Buku Baru Aurums

2016, tahun yg terasa singkat tapi sarat; singkat pada masa, sarat pada acara.

Tapi masa tak menunggu, semester 2 berpenghujung, semester 3 ada titik mulanya. Alhamdulillah, Midas dan Demodike semuanya masih diizinkan menyedut dan menghela nafas, melangkah bersemangat memasuki pintu 2017. Bismillah.

Ah skema betul entri kali ni. Biarkan.

Nampaknya semester akhir ini tak mudah seperti dijangka, macam-macam hal berlaku. Padahal, Januari baru sahaja bermula, tak sempat lagi ke fasa pertengahan. Macam-macam hal; konflik antara ahli semester, pelajar-pelajar dur tsani, kutipan sumbangan program Mafatih Mahabbah(MAMA), peraturan baru dalam kampus, apa-apa sahaja lah, sebutkan saja. Semuanya, orang kata 'kacau mood'.

Itu belum lagi difikirkan berkenaan pelajar-pelajar IQRaC junior yang sedang berminggu haluan siswa (Baca: Transkem). Banyak persediaan yang perlu dibuat. Banyak rancangan perlu dirangka. Banyak urusan perlu diambil tindakan segera. Kalau dianalogikan batch Aurums pada waktu ini, boleh kata sudah bagaikan satu koloni anai-anai. Padat, sibuk dan kerdil. Haha kerdil.

Bilangan kami minoriti, bukan mcm ahli semester lain. Kerja yang banyak macam cendawan selepas hujan memang menambahkan tekanan. Tambahan pula cendawan yg dimaksudkan di sini cendawan liar yang beracun dan hujan yang turun pula hujan ribut disertai petir! Oh, saya bergurau lagi. Itu hanya sekadar hiperbola. Biasalah, untuk menambah rasa cerita. Kalian pun tahu.


"Berpenatlelahlah kerana itulah tujuan hidup diciptakan", -Imam Syafie

Namun begitu, Midas tak diajar untuk merungut dan Demodike pula tidak diajar melatah. Sungguh Allah jualah Yang Maha Bijaksana dalam mengatur urusan.   Berbilang kali juga Dia ingatkan hambaNya bahawa ujian itu diberi mengikut kesanggupan, mengikut keupayaan. Mujur ada kalamNya untuk kami tatap sebentar, berfikir sejenak lalu menyedari hakikat kami ini hamba dan indahnya hidup berTuhan. Hanya dengan mengingatiNya lah hati menjadi tenang.

Langkah kami tak kekok. 2 semester terkebelakang yang panjang, telah memberi peluang kami belajar dan bertindak. Kalau ada konflik antara kami, kami selesaikan sahaja secara bersemuka. Bersedia meminta maaf juga bersedia memaafkan. Kalau pun ada pelajar yang perlu menduduki dur tsani, kami berikan sokongan dan bimbingan. Kalau kutipan sumbangan program MAMA tak mencukupi, kami usaha dengan gigih lagi mencari. Inikan zaman semuanya viral dan kuasa di hujung jari. Kalau ada peraturan baru dalam kampus, kami turut sahaja. Apa susah?

Begitulah kehidupan. Kesusahan itu tak putus, kerana kita orang beriman yang di dalam penjara. Kesenangan hanya untuk yang alpa, di mana dunia menjadi syurga mereka. Allahurobbi.

Khas buat pejuang-pejuang keemasan yang masih tsabat dalam jalan ini,
kita tak keseorangan. Langkah kita ini dalam jemaah. 
Aku boleh pimpin kalau kau tersesat, 
aku boleh papah kalau kau rebah. 
Berkelompok kita hari ini bukan kebetulan, 
kita bertemu bawah satu perancangan. 
Jangan putus asa, rasakan diri berharga. 
Yang memilih kita bukan manusia biasa, tapi Tuhan Yang Maha Semua.

Dalam lapisan kerak bumi, banyak yang bernilai.

 Ada kristal, ada juga permata.
 Ada namanya emas, oh yang itu kita.

Allah bersama Aurums :)




EmoticonEmoticon