Cerpen: Doktor



Namanya ialah Hadzril Amsyar bin Asyraf. Seorang doktor pakar. Beliau juga telah menghafal seluruh al-Quran.

Beliau hidup tanpa rehat kerana tugasannya sebagai doktor yang sangat banyak. Pada awalnya, beliau tidak menyukai suasana ini dan merungut di depan ibunya.

Pada suatu malam yang hening, ketika duduk di tepi bangku panjang tempat yang menjadi kebiasaan beliau berehat, ibunya datang dan berkata, "Wahai Amsyar, doktorlah kerja yang paling untung di dunia sebab sepanjang waktu kerjanya merawat orang sakit, dia sebenarnya berada dalam kebun syurga dan dalam sehari ada 140 000 malaikat mendoakannya. Bayangkan. Untung dan lumayannya. Jadilah orang yang paling beruntung, nak. Buatlah sesuatu kerja ikhlas kerana Allah. Bukan semata-mata untuk mendapat gaji yang lumayan dan nama, nak. In shaa Allah, Allah akan bantu Amsyar jika Amsyar ikhlas kerana-Nya. Beruntung di dunia dan di akhirat. Jadilah doktor muslim yang cemerlang dan berjiwa al-Quran ya?"

Itulah kata-kata ibu Amsyar pada malam tersebut yang membuatkan beliau nekad untuk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dalam tugas ini. Itulah juga jawapan bagi semua soalan, "mengapa jadi doktor?" yang sering menjadi persoalan orang ramai. Sejak itu, segala kerja Amsyar dipermudahkan dengan izin Allah atas kesungguhan dan keikhlasannya.

Biar apa pun kerjaya, tidak kira apa, jika halal sumbernya dan al-Quran jiwanya, in shaa Allah itulah kerja yang terbaik untuk kita. Kerjaya yang mampu dijadikan landasan ke syurga.

Sabda Rasulullah SAW, "Sesiapa yang menziarahi saudara seislamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam 'kharfah' sehinggalah dia pulang."

Baginda kemudian ditanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan 'kharfah' itu?" Rasulullah SAW bersabda: "iaitu kebun syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)."
(Hadis riwayat Muslim)

Itu baru yang menziarahi, bayangkan bagaimana pula yang merawati?
Allah lebih mengetahui.

Karya,
M. HAZIQ (Gen17)



EmoticonEmoticon