Warkah: Daripada Gen 16, Ke hadapan Gen 17 [Ep 3]




..........
Ke hadapan Gen 17, yang disegani lagi dicintai meskipun baru sahaja dikenali. Terima kasih, kerana sudi hadir dalam hidup ini sebagai sahabat, teman, mahupun kenalan baru. Kehadiran kalian amat aku hargai. Kendatipun perkenalan ini masih tak wajar untuk dikatakan perkenalan yang lama, namun hukum kehidupan ‘setiap yang bertemu akan berpisah’ itu tetap menjadi sebuah hukum yang lumrah dan fitrahnya pasti terjadi. Tidak akan pernah aku nafikan rasa sebak mahupun kecewa nan terbit dalam atma andai terjadinya perpisahan ini sekalipun kita hanya diikat dengan tali perkenalan yang tak berapa nak akrab nya pun lah hai. Namun, aku percaya semua ini mempunyai hikmah. Eleh, lagipun aku ni bape bulan je pun kat DQ ni. Kita memang takkan pernah bersama selama-lamanya dik non oi. Kalau korang tak pergi tinggalkan aku, aku yang akan pergi tinggalkan korang nanti bila sem ni dah habis. (Suddenly tukar jadi bahasa pasar) haha.

Cuma, kehidupan di Darul Quran ini satu anugerah daripada Tuhan yang Maha Esa. Maha Suci Tuhan, sesungguhnya Dialah yang telah memilih aku dan kalian semua untuk menikmati hidup di sini. Korang tak nak stay ke? Jujur, aku pernah rasa tak nak stay doo. Berapa juta kali entah aku meroyan waktu sem 1 dan sem 2 , nak masuk f6 lah kolej swasta lah nak balik endon belajar kat sana lah, tapi, sampai sem 3 aku kat sini lagi. Sebab apa? Sebab Allah tak izinkan aku keluar.
1. Tatkala Dia bagi petunjuk dan klu yang mengatakan kau boleh lakukannya, kenapa kau still kata kau tak boleh?
2. Bila klu tu jelas indicate yang tempat kau kat sini, sini lah yang terbaik untuk kau, kenapa kau nak lari?
Ini saringan yang dahsyat, lebih mendebarkan daripada elemen penyingkiran reality tv akedemi fantasia, mentor mahupun kejadah maharaja lawak mega. Saringan ini menentukan kelak kau seorang hamalah quran ataupun tidak. Saringan ini bermula sejak kita start hafal Quran sampai kita mati nanti. Kalau kau tak disingkirkan sebab kau tak nak stay, mungkin kau disingkirkan waktu kat UIA nanti, bila mana kau bongkak dengan kehidupan duniawi dan berpaling tadah daripada Quran. Tak pun nanti waktu dah kerja kau terlalu sibuk kejar harta benda wanita, pangkat, keturunan segala jadah sampai tak kenal Quran tu apa. Tak pun, apa-apa yang lebih dahsyat dan dramatik yang terpacul dari benak fikiran dan akal waras korang semua. Nauzubillahiminzalik.

Aku bersyukur, sebab nikmat bersama Quran ni masih dan masih lagi dikurniakan kepada aku. Meskipun sejuta kali diri ini memaki hamun dirinya sendiri dengan mengatakan ‘Kau tak layak sehh, perangai dah lah macam syaithon’, hati kecil yang luhur ini masih membisik ‘Segala puji bagi Allah yang memberi aku peluang untuk mengubah diri’. Sejujurnya, aku lebih takut nikmat ini ditarik disebabkan terlalu mengejar kenikmatan duniawi. Azab Tuhan yang pedih tak terhingga itu disediakan buat golongan yang kufur. Tidakkah kalian mengerti?

Berjuta kali ku ucapkan ‘aku mengerti’ melalui bibir. Tapi kelihatannya, aku masih keliru dan dikelirukan oleh nafsu dan syaitan. Sesungguhnya aku belum kuat. Dan aku mengambil kesempatan dan masa setahun setengah ini untuk mencari kekuatan itu.

Sebab itu aku stay.
Kot.
Daripada : Hanno


……….

Bismillahirrahmanirrahim.



Aku tulis warkah ini dgn cinta.

Cinta yg sebenar benar cinta , cinta yg membuatkn aku ingin bercerita. Cerita aku utk korang semua.

