. Sedangkan sepatutnya kene calit je tepung tu dekat muka kawan. Dorang baling terus segenggam tepung kat member. Aku pulak tengah pegang bekas tepung. So kene lah mengelak-mengelak dari diorang nak ambik tepung banyak banyak. Tapi diorang ni pandai pujuk. Aku pulak lembut hati. Sebab aku ada ramai adik kan,so aku pun takde lah keras keras sangat. 


Last-last bila aku bagi tepung tu,jadi perang tepung dalam kumpulan aku. Bila satu kumpulan dah seronok perang tepung,kumpulan lain pun follow. Maka berterbanganlah tepung di dalam dewan tersebut. Dan kami para fasilitator yang memang berada dalam kumpulan pun bermandi tepung lah. Vest KEFDA yang aku pakai,dari hitam jadi putih. Game sepatutnya 30 minit,jadi 15 minit je sebab kekecohan yang berlaku. Tapi sebenarnya seronok je. Kita pulak dah selalu nak jadi matang kan. Sekali sekala jadi budak budak main baling baling tepung tu,release tension jugak sebenarnya.


Dan yang paling bagusnya,lepas habis je perang tepung tu,diorang boleh pergi ambil penyapu,mop, tolong sama sama sapu dan mop lantai. Tanggungjawab tu ada dalam diri. Respect woo. Diorang ni tak belajar tinggi macam kita pun,tapi ada common sense. Lepas kemas kemas dewan bersama-sama,kami pun makan dan solat zohor bersama sama. Masa ni lagi best. Budak yang awal-awal program tadi cakap sesuatu yang tak baik pasal program kitorang,masa solat jadi bilal woo.Memang dapat tangkap hati dia dengan program ni.


Selepas itu,bermulalah slot kedua unit modul. Lakonan. Aduh. Aku dan ahli kumpulan mengantuk jugak masa tu. Sebagai fasi yang memahami,aku faham perasaan mereka.Lakonan ni pasal nilai nilai sebenarnya. Kumpulan aku punya tajuk,vandalisme. Yang adik-adik aku persembahkan....gangsterisme 80%+ vandalisme 20% ...hahahaha...aku rasa dorang ni banyak sangat terpengaruh cerita cerita lah...sebab tu idea gangster je yang terlintas...tapi apapun...kesungguhan mereka buat persembahan tu...memang respect...diorang ada keyakinan diri...cuma perlu digilap lagi...


Dan seterusnya...penyampaian hadiah...then...ambil gambar...salam salam peluk peluk selfie selfie wefie wefie...habis lah program..tamat..(adik adik setia menemani kami sampai maghrib walaupun program dah tamat lepas asar...terharu tau!)


Okayy sekarang aku nak masuk part refleksi sikit...first aku nak cakap...masa cikgu diorang cerita pasal background certain pelajar tu...memang rasa macam....wooo,this kind of parent pun ada kat dunia ke?....ada manusia zalim macam ni ke?...buang anak sebab anak lembap je?...dera anak saja-saja?.....what!!???budak ni punya jalur keturunan memang gangster-gangster,ayahanda-ayahanda sume???main dengan senjata dari kecik?!.....memang macam macam lah rasa hati nak digambarkan masa tu....memang aku bersyukur diberikan peluang join program ni....dapat bukak mata aku dengan lebih luas....pasal umat yang sangat rosak...dan pendakwah macam kita kat mana?hanyut nak jaga diri dan keluarga sendiri...bercakap atas pentas pasal jemaah tarbiyah haraki semua(yang paling sakit dengan yang sibuk cakap pasal cinta islamik)....tapi tak terjun pun masuk realiti kehidupan...malu weyh.


Aku nak cakap...jangan take things for granted lah...parents kita,family kita...memang ramai lah yang berharap nak ada apa yang kita ada....tapi kita buat apa?sibuk mintak macam-macam dengan Tuhan tanpa pernah mensyukuri nikmat yang kita ada..


Last but not least,aku mintak maaf kalau apa aku tulis ni tak difahami dan tak masuk hati korang...tapi aku nak highlight...terjunlah masuk realiti,kita ada lagi banyak benda nak belajar daripada diorang daripada apa yang kita mampu nak ajar kat diorang...janganlah selesa sangat duduk dalam kelompok kita je...ummat ni perlu diselamatkan...


And if you die tomorrow,and Allah asked you what is your contributions for the ummah,what can you answer?Do what you can do today,coz nobody can promise there will be tomorrow for you.


***


Begitulah pengalaman sahabat sahabat kita yang dapat dikongsikan. Ada ibrah atau tak? Renung-renungkan.

“Others are willing to die to have the things that we take for granted. Appreciate your parents and your family.”


Kita Hamalatul Quran?

Al-Quran berwarna pelangi itu diambilnya. Dibuka dan dibelek-beleknya , mencari muka surat yang terhenti bacaannya sebentar tadi.

Tiba-tiba , ada sesuatu yang menarik perhatiannya.

Surah Fathir ayat 32.

Teringat dia pada perbualannya dengan seorang sahbatnya yang amat dicintainya kerana Dia.

********

Di suatu petang , hujan renyai-renyai , berangin gituh terlihat dua orang sahabat sedang duduk di satu waqaf sedang menikmati pemandangan indah tasik Dq.

" Afif , aku rasa macam bersyukur sangat Allah campak aku kat sini. Rasa bersyukur sangat sangat"

Dengan penuh perasaan Haliim meluahkan perasaannya kepada Afif.
Afif hanya tersenyum melihatnya , membenarkannya di dalam hati.

