Update on Event : TriP

“Apabila telah ditunaikan shalat, Maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.” (QS. Al Jumu’ah [62]: 10)

TriP, satu program tahunan yg memberi pendedahan secara jelas kepada semua ahli semester IQRAC tentang bagaimana cara sebenar mengendali satu-satu program rasmi. Daripada adab bermuamalat sesama pelajar sampailah format laporan dan kertas kerja, semuanya dijelaskan.

Bagusnya TriP, program ini dijalankan oleh ahli semester IQRAC sendiri. Penjelasan secara santai dan sistematik menjadikan sesi taklimat ini tidak lama dan mudah difahami. Well, youngsters hate long speech and everyone can tell. Kan?

TriP, nama taklimat saja sudah menarik. Singkatan kpd 3P, 'Pengurusan & Perlaksanaan Program'. Nampak tak?

“Sesungguhnya Allah mencintai seorang diantara ka-lian yang jika bekerja, maka ia bekerja dengan baik.” (HR Baihaqi, dinilai shahih oleh Al Albani dalam “Silsilah As Shahihah”)

 

Pentingnya taklimat TriP, pengurusan program secara betul membolehkan ahli IQRAC melatih diri memberi komitmen sepenuhnya dalam kerja sambil memudahkan sesuatu program itu terlaksana tanpa kepincangan. Tambah lagi, ahli IQRAC kebiasaannya pelajar minoriti di DQ ini jadi kualiti seorang kalau boleh, menyamai 3 orang yang bekerja. Kalau boleh lah. Orang putih kata, "Why not?"

Malam Sabtu, 13 Ogos 2016, taklimat TriP berjalan dengan lancar sekali, Alhamdulillah.
Bertempat di Auditorium Sheikh Mohd Noor, penyampaian yang diberi berkenaan taklimat 3P dengan lebih terperinci lagi sebenarnya mengandungi points seperti berikut:

1. Adab muamalat
2. Etika mesyuarat
3. Format Kertas Kerja Dasar
4. Implikasi kewangan program
5. Panduan perbendaharaan & sponsor
6. Nombor Rujukan Jawatan

Suka juga dalam kesempatan menulis entri kali ini, saya mengajak para lepasan SPM yang menyimpan cita- cita menghafaz al- Quran sambil tidak mahu melepaskan peluang menceburi bidang professional, joining IQRAC could be the best choice you've ever made. Jujur saya kata.

Taklimat 3P menjadi salah satu bukti bahawa menjadi IQRAC yang merupakan pelajar minoriti di DQ, dan cuma mempunyai peluang untuk menghabiskan hafalan 30 juzuk dalam hanya setahun setengah, tidak menghalang pelajar program ini untuk berkomitmen dengan baik dalam kerja. Bagusnya IQRAC. Kan?

Sekian sahaja untuk entri kali ini. Assalamualaikum and don't forget to apply IQRAC.Biidznillah.


EmoticonEmoticon