Agar korg pun akan bercerita untuk org2 kita ditahun seterusnya  .



*Sorry ayat pendahuluan mcm geli..  terpaksa bukak lagu untuk ambik feel. Malangnya,  terlebih feel *



Saat aku kat sekolah dulu , byk pencapaian aku dapat . Benda Dunia menjadi kemegahan , setiap kejayaan pasti aku akan cerita pada umi aku . Umi akan senyum . Usap kepala , "tahniah anak umi 😊"

Aku bangga. Aku suka,  aku suka umi bangga dgn aku. 



Saat aku masuk DQ, jejak je kaki ke dewan utk pendaftaran , aku perhati riak wajah umi.

... ada sesuatu . Yg aku tak pernah nampak. Barangkali dek kerana cahaya lampu dewan. Lantas aku abaikan.



Hampir selesai majlis pendaftaran , makin jelas apa yg aku nampak. Kali ni, aku cuba perhati wajah umi dan ayah org lain... sama.



Mcm mne boleh sama ?? Ohh mmg muka tak sama  tapi pada wajah mereka riak yg sama.  Ada cinta. Ada terselit harapan. Ada kebanggaan . Ada berputik kebahagiaan . Semua tu ada pada wajah hampir semua ibu bapa.



Saat itu aku sedar. Sinar di wajah mereka , itu bangga yang sebenarnya. Itu yg umi aku harapkan selama ini.  Dan aku mula faham,  bukan umi aku saja, semua umi di dunia ,  mereka semua mahu anak2 bawa mereka ke Syurga. Bawa satu keluarga ke Syurga. Berjumpa dgn Si Pencipta .  Becinta dgn si Pemberi Cinta.  Itulah Bahagia yg sebenarnya.



Di saat itu, aku mula berazam .Ini jalannya . Ini caranya .  Aku mahu umi bahagia. Aku takkan berhenti. Aku takkan lari. Aku takkan tinggalkan jalan ni. Jalan yg pasti datang dari Ilahi.



Cerita aku di Darul Quran hampir mati . Akan aku hidupkan semula cerita di luar,  dunia yg lebih mecabar . Tapi sebelum aku berangkat pergi, besar harapan utk aku sematkan. Sematkan cinta korg pada Darul Quran. Cinta korg pada Al Quran. Cinta pada Pencipta Al Quran.



Daripada: roy



……….

Ke hadapan adik2ku, aku sayang padamu...



tuntutlah ilmu kerana Allah

sesungguhnye berukhuwah dgn sahabat atas dasar Al quran lebih manis dr engkau bercinta dgn wanita yg belum tentu jadi milikmu..

boleh jadi wanita itu menjadi sebab hubungan engkau dgn Allah terganggu

jage lah hati

sesungguhnya Allah lah yg memegang hati2 ini

jika engkau jatuh cinta...maka bercintalah pd seseorang yg melabuhkan cintanya pd Allah..agar bertambah kekuatanmu utk mencintai Allah

Daripada: chess lover



……….

assalamualaikum, adik-adik kalau betul-betul sayang kitorg sem 3 jangan keluar dq

Daripada: sunshine



……….

Ke hadapan Gen 17



Ana ni bukan siapa-siapa untuk memberi nasihat kepada enta semua yang bagi saya amat hebat. Saya hanya nak beritahu enta semua dalam hidup bersama kamu bangun sama sama , bangkit sama sama. Dalam sebuah perjuangan , tergamakkah anda meninggalkan rakan seperjuangan yang lain, adakah dia yang terpesong atau anda yang tidak peka, siapakah yang wajar dipersalahkan? Ana ni lagi la cakap tak serupa bikin, mampu cakap je, tapi adakah nak tunggu sampai perfect baru nak menegur , betul? Apa pun ana mendoakan enta semua teruskan menuntut ilmu di sini , banyak lagi cabaran yang harus kamu semua lalui . Jika kamu hidup tenang , kamu tidak normal. Maka, berjuanglah untuk ummah, bersama.

Daripada: Rice_cooker

……….



"Ke hadapan Gen 17, abang harap kamu semua dapat kekal dan teruskan perjuangan dalam menjadi seorang hamalatul Quran yang akan mengemudi umat masyarakat dalam menggapai keredhaan Allah."