" Iyalah , aku dulu jahil gila kut. Gila punya nakal. Benda jahat apa je yang tak pernah aku buat. Semuanya aku dah buat Fif "

Sekali lagi Afif hanya tersenyum melihat Haliim ,  mendengar dengan penuh sabar. Kenal benar dia dengan sahabat karibnya itu. Manakan tidak , dari sekolah menengah bersama-sama , segala baik buruk Haliim diketahuinya.

" Aku bersyukur sangat Allah selamatkan aku melalui Furqan " , Al-Quran berwarna biru itu diberinya nama Furqan , hadiah pemberian ayah pada hari jadinya yang ke-13 , didakapnya dan diciumnya dengan penuh cinta.

" Aku rasa tanpa Furqan , agaknya aku jadi apalah sekarang "

" Allah buka hati aku untuk hafal Quran bahkan Dia permudahkan lagi untuk aku. Dan , Dia hantar kau untuk kuatkan aku. Siapa sangka sekarang kita sudah bergelar Hamalatul Quran "

Afif sekadar tersenyum melihat Haliim , terharu mendengar kata-kata sahabatnya itu.

" Tetapi , ada satu benda aku sedih sangat sebenarnya Fif "

Wajah Haliim yang ceria sebentar tadi berubah serta merta. Afif mula kehairanan , " kenapa ? " akhirnya Afif bersuara.

" Iyalah , kita kat sini semua hamalatul quran tapi aku rasa tu semua macam gelaran je tau "

" Maksud kau ? "

" Iyalah, cuba tengok waktu Subuh dekat masjid , selalunya ada dua tiga saf je , yang tu pun dua saf masbuk "

" Qiam tak payah cakap la. Rasa macam boleh kira dengan jari je. Semua selalu bangun waktu azan subuh kut "

Afif terkedu namun turut membenarkannya di dalam hati.

" Aku tak cakap pasal siapa-siapa. Aku cakap pasal diri aku lah.  Aku ni macam hafal je tapi dari segi amal dan penghayatan hancuss "

Afif tertunduk apabila kata-kata itu terpacul dari mulut Haliim , zaap menusuk hatinya yang paling dalam. Aduh ! Sakit rasanya.

" Kadang-kadang bila aku duduk sorang-sorang muhasabah diri aku rasa betapa hinanya aku dan betapa tak layaknya aku untuk berada di sini. Yalah , hati ni pun tak pandai nak jaga. Mudah sangat untuk rasa suka kepada berlainan jantina. Aghhhh. Hinanya aku Fif. Hati sendiri pun tak mampu nak jaga "

Afif menepuk-menepuk perlahan belakang Haliim , memahami setiap bait kata-kata Haliim kerana dirasakan dia juga begitu.

Bahu Haliim terhinjut-terhinjut , terdengar esakan tangisan darinya.

Dalam sendunya itu dia membacakan ayat itu kepada Afif.

Surah Fathir ayat 32.

" Aku rasa aku-lah yang Allah maksudkan menzalimi diri sendiri itu. Aku takut Fif , andai aku dilaknat Al-Quran di akhirat nanti. Aku takut Fif "

Bahunya terhinjut-hinjut lagi.

" Haliim , " Afif menarik nafas sedalam-dalamnya berusaha menyusun kata untuk menenangkan sahabatnya yang amat dicintainya itu.

" aku faham perasaan kau Haliim . Faham sangat tapi itulah ujian-ujian untuk kita sebagai hamalatul Quran. Hati , perasaan , nafsu dan syaitan. Itu semua adalah ujian untuk kita Liim. Malah , syaitan yang dihantar kepada kita bukan bertaraf tentera Liim , tetapi jeneral syaitan. Peperangan ini dengan diri kita hakikatnya peperangan kita melawan syaitan dan hawa nafsu  kita"

Senyap sahaja daripada Haliim barangkali sedang memberi fokus kepada kata-kata Afif pula.

" Tapi Haliim , kita tak boleh kalah dalam peperangan ini Liim. Kita kena usaha sehabis mungkin. Ya ,aku tak nafikan memang susah. Memang susah untuk melawan diri , menjadi hamalatul Quran yang sebenar-benarnya tetapi kita kena terus berusaha ke arah itu. Kita mungkin sampai bila-bila takkan mampu untuk menjadi sempurna tapi kita kena sentiasa berusaha untuk mencapai sempurna itu. Allah tengok usaha Haliim. Allah cuma nak kita lebih dekat dengan Dia , Liim.. "

Haliim sepertinya sudah mulai tenang , reda sudah tangisannya sebentar tadi.

" Kita sama-sam eh Haliim. Kita sama-sama usaha. Kalau kau salah aku tegur , kalau aku salah kau kena tegur aku. Okay ? "

Afif melihat wajah sahabatnya mulai tersenyum.

Haliim mengesat air matanya lalu menghulur tangannya kepada Afif ,
"sahabat sampai syurga Afif? "

Disambutnya tangan Haliim dan digenggamnya dengan penuh erat sambil tersenyum ,
"sampai syurga Liim " .

*******

Tanpa sedar air mata nya jatuh mengalir di pipi.

" Afif " , tiba-tiba dirasanya ada tangan yang menepuknya dari belakang.

"Kau ni dah kenapa nangis tiba-tiba nihhh "

Diangkat mukanya melihat pemilik tangan yang menepuknya itu , " oh , Haliim "


" Haha. Tak de apa lah. Eh , tolong tebuk aku please. Lama dah kau tak tebuk aku kan "

" Aceceh. Masyi ah kawan aku ni "

" hehe. Mana ada , kau lagi masyi "

" Elehh kau nihh "

*********

Begitulah cerita mereka :")

The End.