Pantun 4 Kerat

Pantun 4 kerat



Tertulis kalam di atas kertas
Begitu puitis indahnya bahasa
Jikalau kita bersifat ikhlas
Amalan dilakukan diberkati sentiasa


Pergi ke kedai membeli bedak
Bedak tertumpah termasuk mata
Apa guna sombong dan riyak
Rosak hati badan binasa


Melompat riang si anak kecil
Kancil terjerat helah sendiri
Sabar dan ikhlas membuah hasil
Hasil dikutip di akhirat nanti


Kalau perahu tuan tenggelam
Ketawa saya terbahak-bahak
Rosaknya madu kerana jadam
Rosaknya iman kerana riyak


Kelapa muda rumah Pak Samat
Mati makan di bulan puasa
Badan muda biarlah beringat
Sementara belum rosak binasa.



Oleh: Umar Al-Faruq bin Masri


EmoticonEmoticon