Yang Ikhlas,

Daripada: Hadzril Asyraf


……….

Ke hadapan Gen 17

Saya bukanlah sebenar-benar insan yang layak untuk bagi nasihat cuma sebagai seorang senior saya rasa perlu untuk saya sampaikan sesuatu yang saya sudah belajar sepanjang di bumi qurra' ini.Buat adik-adik yang sudah menghafal janganlah senang-senang sahaja membuang peluang yang Allah bagi kepada korang untuk mengukuhkan hafalan korang seperti mana ayat yang Allah selalu ulang dalam surah ar-rahman.Buat adik-adik yang baru menghafal tidak kiralah yang Allah bagi mudah untuk menghafal atau tidak jangan mudah leka atau putus asa kerana korang adalah bakal penjaga kalam Allah.Allah ada berfirman dalam surah al-hijr bahawa Dia benar-benar akan menjaga Quran dan antara wasilah untuk menjaga Quran ialah melalui hafalan.Jadi jangan korang mensiakan peluang yang sudah diberi.

(😈)

Daripada: #selimuthati



……….

Ke hadapan gen 17, bertakwalah kepada Allah.. berpegang teguhlah alquran dan sunnah rasulullah. Jauhilah diri dari bida'ah.

Daripada: HambaAllah



……….

" Without Allah on your side , you can do nothing , but with Allah on your side , there is nothing you can't do " Percaya dengan janji2 allah, bersyukur dengan nikmat2 allah , kalau tak kerana Dia belum tentu kita berada di kedudukan sekarang.

Daripada: Mrt



……….

Ke hadapan Gen 17,

Korg kne ingat, hafaz quran is not something about desire shj, dye kne ade commitment yg tggi jgak. Klu korg jge commitment ngn quran, korg akn rse berat sngt nk tgglkan dq...

Daripada: Bunny



……….

Ke hadapan Gen 17, ketahuilah bahawa, kehidupan di dunia hanya sementara walhal kehidupan akhirat adalah kehidupan yang hakiki dan abadi. Oleh itu, untuk meraih kediaman yang selesa di akhirat kelak, bekal yg mencukupi amat diperlukan. Darul Quran merupakan tempat yg sgt sesuai utk kita mengumpul seberapa banyak pahala serta amal kebaikan demi membeli Syurga Allah yg sering diidamkan oleh sekalian umat Rasulullah SAW. Abang harap, adik-adik dapat istiqamah dalam menghafal serta menghayati isi kandungan Al Quran di Darul Quran ini. Segala tawaran serta gangguan berbentuk duniawi harus diketepikan demi maslahat kita pada masa akan datang. Akhir kata, maaf atas segala salah bicara. Ilalliqa'.

Daripada: YuNa.       



……….

Ke hadapan gen 17

Everyone has stories to tell.



Sebahagian kisah itu gembira.

Manisnya berkeluarga

Kemesraan berukhuwah

Kejayaan yang sementara

Kejayaan yang haqiqi.

Moga terpahat senyuman, tiap kali terkenang.



While some of it saddens.

Fail, loss, misery.

Try to move on.

Easy to say, hard to explain, harder to do.



Pesan Ulama: perkara yang paling jauh dgn kita adalah perkara yg telah berlalu, kerana tiada kenderaan yg mampu bawa kita ke sana, dan perkara paling dkt dgn kita adalah mati, kerana mati itu pasti.



Everything happens for a reason. You are lucky enough to be different, so why change?

Daripada: Heisenberg.



……….

Ke hadapan gen 17,

Ketahuilah bahawa, pilihan Allah itu semestinya adalah yg maha tepat.

Jgnlah dikau menyalahkan takdir hanya kerana kau sakit berada di sini.

Jgnlah dikau mengatakan sesungguhnya aq lebih tahu bahawa aq tidak layak untuk ini dan futur(putus asa) sambil megambil  tindakan yg  engkau rasa bijak, kau  pun keluar, akhirnya menyesal x kepalang. Engkau rasa, "aq bkn nak hafal pon dri kecik. Aq nk pergi sambung  overseas, baru gempak!". Gen 17 sekalian, Allah pesan,

"وما الحياة الدنيا الا متع الغرور"

Allah x pernah salah dlm pilihannya. Allah lagi tahu spe yg lebih layak antara kita untuk menjadi ahli-Nya.

