Turath Al-Ulama'

Alhamdulillah dengan taufik dan inayah-Nya kami dapat mengkhatamkan sebuah kitab yang diberi judul Kifayatu Al-Muhtaj fil Israk Mi'raj yang dikarang oleh Syeikh Wan Muhammad Daud Al-Fatoni. Kitab ini sepenuhnya berkisarkan kisah-kisah tentang perjalanan agung seorang insan yang terulung iaitu junjungan besar Nabi Muhammad. Kisah-kisah yang dimuatkan dalam kitab ini semuanya berdasarkan kitab-kitab ulamak yang muktabar. Hal ini kerana kitab ini dikarang oleh ulamak Melayu yang tidak kurang hebat dan masyhurnya.

Selain itu kitab ini merupakan kitab yang pertama sekali dikarang di Tanah Melayu tentang Israk Mi'raj.

Daurah kami dibimbing oleh guru yang sangat berpengalaman dalam mendidik. Beliau merupakan guru kami Ustaz Hazri Bin Hashim Al-Bindany merupakan pembimbing majlis ta'lim Darul Muhajirin di sekitar Hulu Selangor.

Penerangan beliau cukup mantap dan berdalil tetapi akibat kekangan masa beliau terpaksa meringkaskan sedikit penerangan. Walaubagaimanapun kami berpuas hati dan peserta kelihatan fokus dan menunjukkan minat terhadap penerangan beliau.

Akhir sekali kami dihadiahkan segulung ijazah beserta sanad kitab hingga kepada penulis kitab tersebut. Pengijazahan ini adalah tidak lain tidak bukan sebagai bukti dan pengesahan bahawa kami telah menuntut ilmu tentang Israk Mi'raj dengan cara yang betul iaitu bertalaqqi dengan guru bukannya dengan mencelup ilmu tersebut melalui laman sesawang sahaja. Pengajian talaqqi bersanad ini juga merupakan jalan bagi Salafunassoleh dalam menuntut ilmu. Demikian juga jalan bagi para anbiya ketika berguru dengan Malaikat Jibril. Sudah tentu jalan ini mempunyai berkat yang tidak terhingga dan fadilatnya

Kami berharap agar daurah bersanad ini dapat diteruskan dan dikekalkan lagi oleh generasi akan datang kerana banyak manfaat dan faedahnya terhadap ahli semester.



"Ya Allah, sungguh kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.

Ya Allah, manfaatkanlah untuk diri kami apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami dan ajarilah kami dengan apa yang bermanfaat bagi kami dan limpahkanlah rezeki berupa ilmu yang bermanfaat bagi kami. Tambahkanlah ilmu kepada kami. Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan dan kami berlinding kepada Allah dari keadaan penghuni neraka".

#turath_warisan_kita
#nak_dawrah



1 comments:

Woow perform!!������


EmoticonEmoticon