The AMAZING SUKRAC of 2016



   Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan izinNya, IQRaC telah berjaya mengadakan dan menjayakan SUKRAC 2016. Yeahoo! Seperti tahun-tahun sebelum ini, pelajar-pelajar IQRaC sem 1 dan sem 3 mengambil peluang bersukan bersama-sama ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli sem. Tujuan SUKRAC ini juga adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar IQRaC untuk turun ke padang, bermandi peluh sekali-sekala memandangkan ramai yang sibuk dengan aktiviti masing-masing dan menyihatkan badan seterusnya melahirkan huffaz yang sihat jasmani dan rohani.

Pembukaan SUKRAC

 SUKRAC dijalankan selama seminggu, bermula Isnin 11 April sehingga Ahad 17 April. Pelbagai aktiviti dijalankan outdoor dan indoor. Sebelum SUKRAC bermula perjumpaan pelajar sem 1 dan sem 3 dijalankan untuk dibahagi rumah sukan masing-masing. Dan cuba teka apakah tema rumah sukan pada tahun 2016 ni? Jeng, jeng, jeng...

  EXPELLIARMUS! Siapa yang still tak faham lagi? AVADA KEDAVRA! 

Yes, tema SUKRAC tahun ini adalah Harry Potter. Gryffindor - rumah merah, Slytherin - rumah hijau, Hufflepuff - rumah kuning dan Ravenclaw - rumah biru. Of course, ramai yang nak masuk Gryffindor tak lain dan tak bukan sebab Gryffindor adalah rumah main characters in Harry Potter. But something unexpected will happen in the end... .

  Aktiviti-aktiviti sukan yang dijalankan termasuk indoor dan outdoor, bola sepak, sepak takraw, bola baling, bola jaring, chess, ping pong, badminton, sukaneka, tarik tali dan banyak lagi. Semua pelajar IQRaC diwajibkan untuk menyertai at least satu acara sukan.

Semangat!

Sepak takraw

Bola sepak



 Dan of course, markah akan diberi kepada setiap rumah sukan yang menang. Tapi markah bukan dikira daripada aspek tu saja, disiplin, sokongan, etika pemakaian, bendera, prop rumah sukan juga akan diambil kira.


Carrom

  Alhamdulillah, semua aktiviti berjaya dilaksanakan walaupun ada yang mengalami kecederaan, ringan saja tak berat pun. 

  Dan pada hari Ahad minggu tersebut, penutup telah diadakan di Auditorium Syeikh Muhammad Nor. Ramai yang berdebar menanti keputusan kemenangan. Siapa yang menang??? Jeng...jeng...jeng.

 Gryffindor!!! dari pihak banin. Dan Ravenclaw!!! dari pihak banat. Dan juara keseluruhan adalah... (sorry Harry Potter, you didn't win this time) Ravenclaw!!!! Congratulations kepada semua rumah sukan yang menjayakan SUKRAC 2016. Tanpa anda, aktiviti ini mesti akan hambar, Tak kiralah siapa menang siapa kalah,

                              MENANG SAMA-SAMA, KALAH SAMA-SAMA