Mengapa kita, tetapi bukan mereka? Ini rahsia Allah. Terselit beribu hikmah disisi Dia, kenapa kau jua Allah pilih. Jgnlh berhenti apabila masih bermujahadah dlm mengejar keredhaan-Nya(Quran) tp, mohonlah kekuatan untuk terus istiqamah hingga ke ayat, "من الجنة والناس..." .Allah chooses you because he knows you can do it

Stay strong my junior and pls don't leave dq.

Daripada: Mizan Rusli



……….

Kehadapan Gen 17,



The first time I was here,

I couldnt even find "sincerity"

I couldnt even spell "friendship"

I couldnt even feel "the blessings of Quran"

I couldnt even hear " a tick of a memoriable time"

I couldnt even understand , why I was here,in this typical DQ.



What i found for me, only miseries, hardships, betrayals, lies, and wasted times.



So i started to question myself how far can i go , being here without experiencing a thing that suits me well, that consoles me , that embraces even a happiness to me , to continue to live in this hectic world.



I was not able to find the answers, bcuz I was too busy thinking about what can i get in this world, instead of what shall i get , what i need the most, which is the happiness in the hereafter.



Bcuz I demanded for the answers, I chose to STAY, not running away, I chose to HAVE FAITH and BELIEVE Him even more, and what i needed back then, just a pinch of PATIENCE.



So with those, all the demanded answers came to me by itself. Quran, times, SPM's result , works, organisations and yes, friendships, all those things , I believe , are the happiness that we have to find, to travel with, to be drowned to, I should feel the thorns or miseries when I go through with it, untill then I know how precious and magnificent all those things , Allah kept for me . And untill now, i always believe he will continuously give and keep me the best things i should have. Now i feel like there is no other places ill go, not without the Quran, not without my Legolads.



STAY . BELIEVE . BE PATIENCE .



You will know then.

Daripada: kowala


 ..........
Kepada gen17, Assalamualaikum.

Ana bukanlah orang yang terbaik untuk pujuk, paksa, merayu dan yang sewaktu dengannya untuk adik-adik terus (baca:stay) di Darul Quran. Sebab pada hakikatnya Allah jugalah sebaik-baik perancang, dan dia jugalah yang membolak- balikkan hati.

Ana menerima tawaran interview untuk biasiswa Jpa-Mara dalam bidang yang saangaat ana minati. Namun, Allah jualah yang Maha membolak-balikkan hati, ana rasa berat hati dan akhirnya membuat keputusan untuk tidak menghadiri iv tersebut.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Mungkin antara faktornya ialah, ana rasa di Uia masih ada lagi peluang untuk jaga Al-Quran, melalui kelas-kelas tasmik sedangkan di luar negara, suasananya belum terjamin. Ana masih belum cukup tough untuk itu. Dan mungkin faktor utamanya ialah keluarga. Mereka lebih menyokong ana untuk terus dan thabat di sini. Alhamdulillah, ana rasa tenang dengan pilihan ana.



Jadi untuk adik-adik, istikharah itu jalan terbaik. Berdoalah moga Allah gerakkan kita kepada pilihan yang terbaik.

Dan percayalah, menghafaz Al-Quran ini susah tapi tidak

mustahil. Perlukan mujahadah dan pengorbanan lillah. Kuatlah :)

Dan pesanan ana, ambil dan koreklah seberapa banyak ilmu dan pengalaman di Darul Quran ini. Jangan jadikan setahun setengah satu tempoh yang sia-sia ya.

Doakan kami supaya terus thabat dengan Al-Quran. Moga ukhuwah ini mekar hingga ke syurga nanti.

Daripada: Cikchili


..........
Bismillahirrahmanirrahim.....

Ke hadapan GEN 17,

      Assalamualaikum semua, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana inilah julung-julung pertama kalinya, ana diberi kesempatan untuk berbicara dengan adik-adik sekalian walaupun hanya melalui warkah ini. Inilah yang dikatakan apabila hati berbicara,akan timbul rasa cinta... Walaupun mata dan mulut tak bertentang, harapnya apa2 yang ana nak sampaikan disini adik2 dpt mencari hikmah di sebaliknya.

