Turath Al-Ulama'

Alhamdulillah dengan taufik dan inayah-Nya kami dapat mengkhatamkan sebuah kitab yang diberi judul Kifayatu Al-Muhtaj fil Israk Mi'raj yang dikarang oleh Syeikh Wan Muhammad Daud Al-Fatoni. Kitab ini sepenuhnya berkisarkan kisah-kisah tentang perjalanan agung seorang insan yang terulung iaitu junjungan besar Nabi Muhammad. Kisah-kisah yang dimuatkan dalam kitab ini semuanya berdasarkan kitab-kitab ulamak yang muktabar. Hal ini kerana kitab ini dikarang oleh ulamak Melayu yang tidak kurang hebat dan masyhurnya.

Selain itu kitab ini merupakan kitab yang pertama sekali dikarang di Tanah Melayu tentang Israk Mi'raj.

Daurah kami dibimbing oleh guru yang sangat berpengalaman dalam mendidik. Beliau merupakan guru kami Ustaz Hazri Bin Hashim Al-Bindany merupakan pembimbing majlis ta'lim Darul Muhajirin di sekitar Hulu Selangor.

Penerangan beliau cukup mantap dan berdalil tetapi akibat kekangan masa beliau terpaksa meringkaskan sedikit penerangan. Walaubagaimanapun kami berpuas hati dan peserta kelihatan fokus dan menunjukkan minat terhadap penerangan beliau.

Akhir sekali kami dihadiahkan segulung ijazah beserta sanad kitab hingga kepada penulis kitab tersebut. Pengijazahan ini adalah tidak lain tidak bukan sebagai bukti dan pengesahan bahawa kami telah menuntut ilmu tentang Israk Mi'raj dengan cara yang betul iaitu bertalaqqi dengan guru bukannya dengan mencelup ilmu tersebut melalui laman sesawang sahaja. Pengajian talaqqi bersanad ini juga merupakan jalan bagi Salafunassoleh dalam menuntut ilmu. Demikian juga jalan bagi para anbiya ketika berguru dengan Malaikat Jibril. Sudah tentu jalan ini mempunyai berkat yang tidak terhingga dan fadilatnya

Kami berharap agar daurah bersanad ini dapat diteruskan dan dikekalkan lagi oleh generasi akan datang kerana banyak manfaat dan faedahnya terhadap ahli semester.



"Ya Allah, sungguh kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.

Ya Allah, manfaatkanlah untuk diri kami apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami dan ajarilah kami dengan apa yang bermanfaat bagi kami dan limpahkanlah rezeki berupa ilmu yang bermanfaat bagi kami. Tambahkanlah ilmu kepada kami. Segala puji bagi Allah dalam setiap keadaan dan kami berlinding kepada Allah dari keadaan penghuni neraka".

#turath_warisan_kita
#nak_dawrah



Annual Grand Meeting 2016

Alhamdulillah, pada 1 April 2016, telah berlangsungnya Annual Grand Meeting sebagai satu perjumpaan tahunan. Perjumpaan ini merupakan titik kesinambungan antara perwakilan generasi ke generasi. AGM kali ini menandakan tamatnya pemerintahan perwakilan generasi 16 serta bermulanya pentadbiran perwakilan baru generasi 17.

Asasnya, perjumpaan pada hari tersebut di bahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama dijalankan sebagai ucapan terakhir perwakilan generasi 16. Manakala sesi kedua ialah watikah pelantikan rasmi perwakilan baru generasi 17. Berikut ialah tentatifnya.

SESI 1
⭐2.30 p.m: Kehadiran pelajar Pensijilan IQRaC

⭐2.40 p.m: Ucapan aluan Pengerusi Majlis

⭐2.50 p.m: Majlis diserahkan kepada Pengerusi IQRac  sesi 2015/2016
 -Pelantikan pencatat minit mesyuarat
 -Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agong Tahunan IQRaC ke-15
 -Ucapan Dasar Pengerusi IQRaC sesi 2015/2016

⭐3.05 p.m: Laporan Tahunan setiap biro IQRaC sesi 15/16

⭐4.05 p.m: Laporan Tahunan  IQRaC oleh Setiausaha IQRaC sesi 15/16

⭐4.15 p.m: Laporan Tahunan  IQRaC oleh Bendahari IQRaC sesi 15/16

⭐4.25 p.m: Hal-hal berbangkit

⭐4.40 p.m: Majlis ditangguhkan



SESI 2
⭐9.00 p.m: Kehadiran pelajar Pensijilan IQRac

⭐9.15 p.m: Kehadiran tetamu jemputan

⭐9.30 p.m: Ucapan aluan Pengerusi Majlis

⭐9:50 p.m: Tayangan video korporat

⭐10.00 p.m: Ucapan semua Perwakilan IQRac sesi 2015/16

⭐10.50 p.m: Tayangan video aktiviti IQRaC

⭐11.05 p.m: Taaruf Perwakilan baru sesi 2016/2017

⭐11.25 p.m: Bacaan ikrar Perwakilan baru sesi 2016/2017

⭐11.30 p.m: Penyampaian sijil penghargaan kepada mantan Perwakilan IQRaC sesi 2015/16

⭐11.40 p.m: Pembentangan usul dan cadangan

⭐12.00 a.m: Bacaan doa

⭐12.05 a.m: Majlis bersurai

............................

Alhamdulillah, perjumpaan pada hari tersebut telah berjalan dengan sangat licin. Moga-moga dengan pelantikan perwakilan baru ini, IQRaC dapat terus maju melangkah lebih jauh daripada sebelumnya.

Majulah IQRaC untuk Ummah !