Cerita Khatam

Pernah tonton filem animasi 'Frozen'? Ada satu adegan, Anna bangun pagi terus jadi riang. Cergas lansung tak nampak lesu, dia menari seolah-olah orang istana tiada pantang! Semuanya kerana satu sebab; hari itu hari terbuka istana. For the first time in forever, dia dapat bertemu sapa dengan rakyat jelata. Mahunya tak teruja?

Pernah tengok filem 'Finding Dory'? Ada satu adegan Dory jadi terkedu, berhenti berenang dan bisu. Akhirnya dia bertemu orang tuanya setelah sekian lama walaupun dia seorang yang dilahirkan sebagai pelupa! Dengan menjejaki susunan cengkerang tanpa putus asa, usaha bertahun lamanya tidak sia-sia. Padan saja Dory terpana!

Pernah tengok tak filem 'Wreck-It-Ralph'? Ada satu adegan, Vanellope si racer kecil pertama kali memiliki kereta lumba sendiri. Kereta lumbanya diperbuat daripada gula, biskut dan jeli, dengan cara yang teruk sekali, tapi masih mampu membuat dia teruja. Masakan tidak, dia akhirnya layak berlumba!

Ah nak cakap pasal apa sebenarnya ni?

Baiklah, jgn bosan dulu. Ayuh kita pergi lurus kepada mesej entri ini yang sebenar. Orang putih kata, straight to the point. Ha gitu.

Bismillah.

Hampir lengkap 3 semester pelajar IQRAC gen 17 berada di DQ. Sekarang dah bulan 3 atau boleh kita panggil dengan nama 'fasa khatam'. Atau lebih tepat lagi, 'fasa pakat-pakat khatam'. Ha tudia, utagha mari.

Ya, bulan inilah pelajar IQRAC berduyun-duyun menghabiskan muqarrar 30 juzuknya. Lebih menarik, setiap orang meletakkan target hari dgn agenda istimewa. Ada yang pilih hari jumaat, sengaja habiskan juz 30 lambat-lambat. Ada yang pilih tarikh lahir ibu bapa, gigih paksa diri habiskan jugak tepat pada harinya sebagai hadiah hari orang tuanya yang berharga, harapnya. Ada yang meletakkan target pada waktu cuti mid-sem, nak khatam depan2 mata ibu ayah, ah sweet nya! Ada yang nak khatam paling lambat, ha yang ini sengaja mencipta nama, dengan cara paling tersendiri. Ntah pahapa!

Sungguh bermacam2 ragam. Baik banin mahupun Banat, masing-masing makin mendewasa. Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Tapi apa yang lebih penting untuk dikongsi daripada itu semua ialah perasaan menghabiskan 30 juzuk itu sendiri. Demi Allah Yang Memiliki Segala Hati, perasaan itu hampir tak mampu kami ungkapkan. Moga coretan di laman ini akan menjengah ke hati kalian yang membaca, kerana betapa kami mahu berkongsi.

Biidznilah.




"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [13:28]

Bayangkan, ada 30 juzuk dengan 114 surah, siapa sangka, seseorang bisa menangis di surah Annas. Betapa al-Quran itu satu mukjizat!

Tangisan di surah An-nas ini, bukan calang-calang. Tangisan ini tangisan berpuas hati, puas dgn pilihan diri. Tangisan ini tangisan hasil penat lelah, hampir 15 bulan punya ketahanan. Tangisan ini tangisan terima kasih kepada diri sendiri, kerana pernah memilih untuk teruskan. Tangisan ini tangisan ketakutan, amanah menjaga al-Quran bukanlah ringan. Tangisan ini tangisan kelemahan, tiadalah mampu kalau Tuhan tak tunjukkan. Bercampur-baur jadinya perasaan, belum lagi diceritakan berdebarnya jantung hampir tercabut dari badan.

Nah, kau telanlah hiperbola.

Habis tu, apa kaitan dengan filem animasi? Apa kaitan Anna, Vanellope dan Dory?

Nah, bukanlah filem animasi itu yang menjadi persoalan besarnya, tapi adegan dalam setiap filem itu sendiri. Saya fikir, itulah antara simile yang agak jelas untuk menggambarkan dilema khatam 30 juzuk al-Quran yang kami rasai.

Ya, kamilah yang menjadi Anna pada hari terbuka istana. Pagi-pagi lagi sudah riang, lansung tak lesu walau tak sempat siang. Berdebar dan tak sabar, terbisik-bisik di sudut hati kami yang paling dalam, "masha Allah aku hari ini akan khatam".

Ya, kamilah Dory dewasa yang bertemu orang tuanya. Tak mampu berkata-kata sambil mata berkaca. Dunia bagaikan terhenti untuk meraih hasil usaha yang selama ini kami hampir-hampir anggapnya sia-sia. Cengkerang-cengkerang 30 juzuk akhirnya dijejaki sampai berjaya.

Ya, kami jugalah Vanellope yang bahagia dengan kereta lumba pertamanya. Biarlah tayar biskutnya tak seragam, biarlah juga bonet hadapannya terkena limpahan aising, tetap jiwanya tenteram. Tak pernah disangkakan, kami bakal khatam. Dengan lompong-lompong di tengah-tengah surah, masih terasa puas muqarrar kami sekurang- kurangnya terhabiskan.

Nampak tak?

Ini lah cerita tentang khatam; cerita tentang perasaan aneh tapi mengujakan. Berbaloi untuk kami kongsikan, moga-moga timbul juga keinginan dalam hati kalian untuk sama2 menyertai angkatan IQRAC pada masa hadapan.

Rasa bahagia ini bukanlah kerana kami sudah berada di comfort-zone, akhirnya tak perlu lagi mengulang. Bahagia ini bukanlah kerana kami akhirnya sudah habis kepenatan, masa untuk pulang. Bahagia ini bukanlah kerana kami akhirnya dipandang tinggi, bahkan hakikatnya terasa lagi merendah diri.

Bukan, ia bukannya tentang berbahagia dengan sebuah penghabisan.

Bukan.

Di luar sana lebih banyak ujian yang menanti. Di luar sana jugalah, terbentang satu perjalanan; perjalanan sebenar hayat seorang penghafaz Al-Quran. Moga Allah persiapkan kami agar betul-betul bersedia. Insya Allah.

Demikianlah cerita tentang khatam al-Quran, sungguh kami betul-betul bahagia.

Siapa sangka, akhirnya kami sebaris di garisan mula.

Ironi. :')

*Nota kaki: Jika anda belum menonton mana-mana daripada tiga filem tersebut, PERGI TONTON SEKARANG!