       Ana yakin setiap daripada kalian mesti pernah menangis sepanjang berjuang di bumi barakah ini. Kalau betul, bersyukurlah kerana kalian adalah normal kerana masih dapat merasa betapa sakitnya diri ini apabila jatuh nak bangkit semula. Bukan senang nak bermula dari zero ke hero.. Betul tak? Hidup ini satu perjuangan yang memang tak sah kalau tak disertai dengan keperitan... Tetapi tersembunyi disebaliknya akan kemanisan.

        Jadi pada kesempatan ini, ana nak share sikit pengalaman ana di dq. Semoga adik2 jadikan ia sebagai taujihat untuk diri. Waktu awal2 ana masuk dq, ana rasa seolah-olah diri ini dibersihkan dari dosa-dosa lama dengan pelbagai tarbiah yg ada kat sini. Tambah2 lagi masa program Mafatih Mahabbah Month. Pasal menangis tu.. Memang nak habaq la.. Tak pernah kering pipi ana ni dgn deraian air mata. Pastu pasal Alquran pula, ana mengaku yang ana ni tergolong dalam golongan yang lambat. Bayangkan kawan ana dah masuk juzuk 2, ana pula tak sampai separuh juzuk 1 lagi. Teruk kan?? Tasmik kat ustazah pula tersekat-sekat. Masa tu memang kecundang sangat2, risau mak dan ayah ana dengar ana telefon dengan nangis2. Tapi sekarang alhamdulillah dah boleh seiringan dengan yang lain dan dah khatam bulan 1 yang lalu. Tapi tak la masyi macam yang lain. Pasal ukhwah kat sini, ana bersyukur diketemukan dengan sahabat2 yang super baik dan akhlak depa memang A++.. Rasanya tu je kot yang ana nak cerita. Nanti adik2 bosan baca cerita ana yang tak berkesudahan ni. So, ana just nak habaq yang kita tak semestinya seorang yang hebat untuk menjadi yang terhebat.

Akhir kata, ana ada tinggalkan satu puisi buat adik2 tersayang.. Puisinya berbunyi...


            "CORETAN BUATMU"



Duhai sayangku,

Usahlah menangisi yang lalu,

Usahlah meratapi akan takdirmu,

Sesungguhnya yang indah itu,

Lahir dari pengorbanan suci

Yang dipenuhi liku-liku berduri



Ingatlah kalian

Bahang perit dikau rasai saat ini,

Hanyalah secebis dari kesakitan yang Ditanggung Kekasih Allah,

Baginda Muhammad s.a.w

Demi mengangkat martabat Alquran

Sebagai kalam suci Allah S.W.T yang mulia



Duhai permataku,

Teruskanlah langkahmu,

Usah persoalkan ketetapan ini,

Hanya Tuhan yang tahu,

Apa yang terbaik buat dikau,

Pahatkan kepercayaan kepada-Nya,

Bergantunglah sepenuhnya kepada

Sang Pencipta, Sang Penuntun hatimu



Bukalah matamu, adikku

Yang mahal bukanlah mudah untuk diraih,

Jauh sekali untuk disentuh,

Hakikatnya tidaklah sulit untuk dimiliki

Jika tertulis akannya sebagai takdirmu



Bersyukurlah kalian

Dipilih berjuang di bumi barakah ini

Sejujurnya kehidupan di sini,

Telah memudarkan kekaburan

Pada mata ini, langsung memanduku

Untuk menilai erti sebenar sebuah kehidupan



Harapan ana buat kalian

Manfaatkanlah tempat persinggahan ini,

Jadikan ia salah satu sebab

Beratnya timbangan amal baikmu

Di hari kemudian....



IKHLAS DARI,

Daripada: Miss Iwan


..........
بسم الله الرحمن الرحيم

Ke hadapan Gen 17,

Pertama-tamanya alhamdulillah sebab kita sama2 dapat rasa nikmat hafal quran , duduk dalam biah solehah , yg semestinya bukan secara kebetulan melainkan Allah yg pilih.

Kalau nak cakap rugi setahun setengah dari kawan kawan yg lain , (sebab kawan kita dah nak masuk degree kita baru je asasi) mmg xpatut la ckp macam tu.

Serious. Sebab setahun setengah dengan quran kt mana lagi boleh dapat dik ? Dalam jangka masa ni lah yg mana  kita boleh anggap mcm "RnR" sebelum nak tempuh dunia sebenar yg lagi mencabar kt luar sana .

Akak dulu cari jugak cara macam mana nak keluar dari DQ 😈 tp kan bila memikirkan ummi abah yg sanggup hantar ke sini , ye la jarak Kemaman-Kuala Kubu Bharu bukannya dekat .

Tambah tambah yuran lagi semua dokumen yg nak kena setel tu . Bukannya benda yg senang , sebab kebetulan masa bulan 12 tu kan banjir jadi pergerakan agak terbatas.



Tp alhamdulillah Allah permudahkan semua. Dan alhamdulillah akak kat sini sampai sekarang , the last sem.

Akak bersyukur dipertemukan dengan sahabat2 quran , sahabat suka duka , sahabat legoes 🤖

Alhamdulillah ala kulli hal.

TOLONG JANGAN BERHENTI BERJUANG.

Adik-adik dah masuk dalam biah yg baik , biah al quran , so kenapa nak SIA-SIAKAN ?

Ingat , Allah takkan buat sesuatu tanpa sebab.

Belajar dekat mana2 , scholar tinggi2 tu boleh cari ,

Tp Al Quran dekat dada susah nak dapat dik.

Wallahualam.



Daripada: Nur Afifah Abd Aziz


..........
Dear juniorzzz patik yg berada di bumi barakah(ehem2).. tak reti nak reka ayat ke apa2 ke.. berputik2 berbunga2 berbuah2 punya ayat. Moh terus ke akarnya.. JANGAN PERNAH TERFIKIR UNTK MENINGGALKAN BUMI INI HATTA SETAPAK DARI PONDOK GIANT. kalau tak.. in shaa Allah menyesal. Caya laa cakap gue☺☺

Daripada: Zik

 ..........
Assalamualaikum kepada adik2 yg dikasihi sekalian..

Satu je pesanan yang betul2  Dari hati, inshaAllah

Ingatlah adik2 sebelum buat apa2 keputusan tu pikir satu je sada kita nk kejayaan ni kejayaan yg sementara ataupun kejayaan yg hakiki,

Kejayaan yg sementara tu, kita boleh dapat bila2 masa shj, rezeki tu Allah boleh bagi bila-bila masa, kat mana2 je

Tapi ingatlah, rezeki hafal AL Quran tu bukanlah dia dtg bnyk Kali Dan masa kita kat dunia ni kita x tau bila berakhirnya jadi bila adanya opportunity ni utk hafal AL Quran kat sini

Bagi yg dh hafal @ belum hafal ketahuilah nilah opportunity yang mungkin Allah nk smpaikan sesuatu dekat adik adik semua Dan ketahuilah AL Quran tu itulah kejayaan yg bila kita dpt pegang Quran bila kita dpt hafal al Qur'an tu bukan sekadar biasa2 tapi dgn penuh penghayatan ,mengharapkan keredhaan Allah ,percayalah itula kejayaan yg pling besar yg adik akan bawak bila berjumpa dgn Allah saat nnti, itula kejayaan yg sngt besar bila seluruh kehidupan adik berpaksikan kepada AL Quran, Dan itula satu ketenangan yg xkan diperolehi di mana2 pon bila masa kita menghadapi kesusahan, bila masa kita menghadapi kebahagaiaan ITU x dpt ditandingi Dan x dpt lawan dgn kebahagaiaan yg sngt besar iaitu AL Quran.

Jadi x boleh nk digambarkan dgn kata2 adik2 kena rasai sendiri jadi akak merayu agar teruskan tsabat walaupun perit, walaupun sakit

Dan bg yg dh menghafal jangan rasakan ini buang masa. Kerana kali kedua adik menghafal semua , grab la peluang ni mungkin Allah nk sampai kan sesuatu kat adik2 dkat Dq ni , grablah jgn menyesal  di kemudian hari, ITU saje

semoga kita x berjumpa di dunia kita berjumpa di akhirat sana, inshaAllah akak akhiri warkah INI dengan salam sayang buat adik2 terus kuat dn tabah pegang alquran sampai mati.

InshaAllah kita jumpa di syurga.

Wallahua'lam


EmoticonEmoticon